Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

10 October 2007

Wanita lahir anak sukar barah

Selamat membaca..........

Wanita lahir anak sukar barah



Penyelidik dakwa sel janin melindungi payu dara daripada risiko serangan kanser

WASHINGTON: Wanita dapat mengurangkan risiko mendapat barah payu dara cuma dengan melahirkan anak kerana sel yang mengandungi ciri perlindungan kuat dipindahkan daripada bayi dalam rahim kepada ibu, menurut satu kajian baru.


Penyelidik di Seattle mengkaji 82 wanita, 35 daripadanya didiagnos dengan barah payu dara, untuk menguji teori bahawa sel janin yang ada dalam ibu � digelar fetal micro-chimerism menyekat barah payu dara.


"Kebanyakan kajian meneliti penyakit berhubung kekebalan anggota badan yang menyaksikan unsur chimerism ditunjukkan sebagai jahat tetapi ramai wanita membawa mikro-chimerism selepas kehamilan dalam paras boleh dikesan dan saya berasa pasti ada sebab mengapa kaedah semula jadi memutuskan ia perkara baik untuk dilakukan.


"Mungkin ia berfungsi membersihkan sel barah daripada tubuh. Satu lagi kemungkinan ialah ia terbabit dalam proses memperbaiki tisu," kata ketua penulis kajian, V K Gadi.


Pasukan penyelidik di Universiti Washington dan Pusat Penyelidikan Barah Fred Hutchison di Seattle memeriksa contoh darah daripada setiap peserta untuk mencari DNA lelaki, yang mudah diasingkan berbanding DNA bayi perempuan.


"Saya tidak mempunyai alasan untuk percaya bayi lelaki lebih bersifat melindungi berbanding bayi perempuan," tegas Gadi sambil menambah penyelidik berharap dalam menjalankan kajian mengenai 'fetal chimerism' selepas ini.


Keputusan menunjukkan 14 peratus wanita dalam kumpulan barah payu dara mempunyai DNA lelaki dalam saluran darah mereka berbanding 43 peratus wanita tidak menghidap bukan barah payu dara.


"Hipotesis saya mungkin sel janin pergi kepada ibu dan mengenali sel barah payu dara awal dan membunuhnya sebelum barah aktif.


"Sel janin akan kekal dalam tubuh ibu, menawarkan perlindungan daripada barah," katanya. � Agensi

No comments: