Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.
Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

29 May 2011

Allah permudah jalan ke syurga bagi pencinta ilmu

Selamat membaca..........

Allah permudah jalan ke syurga bagi pencinta ilmu


ISLAM meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan, ‘Bacalah!’.
Ibnu Kathir menerangkan, ayat itu adalah rahmat Allah kepada hamba-Nya, sekali gus menjadi nikmat pertama diberikan kepada manusia. Dalam ayat itu termuat peringatan mengenai kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah.
Antara kemurahan Allah juga, manusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka. Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Inilah antara sebab mengapa Nabi Adam lebih mulia daripada malaikat.
Ada kala ilmu itu berada dalam fikiran, secara lisan dan juga penulisan. Memperoleh ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.
Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu." (Surah al-Alaq, ayat 3-5)
Dalam Sunan A-Darimi, bab Min Rukhsatil Kitabil Ilm dinyatakan: "Ikatlah ilmu itu dengan tulisan." Kemudian disebut juga: "Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan apa yang mereka tidak tahu sebelumnya."
Selain itu, banyak hadis yang direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW mengenai kepentingan dan keutamaan ilmu. Daripada Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap seorang Islam." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga." (Hadis riwayat Muslim)
Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang itu.
Begitu juga dengan jelas Rasulullah menerangkan penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dengan merujuk kepada sabda yang bermaksud: "Sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna." (Hadis Hasan, Sahih Al-Tarhib wal Targhib)
Selain daripada belajar ilmu seperti mana disarankan oleh Allah dan Rasul, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apabila sudah cukup syaratnya.
Hal ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud yang bermaksud: "Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Pelajarilah ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah pelbagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara difardukan, yang mereka tidak dapat seorang pun boleh menyelesaikan perkara diperselisihkan itu." (Hadis riwayat Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

09 September 2010

Amalan sunnah sambut Aidil Fitri dan Syawal

Selamat membaca..........

Amalan sunnah sambut Aidil Fitri dan Syawal

Kata pujangga



ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعته تزيد.ليس العيد لمن تجمّل باللباس والمركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب.ليس العيد لمن حاز الدرهم والدينار إنما العيد لمن أطاع العزيز الغفار



Bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang memakai pakaian baru..tetapi sebenar-benar raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya terus bertambah

Bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang berhias-hias dengan pakaian dan kenderaan..tetapi sebenar-benar raya itu adalah bagi yang diampunkan dosa-dosanya

bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang memperolehi dinar juga dirham..tetapi sebenar-benar raya itu bagi yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun...
 
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.
Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.
"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini."

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu)." – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
 
"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya."

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.
Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h.
Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
Last Updated (Wednesday, 08 September 2010 11:51

27 February 2010

Sentiasa bersyukur digandakan nikmat

Selamat membaca..........

Sentiasa bersyukur digandakan nikmat
Oleh Amran Zakaria
Umat Islam perlu menghargai, beri balasan ikut kemampuan bagi setiap sumbangan diterimaBERSYUKUR dan berterima kasih adalah manifestasi perasaan diluahkan manusia sebagai kemuncak menghargai sesuatu diterima. Disebut juga sebagai tasyukur yang membawa maksud berterima kasih yakni berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Kedua-duanya adalah sifat yang bergerak dari dalam perasaan secara semula jadi. Biasanya anjakan perasaan itu mengiringi rasa nikmat diperoleh seseorang berkaitan dengan kepuasan hati dan perasaan diterjemahkan dengan ungkapan puji-pujian tanda penghargaan.

Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat kepada seluruh makhluk-Nya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Sesungguhnya Allah pemberi nikmat sebenar yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa amat pedih bagi mereka yang kufur. Allah berfirman bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim, ayat 7). Luahan rasa syukur seseorang itu sebenarnya dapat dirungkai melalui tiga dimensi, iaitu mengetahui akan nikmat, menerima nikmat dan memuji akan pemberi nikmat. Pertama, mengetahui nikmat bererti seseorang itu tahu akan kehadiran nikmat itu dalam dirinya bersaksikan fikiran yang memperakui.
Kedua, menerima dan merasai akan nikmat itu dengan perasaan yang terlalu sukacita bila mana hati dan perasaannya dalam suasana mekar. Ketiga, memuji kepada pemberi nikmat melalui rangsangan hati yang diluahkan sebagai tanda kesyukuran melalui ungkapan puji-pujian. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat yang diterima dengan penuh kesyukuran dan puji-pujian. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah wajib dan amat dituntut. Adapun bersyukur kepada Allah menjadi pengakuan insan mengesahkan semua nikmat yang dikecapi adalah pemberian Allah kepada makhluknya atas sifat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Penyantun. Lawan perkataan syukur nikmat adalah kufur nikmat iaitu mengingkari secara nyata atau tersembunyi segala kenikmatan diterima bukannya pemberian Allah. Oleh itu, ternyata kufur nikmat berpotensi ke arah merosak dan mencederakan keimanan seseorang. Berterima kasih kepada sesama manusia lebih cenderung menunjukkan perasaan senang untuk menghargai atas pertolongan dan sumbangan yang diberikan, sama ada melalui pemikiran, tenaga dan wang ringgit yang dijelmakan dalam pelbagai nama.
Lafaz kesyukuran dan ungkapan terima kasih sebenarnya tidak perlu dipaksa kepada penutur untuk menuturkannya. Ia bersifat semula jadi dengan jiwa dan fitrah murni manusia. Selama mana fitrah ini tidak dirosakkan anasir riak, bongkak, angkuh dan sombong pastinya lafaz berterima kasih akan menguntum kepada setiap manusia kepada insan lain yang menabur jasa dan budi kepadanya. Dalam menjalani kehidupan harian, Allah menjadikan manusia untuk sentiasa saling berhubung, bekerjasama, bantu membantu dan berjasa sesama mereka. Justeru, sifat berterima kasih kepada orang yang berjasa perlu ada kepada diri seorang insan sebagai memenuhi tuntutan syarak. Daripada sifat berterima kasih ini akan menjalar subur kepada perasaan kasih sayang dan kemesraan sesama masyarakat. Namun apabila perasaan ini hilang atau tiada langsung kepada diri manusia akibat rasa kebencian yang membuak, pastinya mengundang pelbagai tohmahan dan cacian memanjang hingga berakhir dengan perpecahan. Kurniaan dan nikmat Allah tidak terbatas banyaknya termasuklah nikmat Islam, kehidupan, kesihatan, kecerdasan, pancaindera, keharmonian dan keamanan, segar dan nyaman, ilmu, akal, iman, pangkat, jawatan, kawan, tidur dan lain-lain yang tidak terhitung banyaknya. Mereka yang tidak menghayati semua nikmat yang mereka terima, nescaya orang seperti ini termasuk dalam golongan yang ingkar. Mereka dengan sombong dan angkuhnya mengingkari nikmat dikurniakan Allah yang memberi petanda kerugian kepadanya. Kurnia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Firman Allah yang bermaksud: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai." (Ash-Syura : 23) Rasulullah SAW menjadikan sikap berterima kasih sesama manusia ini sebagai tanda seorang itu bersyukur kepada Allah. Soalnya sekarang bagaimana cara dan kaedahnya untuk menyalurkan perasaan terima kasih kita kepada manusia. Dalam hal ini Rasulullah menunjuk ajar cara terbaik untuk diikuti seperti mana sabda Baginda yang bermaksud: "Barang siapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balaslah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalas, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu membalasnya." (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i) Sebenarnya, membalas jasa orang yang pernah membantu kita adalah tanda sikap terima kasih, demikian juga mendoakan dengan ikhlas kebaikan untuknya. Di samping itu turut disaran supaya kita menyatakan penghargaan atas sumbangan diberikan. Kita juga dengan penuh ikhlas dan sedaya upaya perlu mengiktiraf bantuan yang diterima walaupun cuma sedikit, apatah lagi bantuan yang diberi itu terlalu besar maknanya kepada kita dan keluarga.

26 November 2009

Isteri kena dera ada alasan kukuh tuntut...........

Selamat membaca..........
Hak Muslim: Isteri kena dera ada alasan kukuh tuntut fasakh, cerai

Wanita teraniaya boleh guna laporan polis, perubatan dan peguam syarie urus permohonanSAYA sudah berkahwin lima tahun lalu. Pada awal perkahwinan, suami saya seorang yang baik, lemah lembut dan penyayang. Setelah saya melahirkan anak kedua kami, suami saya mula berubah menjadi seorang yang bengis dan panas baran. Saya selalu dipukul, disepak dan diterajang di depan anak-anak saya sehingga badan saya lebam-lebam. Saya juga pernah dikurung dan tidak dibenarkan pergi bekerja kerana cemburu. Tidak cukup dengan memukul saya, suami saya juga sering memaki hamun saya dengan perkataan kesat seperti 'perempuan tak guna', 'perempuan tak tahu malu'. Saya pernah meminta dia ceraikan saya tetapi dia pujuk saya dan berjanji akan berubah serta tidak akan memukul saya lagi.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Namun begitu, tidak sampai pun sebulan dia mula pukul saya balik apabila saya tidak dapat menyediakan makanan kesukaannya. Dengan bantuan jiran, saya berjaya keluar dari rumah bersama anak-anak saya. Saya sekarang ini menerima beberapa ugutan suami, yang dia akan cederakan saya dan anak-anak jika saya tidak kembali semula kepadanya. Saya sudah tidak tahan lagi dengan seksaan dan deraannya dan tidak tahu di mana tempat untuk mengadu. Adakah saya mempunyai hak perlindungan di bawah undang-undang dan bolehkah saya minta fasakh?
Azimah, Rawang, Selangor. SAYA amat bersimpati dengan apa yang menimpa puan dan saya berharap puan tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini. Apa yang berlaku ke atas puan adalah suatu tindakan kejam dan biadab yang melanggar batas kemanusiaan. Kes keganasan rumah tangga di dalam masyarakat kita hari ini semakin meningkat dan berada pada tahap amat membimbangkan dan memerlukan pembelaan sewajarnya. Oleh yang demikian, puan sebenarnya mempunyai hak di bawah undang-undang, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Saya menasihatkan puan agar segera mendapat rawatan di mana-mana hospital berdekatan dan juga membuat aduan terhadap keganasan dilakukan terhadap puan di mana-mana balai polis berdekatan. Seterusnya puan juga sebenarnya berhak mendapat perintah perlindungan sementara seperti diperuntukkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga. Melalui perintah ini, puan akan dilindungi daripada sebarang gangguan pihak suami sementara menunggu siasatan polis selesai.
Bagi tujuan perintah perlindungan ini, saya menasihatkan agar puan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) dan puan perlu mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan, sijil perkahwinan puan, laporan polis, laporan perubatan serta sebarang dokumen berkaitan kepada JKM untuk siasatan. Jika sekiranya JKM mendapati kes ini tergolong dalam kes keganasan rumah tangga, maka JKM akan membantu puan memfailkan permohonan untuk mendapat hak perlindungan sementara di Mahkamah Majistret. Setelah mahkamah mengeluarkan perintah itu, maka JKM akan menyerahkan satu salinan kepada puan dan suami puan. Jika sekiranya suami puan didapati melanggar perintah itu, maka suami puan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali serta boleh di kenakan hukuman di bawah undang-undang jenayah seperti diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Puan juga boleh mendapat perintah perlindungan secara menghalang suami puan daripada melakukan kekasaran ke atas puan dengan memohon perintah injunksi daripada mahkamah syariah. Beberapa syarat dan permohonan perlu dipenuhi dan sebaiknya dapatkan nasihat peguam syarie. Selain itu, puan juga mempunyai hak untuk bercerai dengan suami puan secara fasakh seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor di mana diperuntukkan jelas bahawa seseorang suami itu disifatkan sebagai melakukan kekejaman dan kezaliman kepada isterinya jika dia lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita berpunca daripada perbuatan aniaya, termasuk suami berkawan dengan wanita jahat atau berperangai keji pada pandangan syarak. Suami yang mencederakan isterinya seperti memukul, menampar serta menendang adalah melakukan kezaliman dan ia adalah alasan kukuh untuk menuntut fasakh. Oleh yang demikian, puan boleh menggunakan laporan polis, laporan perubatan serta perintah perlindungan sementara ini sebagai bukti untuk menyokong permohonan fasakh puan. Saya juga menasihatkan agar puan mendapatkan khidmat nasihat peguam syarie bertauliah dan berpengalaman bagi melicinkan proses permohonan fasakh puan. Jika puan tidak mampu untuk melantik peguam, puan bolehlah mendapatkan bantuan Biro Bantuan Guaman atau Pusat Bantuan Guaman.
Jawapan ini disediakan oleh Yusmawati Ab.llah, Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

13 November 2009

Memahami konsep taqlid, Ijtihad, talfiq

Selamat membaca..........

Memahami konsep taqlid, Ijtihad, talfiq
Oleh Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my

WUJUD paradoks atau pertentangan pendapat dengan pendapat diterima umum dalam pengamalan Islam di Malaysia. Dari satu aspek, syariah perlu ada keseragaman dan dari sudut lain, undang-undang Islam harus bersifat dinamik serta progresif.

Apakah masyarakat Islam dituntut mengikut ajaran mazhab tanpa soal sedangkan perkembangan semasa memperlihatkan perlu adanya pembaharuan. Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata matlamat penciptaan syariah (maqasid al-syariah) dan hukum hakam dalamnya untuk menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan bagi faedah umat manusia. Katanya, penciptaan syariah itu juga satu pendekatan melakukan penyelidikan ilmiah kerana teorinya sama iaitu berasaskan kepada prinsip menghasilkan kebaikan dan menjauhkan keburukan tetapi dengan syarat perlu tahu secara mendalam maksud kebaikan serta keburukan itu.
“Caranya ialah merujuk keseluruhan hukum syarak berpandukan al-Quran, sunnah dan kemudian merumuskan prinsipnya dalam bentuk menyeluruh supaya apabila timbul persoalan, mudah dikelaskan sebagai kebaikan atau keburukan,” katanya pada Seminar Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Skop, Amalan dan Batasan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, semalam. Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk Ijtihad, Taqlid dan Talfiq dari Perspektif Maqasid al-Syariah membahagikan kebaikan kepada tiga kategori iaitu pertama, menyentuh soal hidup mati ummah, keduanya berkaitan keselesaan dan akhirnya mengenai nilai tambah. Mahmood Zuhdi berkata, berasaskan pemikiran itu ulama semasa seperti Yusuf al-Qaradhawi memperkatakan bahawa memahami keutamaan menjadi asas penting dalam membuat sebarang keputusan. Katanya, keutamaan tidak boleh ditentukan kecuali sesudah nas syarak difahami dengan baik, realiti hidup juga difahami secara mendalam dan memerlukan kemahiran melakukan pertimbangan secara tepat.

“Seseorang mujtahid atau penyelidik perlu tahu membezakan antara yang bersifat substantif dan prosedur semata-mata. Ia penting bagi menentukan fokus sebenar ijtihad supaya tidak berlaku perbuatan mementingkan yang remeh dan meremehkan yang penting. “Apa pun juga, penciptaan syariah mampu membentuk mentaliti objektif berasaskan ini berbanding mentaliti formal yang melihat sesuatu berasaskan bentuk. Ini penting dalam dunia sekarang supaya penilaian melihat kepada sifat sebenar bukan bentuk luarannya saja,” katanya. Seminar anjuran Ikim itu dirasmikan Pengerusi Ikim, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hadir sama Ketua Pengarah Ikim, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. Seminar dua hari itu bertujuan memberi kefahaman mengenai konsep taqlid, ijtihad dan talfiq serta kedudukan dalam Islam selain mengkaji ruang lingkup talfiq dan faktor yang mendorong kemunculannya. Pada pembentangan itu, Mahmood Zuhdi turut menerangkan peranan ijtihad yang menjadi sebahagian metodologi penyelidikan hukum Islam dan empat langkah perlu diambil dalam usaha melakukan penyelidikan (ijtihad) mengikut pendapat al-Raisuni. Langkah pertama, mengambil kira objektif dalam menentukan hukum iaitu melihat nas bukan pada pengertiannya saja tetapi melihat kepada matlamat ketetapan itu. Langkah seterusnya ialah melakukan kompromi antara prinsip umum dan dalil khusus; menarik kebaikan dan menolak keburukan, akhirnya mengambil kira kesudahan akibat daripada kesimpulan penyelidikan terhadap masyarakat. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Lukmanul Hakim Hanafi, berkata semua ilmu dalam Islam menerima pembaharuan dan yang dicita-citakan dalam ilmu fiqh ialah menghidupkan semula ijtihad. Beliau berkata, usaha itu perlu selepas wujudnya dakwaan pintu ijtihad sudah ditutup tersebar luas sedangkan ijtihad adalah kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam merumuskan hukum bertujuan mengetahui hukum diturunkan Allah dengan lebih jelas. Katanya, semua pihak perlu membersihkan diri daripada sentimen taksub atau fanatik mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukan faktor memecah belah sebaliknya ia aliran penafsiran dan pemahaman syariah. “Kita tidak harus berasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana ia lumrah dan tabii bagi akal manusia memahami hukum. Kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan sebagai satu perbendaharaan fiqh yang berharga. “Ia juga bukti betapa berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran fuqaha dalam melaksanakan kewajipan memberi khidmat kepada syariat Islam,” katanya yang membentangkan kertas kerja bertajuk Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Penjelasan Epistemologi Sunni. Katanya, pihak tertentu juga tidak boleh memaksa orang menerima pandangan mereka dalam masalah khilafiyyah dan pada masa sama tidak boleh menentang amalan yang tidak sesuai dengan mazhab dianuti. Lukmanul Hakim berkata, masyarakat juga jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim menghentam ulama silam yang tidak sealiran dengan mereka sambil menyeru menentang amalan sedangkan ia perkara khilaf ulama semata-mata. Begitu juga pendakwah, guru atau imam, perlu bijak menangani masalah khilafiyyah kerana tidak bijak mereka membangkitkan isu remeh dalam ceramah atau pengajaran yang hanya menimbulkan perpecahan dalam masyarakat. “Kita mesti beradab dengan pihak yang berbeza pandangan kerana masing-masing mempunyai hujah serta alasan yang perlu kita hormati. Matlamat kita sepatutnya membangunkan ummah bukan meruntuhkan,” katanya.

08 November 2009

Mukjizat al-Quran boleh dirasai semua

Selamat membaca..........


Ulul Albab: Mukjizat al-Quran boleh dirasai semua

Oleh Abdurrahman Haqqi


KANDUNGAN kitab suci al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan.

Banyak kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan

JIKA kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.

Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.


Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9), Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

Al-Quran itu sendiri boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk memeluk agama Islam sama ada menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Begitu pula ia menakutkan dan menggerunkan musuhnya menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Ramai orang memeluk al-Quran dengan karakter al-Quran dan tidak sedikit pula yang memusuhinya bahkan menyeru untuk berperang melawannya seperti disebutkan al-Quran sendiri dengan ayatnya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)" (Surah Fussilat: 26)

Antara orang yang pernah menentang al-Quran ialah seorang profesor Matematik dan logik di Universiti Toronto, Kanada bernama Gary Miller. Pada 1977, beliau membuat keputusan untuk mengkaji al-Quran dengan tujuan mencari kesilapan dan kesalahan ilmiah dan sejarah yang ada di dalamnya.

Dia berharap dengan kajian itu boleh membantu rakannya, pendakwah Kristian untuk mengelirukan umat Islam dan mengajak mereka keluar daripada agama Islam dan memeluk Kristian. Pihak gereja dan yang berkepentingan menyokong tujuan 'mulia' ini dan memberikan apa jua keperluan kewangan dan moral bagi menjayakannya.

Apa yang diinginkan manusia lain dengan apa yang diinginkan oleh Allah dan yang pasti akan berlaku ialah apa yang diinginkan Allah, maka takdir yang baik menyebelahi Prof Miller dan kemudian membawanya untuk memeluk Islam setahun kemudian iaitu pada 1978 selepas menamatkan kajiannya. Kajiannya ini kemudian dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-Quran al-Muzhil (al-Quran Yang Mempesona) atau tajuk asalnya The Amazing al-Quran. Beliau menukar namanya menjadi Abdul Ahad Omar kemudian bekerja sebagai pensyarah di University of Petroleum and Mines, Dhahran, Saudi Arabia hingga ke hari ini masih menjadi pendakwah antarabangsa dan banyak menulis mengenai Islam.

Perkara pertama yang menarik perhatian Prof Miller ialah cabaran al-Quran yang mendakwa bahawa di dalamnya tidak ada kesalahan atau kesilapan apa pun juga. Beliau berkata: "Tidak ada seorang penulis pun di dunia ini yang memiliki keberanian kemudian dia menulis buku dan mendakwa bahawa bukunya itu tidak ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan kecuali al-Quran, bahkan ia mencabar seandainya anda mencari-cari kesalahan itu anda pasti tidak akan menemukannya."

Beliau juga mengungkapkan kepesonaannya terhadap al-Quran dengan mengambil contoh bahawa dalam al-Quran ada satu surah yang diberi nama Surah Mariam yang mana di dalamnya ada diberitakan mengenai kemuliaan beliau yang tidak dijumpai di mana-mana kitab suci lainnya. Kita tidak menemukan surah yang dijoloki nama orang kesayangan Nabi SAW seperti Aisyah dan Fatimah. Malah nama baginda pun tidak banyak disebut al-Quran iaitu hanya lima kali jika dibandingkan dengan nama Nabi Isa as yang disebut sebanyak 25 kali.

Penentang kebenaran al-Quran mendakwa bahawa syaitanlah yang mengajarkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW tetapi bagaimana di dalam al-Quran ada ayat yang maksudnya: "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam." (Surah al-Nahl: 98)

Dr Miller berkata: "Seandainya aku berada dalam keadaan Rasulullah bersama Abu Bakar di gua di mana seandainya seorang daripada pengepungnya melihat ke bawah pasti mereka akan ternampak, maka jawapan ketakutan Abu Bakar akan dijawab secara semula jadi dengan ucapan 'mari kita cari jalan belakang' atau 'diam, jangan berkata-kata'. Akan tetapi Rasulullah SAW menjawab dengan tenang: "Janganlah engkau risau sesungguhnya Allah bersama kita." Adakah jawapan ini boleh dikeluarkan oleh seorang penipu atau jawapan seorang nabi yang percaya seratus peratus kepada pertolongan Allah?

Surah al-Masad (Tali Yang Dipintal) iaitu surah nombor urut 111 dalam al-Quran diturunkan 10 tahun sebelum matinya Abu Lahab. Ini bermakna bahawa di hadapan Abu Lahab ada sebanyak 365 x 10 = 3,650 peluang untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah satu khayalan dan pembohongan. Selama itulah ada cabaran tetapi Abu Lahab tetap dalam kekufuran dan kekafirannya dan tidak tergerak hatinya untuk masuk Islam walaupun secara pura-pura. Surah ini sampai hari ini masih dibaca, bagaimana Rasulullah SAW yakin atas kebenaran yang dibawanya selama 10 tahun dan Abu Lahab sememangnya tidak akan memeluk Islam. Keyakinan ini membuktikan bahawa al-Quran memang wahyu Allah yang mengetahui segala sesuatu dan ia diturunkan kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, Muhammad SAW.

Prof Abdul Ahad juga merujuk kepada New Catholic Encyclopaedia dalam topik 'al-Quran' dikatakan bahawa walaupun banyak kajian dan percubaan untuk mengelirukan kebenaran al-Quran tetapi pada akhirnya: "Selama berabad-abad muncul banyak teori mengenai sumber al-Quran tetapi tidak satu pun daripada teori itu boleh diguna pakai oleh seorang yang berakal." Beliau menambah ada gereja yang pada mulanya teruja untuk mengadaptasi teori berkenaan tetapi pada akhirnya mereka semua menolaknya dan malangnya mereka tidak berani untuk mengakui kebenaran teori umat Islam. Apa pendapat anda? Adakah anda masih meragui kebenaran al-Quran yang mempesonakan? Terima kasih Profesor Abdul Ahad.

09 October 2009

Masa diharamkan syarak puasa sunat

Selamat membaca..........

Masa diharamkan syarak puasa sunat

Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh
BAGI yang sering berpuasa akan bertembung dengan hari-hari yang diharamkan berpuasa dan hari yang dimakruhkan. Bolehkah kita teruskan berpuasa atau bagaimana? Ada juga yang mengatakan berpuasa pada hari Jumaat saja adalah haram. Boleh ustaz jelaskan.
Airil, JB.

Puasa yang diharamkan syarak ialah: l Dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Sebuah hadis daripada Abu Ubaid bahawa beliau pernah berhari raya bersama Saidina Umar di mana Umar berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berkhutbah lalu berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Adapun Aidilfitri kamu berbuka kerana selesai Ramadan, manakala Aidiladha kamu memakan sembelihan korban yang kamu lakukan. (HR Abu Daud). l Tiga hari selepas Aidiladha atau hari Tashrik (11,12 dan 13 Zulhijjah). Daripada Abi Murrah maula Ummu Hani’ ketika dia bersama Abdullah Bin Amr RA bertemu bapanya Amr Bin Al-As lalu dihidangkan kepada kami makanan dan Abdulah berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Lalu jawab Amr: Makanlah, sesungguhnya Nabi SAW menyuruh kami berbuka pada beberapa hari ini dan melarang kami berpuasa padanya. Imam Malik berkata: Hari-hari itu ialah hari Tashrik. l Berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu mendahului puasa Ramadan sehari atau dua hari melainkan bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sunat. Namun ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal demikian. Berikut adalah pendapat ulama muktabar sebagai maklumat tambahan pembaca. Menurut Imam Syafie haram berpuasa pada tiga hari selepas Aidiladha termasuk jemaah haji pada tahun berkenaan. Imam Malik tidak mengharamkan berpuasa pada hari ketiga. Beliau juga berpendapat, jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattu’ dan Qiran boleh berpuasa pada hari raya kedua dan ketiga. Imam Hambali mengharamkan kita berpuasa tiga hari selepas Aidiladha kecuali jemaah Haji Tamattu’ dan Qiran. Imam Hanafi berpendapat berpuasa pada dua hari raya dan tiga hari selepas Aidiladha adalah haram kecuali bagi jemaah haji saja. l Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya. Dari abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal bagi wanita bersuami ketika suami di sisinya sehinggalah mendapat keizinan suaminya. Janganlah seorang isteri mengizinkan seseorang masuk ke rumah melainkan dengan izin suaminya. (HR Bukhari dan Muslim). Imam Ahmad dalam musnadnya menambah perkataan: Melainkan pada Ramadan. Di dalam hadis lain Rasul SAW bersabda: Seorang isteri tidak boleh berpuasa ketika suaminya hadir, selain puasa Ramadan kecuali dengan izin suaminya. (HR Tarmizi). Oleh yang demikian ulama Syafie, Maliki dan Hambali mengharamkan puasa seorang wanita yang bersuami, berpuasa tanpa izin suaminya kecuali suami tidak memerlukan hubungan jima’ dengannya atau suaminya bermusafir atau sedang ihram atau beriktikaf atau sakit. Imam Hanafi berpendapat hukumnya makruh. Puasa yang makruh pula antaranya ialah: l Berpuasa pada hari Jumaat saja tanpa disusuli puasa sehari selepas atau sebelumnya. Begitu juga berpuasa pada hari Sabtu atau Ahad saja kecuali bersebab seperti nazar dan sebagainya mengikut Imam Syafie’ RA. Jumaat adalah hari raya kaum Muslimin. Ia adalah hari yang patut diperbanyakkan ibadat. Maka sesetengah daripada ibadat yang afdal ialah puasa tetapi hendaklah didahului satu hari sebelum atau selepasnya iaitu Khamis atau Sabtu.

04 October 2009

Lafaz diikuti niat dapat tetapkan hati

Selamat membaca..........


Persoalan Agama: Lafaz diikuti niat dapat tetapkan hati fokus terhadap ibadat

Soalan:APAKAH sah solat jika seseorang itu hanya berniat 'Aku angkat hadas kecil atau aku ambil wuduk' dan tidak disertakan Lillahitaala? Soalan kedua, adakah seseorang perlu berniat penuh untuk solat Jumaat seperti "Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala" atau hanya perlu berniat seperti solat fardu yang lain seperti 'Aku solat Zuhur? Ini kerana saya pernah mendengar kuliah agama yang mengatakan sah solat dengan berniat seperti "Aku solat Zuhur."
Siti Zainab AliPetaling Jaya, Selangor.J

awapan: Membicarakan mengenai permasalahan niat ini, saya suka merujuk kepada perbahasan fuqaha` contohnya al-Nawawi dalam al-Majmuk tentang kepentingan niat dalam ibadat dan kedudukannya.Niat adalah syarat sah ibadat di sisi jumhur fuqaha di kalangan Syafi’iiyyah seperti al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain. Pendapat ini juga adalah pandangan al-Zuhri, Rabi’ah, Malik, al-Laith bin Sa’ad, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur dan Abu Ubaied. Ini adalah berdasarkan ayat ke 5 surah al-Bayyainah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”Ikhlas adalah amalan hati, dan suruhan dalam ayat adalah suatu perintah yang bersifat wajib (yaqtadhi al-Wujub ). Dalam hadis pula Nabi saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).Niat seperti yang diperjelaskan al-Nawawi dalam al-Majmuk, tempatnya adalah di hati, kerana niat itu adalah qasad. Sekiranya dilafazkan maka ia lebih utama (afdal). Lafaz yang dimaksudkan itu adalah apa yang diucapkan dengan makna yang selari dengan suatu yang disematkan di dalam hati itu.Maka di sini timbullah persoalan, apakah ucapan “Aku angkat hadas kecil” atau “aku ambil wuduk” itu adalah niat ataupun lafaz. Begitu juga dengan soalan kedua yang berkaitan dengan “Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala.” Lafaz ini dalam bahasa Arabnya diungkapkan sebagai “Usalli fardhal jum’ati...”Perkara ini telah menyebabkan timbul polemik dalam masyarakat antara yang menjadikan lafaz itu agar dilakukan serentak dengan niat sebagai syarat sahnya solat. Di pihak yang lain pula ada yang mengatakan memadai untuk mengangkat takbir tanpa perlu dilafazkan.Lafaz usalli untuk solat ataupun nawaitu untuk ibadat yang lain sebenarnya dibincangkan oleh kalangan fuqaha` sebagai Talaffuz binniyat. Talaffuz binniyyat ataupun melafazkan niat ini bukanlah sebahagian dari ibadat itu sebenarnya. Ia tidak mengurangi ataupun melebihi ibadat yang diniatkan itu. Ini disebabkan ia berada di luar ibadat itu sama ada wuduk ataupun solat.Bagaimanapun melafazkan niat ini adalah suatu perkara mustahab atau dengan istilah lain suatu yang sunat. Menurut kitab fiqh mutaakhir Syafi’iy, illatnya adalah supaya membantu hati untuk menjadi lebih fokus.Perkara ini selalu berlaku dalam kehidupan contohnya penjual buah-buahan akan menghitung buah-buahannya dengan lafaz untuk membantu hati, malahan kadang-kadang disertai hitungan itu dengan irama nyanyian. Tujuan melafazkan itu adalah agar niat itu lebih mudah tersemat dalam hati. Sebagai tambahan melafazkan niat termasuk dalam salah satu amalan lidah. Setiap amalan yang terbit dari pengucapan seseorang mukallaf itu pula sentiasa ditulis oleh malaikat. Perkataan yang baik ditulis sebagai kebaikan. Demikian pula sebaliknya kata jahat menyebabkan seseorang itu dikira berdosa. Firman Allah SWT dalam surah Qaf, ayat 18, maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).Bertitik tolak dari sini anda dapat melihat kepentingan lafaz agar diselaraskan dengan apa yang tersemat dalam hati kerana peranan lafaz itu adalah untuk mengukuhkan niat yang terdapat telahpun ada dalam hati seseorang itu.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.


Resolusi anda sekarang adalah 800x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!

Adab tidur Rasulullah

Selamat membaca..........


Persoalan Agama: Adab tidur Rasulullah amalan menyihatkan

Soalan:SAYA pernah mendengar bahawa tidur di dalam keadaan meniarap adalah amalan syaitan. Selain itu, dari segi saintifik juga, saya juga membaca bahawa tidur di dalam keadaan ini tidak baik untuk kesihatan. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah ibu saya berkata yang tidur seperti ini baik untuk seorang bayi. Apa pandangan ustaz?
Insan Cetek Pengetahuan, Klang, Selangor.

Jawapan:Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).” Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra' bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT. Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:
Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
Tidur dalam keadaan suci.
Tidur dalam keadaan berwuduk.
Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.


Resolusi anda sekarang adalah 800x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!

02 October 2009

Tujuh jenis puasa sunat jadi amalan Rasulullah

Selamat membaca..........

Tujuh jenis puasa sunat jadi amalan Rasulullah
Zamanuddin Jusoh

KAMI jemaah masjid yang sering berpuasa sunat. Tambahan pula semangat Ramadan masih lagi membara. Jadi bolehkan ustaz terangkan jenis puasa sunat yang pernah dilakukan Rasulullah SAW serta waktu yang terbaik untuk berbuat demikian. Harap dapat penjelasan. Jemaah Masjid Al-Muqarrabin,
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

BERTANYA seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW. Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari). Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217). Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6). Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.

l Puasa enam hari pada Syawal - Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah). Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173). Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56). Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).

l Puasa Muharam - Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

l Puasa Hari-Hari Putih - Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari). Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177) Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim). Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

l Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah - Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah). Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari. Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).

l Puasa hari Asyura (10 Muharam) - Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”. Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi. Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.

l Puasa Isnin dan Khamis - Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi). Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)

l Puasa Nabi Daud AS - Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud). Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

Penulis ialah Pegawai di Unit Agama NSTP, e-mel zaman@nstp.com.my

20 September 2009

Solat sunat Aidilfitri berjemaah amat dituntut

Selamat membaca..........

Persoalan Agama: Solat sunat Aidilfitri berjemaah amat dituntut

BOLEHKAH ustaz memberi penjelasan mengenai sambutan Aidilfitri seperti ditetapkan agama kita? Selain saling bermaafan, apakah lagi bentuk amalan lain yang boleh dilakukan? Bagaimana dengan amalan menitikberatkan soal pemberian duit raya yang keterlaluan, sehingga meneng-gelamkan maksud Syawal yang sebenarnya. Apakah hukum memberi duit raya mengikut Islam?
INGIN TAHU,Alor Setar, Kedah.

MENGKAJI sejarah Aidilfitri dan Aidiladha, ulama hadis menerangkan sebuah riwayat dari Anas bin Malik, apabila Nabi SAW sampai ke Madinah, orang-orang Ansar merayakan dua hari perayaan iaitu Nairus dan Mahrajan. Menurut penjelasan dari kitab Aunul Ma’bud kedua-dua hari mereka bergembira ini ditetapkan oleh pihak berkuasa pada masa itu. Lalu Nabi SAW dengan wahyu dari Allah SWT sudah menukarkan kedua-duanya kepada Aidilfitri dan Aidiladha. Nabi bersabda yang bermaksud: “Aku datang kepadamu sedangkan kamu menyambut dua hari raya yang menjadi hari kamu bergembira pada zaman jahiliah, maka Allah SWT sudah menggantikannya kedua-duanya dengan Aidilfitri dan Aidiladha.”Menurut Syeikh Ahmad Ab Rahman al-Banna, maksud gantian ini disyariatkan oleh Allah SWT kerana kedua-duanya berkaitan secara langsung selepas pelaksanaan dua rukun Islam yang penting iaitu ibadat puasa selama sebulan sepanjang Ramadan dan haji yang dilakukan pada waktunya. Penetapan ini turut mengambil kira kecenderungan hamba-Nya yang gemar bergembira, maka dianugerahkan kegembiraan itu. Anugerah itu diberikan selepas berusaha sedaya upaya mentaati-Nya. Dalam hadis yang lain yang turut mengukuhkan aspirasi raya sebagai suatu kegembiraan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi setiap Muslim yang berpuasa baginya dua kegembiraan iaitu kegembiraan bila dia berbuka dan kegembiraan bertemu dengan Allah SWT (Riwayat Muslim). Maksud berbuka dalam maksud yang lebih luas seperti yang difahami sebahagian ulama adalah berhari Raya.Antara amalan yang menjadi amalan Nabi SAW dalam menyambut hari raya adalah seperti berikut:l Menghadiri Solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan mendengar khutbah. Al-Imam al-Syaukani menjelaskan dalam Nailul Awtar, Nabi SAW sentiasa mengerjakan solat sunat berkenaan dan tidak pernah meninggalkannya. Malah baginda telah memerintahkan umatnya untuk mengerjakannya, termasuk hamba dan wanita yang haid pun digalakkan untuk menyaksikan solat itu dikerjakan oleh umat Islam.l Mandi sebelum solat Sunat Aidilfitri. Menurut Said bin al-Musayyib mengatakan, sunnah sebelum solat itu ia merangkumi tiga perkara iaitu mandi sebelum solat sunat Aidilfitri, makan sebelum pergi solat dan pergi dengan berjalan kaki. (Riwayat al-Firyabi dengan sanad yang sahih seperti yang dijelaskan dalam Irwaul Ghalil)l Berhias diri dengan cara yang dibenarkan tanpa mendedahkan aurat dan memakai pakaian dari buatan yang diharamkan. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathil Bari bahawa sahabat seperti Ibn Umar akan memakai pakaian yang paling baik pada hari Aidilfitri dan Aidiladha. Maka menjadi suatu yang dituntut agar umat Islam memakai pakaian yang elok pada kedua hari ini. Bagaimanapun hendaklah dijauhi pakaian-pakaian yang dibuat dari bahan yang haram seperti sutera kerana dalam sebuah hadis yang lain apabila Umar memberikan untuk nabi pakaian dari sutera untuk dipakai pada hari Raya, maka Nabi SAW dengan tegasnya bersabda: “Pakaian ini adalah pakaian untuk orang yang tidak berakhlak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).l Makan sedikit sebelum pergi ke tempat solat. Perkara ini berdasarkan sebuah hadis sahih dari Anas, bahawa Nabi SAW tidak akan berangkat ke tempat solat pada hari Aidilfitri sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma terlebih dulu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )l Memperbanyakkan takbir. Menurut sebuah riwayat dari Ibn Abi Syaibah dari Musannafnya Nabi SAW akan berangkat menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha, dan baginda akan bertakbir hingga sampai ke tempat solat, malah akan sibuk bertakbir dengan nyaring hingga solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha itu. Baginda Cuma akan berhenti sejurus sebelum memulakan solat sunat berkenaan.l Mengucapkan tahniah kepada setiap Muslim yang ditemui dengan ucapan: “TaqabbalalLahu minna wa minkum yang bermaksud, semoga Allah SWT menerima amal salih yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Kata Ibn Hajar dalam kitabnya al-Mahamiliyyat dan Fathul Bari, ini adalah ucapan selamat yang paling sahih yang ditemui dalam riwayat-riwayat dari Nabi SAW.Berkaitan dengan perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu dengan memberikan wang pada hari Raya ia hanyalah suatu amalan tradisi yang harus dilakukan.Ini bergantung kepada niat seseorang, sama ada dia menghulurkan wang itu sebagai hadiah ataupun sedekah. Apa juga niat yang disematkan moga-moga ia termasuk dalam kebajikan yang dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).Menurut Ibn Kathir dalam Sahih Tafsir Ibn Kathir sebuah riwayat dari Muqatil bin Hayyan, ayat ini menjelaskan keutamaan infaq ataupun belanja, saluran manakah yang harus diutamakan. Ayat ini ditutup dengan ingatan bahawa segala kebaikan yang dikerjakan, pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan kerana Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya, meskipun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah saja.Cuma penting bagi ibu bapa agar menjelaskan kepada generasi anak-anak kepentingan menjadi insan yang mulia yang menjauhi budaya meminta-minta. Mereka perlu diperjelaskan tentang ingatan Nabi SAW yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd.

17 September 2009

Lailatulqadar

Selamat membaca..........

Lailatulqadar dirahsiakan galak umat ikhlas lakukan ibadat
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

LAILATULQADAR, satu daripada malam Ramadan yang amat istimewa melebihi 1,000 bulan. Ini dijelaskan dalam firman Allah Taala surah al-Qadr ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada lailatulqadar. Tahukah kamu apakah lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu mempunyai nilaian lebih 29,500 ganda kerana difahami daripada ayat itu pahala lebih banyak dan lebih baik daripada 1,000 bulan.Kebesaran Lailatulqadar berdasarkan dua perkara. Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan kedua, turun malaikat dalam angkatan besar, gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.Disebut sebagai lailatulqadar kerana pada pada malam itu turun malaikat mengucapkan salam sejahtera kepada penduduk bumi. Ia juga dikenali sebagai Lailatulsyaraf (malam kemuliaan) dan Lailatultajalli iaitu malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kepada orang berpuasa dan beribadat.Penentuan tarikh dan malam lailatulqadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan pada malam ganjil sesudah hari ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27.”Sebuah hadis Rasulullah diriwayatkan Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam qadar pada malam ganjil daripada 10 malam akhir Ramadan.”Jelas daripada kedua-dua hadis itu, Lailatulqadar hanya berlaku pada satu malam dan perangsang kepada umat mukmin supaya berebut mencari pahala dan ganjaran malam qadar dengan melipat gandakan ibadat pada malam akhir Ramadan al mubarak.Persembunyian tarikh Lailatulqadar menguatkan semangat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran. Allah menyembunyikan urusan lain agama kerana hikmah seperti menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

15 September 2009

Menunai solat Tarawih 20 rakaat bukan bidaah

Selamat membaca..........
Menunai solat Tarawih 20 rakaat bukan bidaah

Amalan lapan rakaat menjelaskan qiamullail dilaksanakan Nabi Muhammad SAWUMAT Islam perlu diperjelaskan bahawa pendapat yang masyhur dan diterima ialah solat Tarawih dilaksanakan 20 rakaat bukan lapan rakaat, bersandarkan kepada hujah bagi memastikan mereka benar-benar mendapat ganjaran dijanjikan untuk ibadat sunat itu. Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang juga Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Mais, Mahfuz Mohammed berkata, konsep solat sunat Tarawih yang diamalkan sejak dulu hingga sekarang tidak pernah berbeza melainkan 20 rakaat.Katanya, pendapat mengatakan solat Tarawih lapan rakaat disandarkan kepada hadis daripada Aisyah itu tidak tepat kerana ia menjelaskan mengenai solat malam (qiamullail) yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW, bukan solat Tarawih.“Mufti Mesir, Syaikh Dr Ali Jum’ah dalam komentarnya mengenai hadis ini mengatakan, mereka itu tidak faham hadis dan meletakkannya bukan di tempatnya. Ini berpunca kerana mereka cetek ilmu mengenai hadis dan cuba membuat kesimpulan sendiri, maka timbullah keadaan ini,” katanya.Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana wujud pihak mengatakan solat Tarawih adalah bidaah memandangkan Nabi Muhammad SAW tidak solat 20 rakaat tetapi lapan rakaat diikuti tiga rakaat solat witir.Mahfuz berkata, Syaikh Dr Ali dalam bukunya berjudul Al-Bayan menyatakan berhubung rakaat Tarawih itu sudah muktamad mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie, bahawa Tarawih adalah 23 rakaat berserta witir.Malah katanya, Mufti Mesir itu turut membahaskan isu rakaat solat Tarawih secara terperinci daripada sudut istilah perkataan Tarawih itu sendiri yang cukup jelas menunjukkan jumlah bilangan yang tepat.Tarawih berasal daripada perkataan mufrad (tunggal) at-tarwiha yang bermaksud rehat yang menunjukkan satu sementara at-tarawih perkataan jamak iaitu lebih dari dua. Bahasa Arab pula ada perkataan untuk tunggal, dua dan banyak.Oleh itu, at-tarawih yang menunjukkan jamak itu dengan makna tiga kali rehat ke atas. Bagi solat Tarawih, satu rehat bermakna empat rakaat dengan dua salam, maka tiga kali rehat bermakna minimum 12 rakaat dengan tiga kali salam.Jadinya, sudah sepakat empat mazhab mengikut pendapat yang muktamad (kelas pertama) bahawa solat tarawih 20 rakaat dengan 10 kali salam dan lima kali rehat. Mahfuz berkata, satu lagi petunjuk yang jelas ialah riwayat mengenai Umar al-Khattab yang menyuruh melakukan solat Tarawih secara berjemaah sebanyak 20 rakaat dan apa dilakukan Umar adalah dengan kesepakatan sahabat dengan tiada bangkangan daripada Khulafa al-Rasyidin.“Jadi mana datangnya lapan rakaat kerana dari segi pengertian dan penggunaan istilah sudah tidak betul. Jika pihak yang mendukung lapan rakaat tetap dengan pendirian, kenapa mereka melakukan solat sunat itu secara berjemaah.“Jika ingin mengambil apa yang dianjurkan Umar, ikutlah keseluruhannya dengan melakukan sebanyak 20 rakaat seperti dibuat Umar. Jangan ambil separuh-separuh dan mengatakan bahawa 20 rakaat itu tidak betul,” katanya. Beliau tidak menafikan akan timbul tentangan berhubung rakaat Tarawih itu terutama daripada mereka yang melakukannya sebanyak lapan rakaat namun, perkara berkenaan berhak diperjelaskan sebagai jawapan kepada suara yang lantang mengatakan tarawih 20 rakaat bidaah.Pada masa sama katanya, ia juga bagi memastikan umat Islam kembali kepada apa yang disepakati ummah kerana Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya berkata, tidak sekali-kali bersepakat ulamaku dalam perkara yang sesat.Mahfuz berkata, walaupun kesimpulannya Syaikh Dr Ali berkata melakukan solat Tarawih kurang dari 20 tidak salah dan yang buat lebih pun tidak salah, tetapi yang mengurangkan daripada amalan itu ialah ia tidak dinamakan Tarawih tetapi qiamullail.Menurut fatwa Syaikh Dr Ali, mereka yang melakukan qiamullail terlepas daripada ganjaran sangat besar yang Allah kurniakan kepada orang melakukan Tarawih pada Ramadan kerana solat malam boleh dibuat pada bulan lain tetapi Tarawih hanya setahun sekali pada Ramadan.“Nasihat kepada yang buat lapan, kembali kepada apa yang disepakati ummah dan ketepikan pendapat bertentangan dengan apa yang disepakati ummah. Dalam enakmen Selangor, fatwa mesti rujuk pendapat yang muktamad daripada mazhab Imam Sayfie,” katanya.Buku Penjelasan Bilangan Rakaat Solat Tarawih yang diterbitkan pada 2008 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut menyokong pendapat solat Tarawih berjemaah di masjid dengan 23 rakaat termasuk witir lebih afdal daripada lapan rakaat.Itu adalah pendapat jumhur fuqaha pada qaul yang rajih seiring kaedah usul fiqh iaitu apa-apa ibadah yang lebih banyak perbuatan nescaya lebih banyak pula kelebihan. Lebih-lebih lagi cara berjemaah dilakukan Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.Buku tulisan Mohd Nawi Shafii Al-Bahri itu turut menjelaskan pertelingkahan mengenai rakaat Tarawih diperbesarkan oleh Syeikh Nasir al-Albani yang mengembangkan fatwanya mengatakan solat Tarawih mengikut sunnah Nabi ialah lapan rakaat dan witir tiga rakaat.Sesiapa yang mengerjakannya tidak seperti itu sama ada kurang atau lebih) maka sesungguhnya dia tidak mengikut sunnah Nabi SAW. Solat Tarawih lapan rakaat diamalkan di sesetengah tempat di nusantara termasuk Malaysia, Thailand (Patani) dan Indonesia.Perbahasan ulama mengenai bilangan solat turut diketengahkan dalam buku ini membabitkan pendapat jumhur ulama yang mengatakan solat tarawih 20 rakaat dengan dalil sokongan, pandangan ulama lain yang mengatakan 36 rakaat seperti di zaman Umar bin Abdul Aziz. Perbahasan ketiga oleh al-Bani dan mereka yang bersefahaman dengannya mengatakan solat Tarawih lapan rakaat juga dengan dalilnya.Kesimpulan Mohd Nawi ialah walaupun wujud permasalahan bilangan rakaat solat Tarawih berlaku perkhilafan di kalangan ulama, namun pendapat jumhur ulama itu yang boleh difatwakan untuk muslimin dan muslimat seluruh alam.

07 September 2009

Makkah sentiasa hidup sepanjang malam Ramadan

Selamat membaca..........
Makkah sentiasa hidup sepanjang malam RamadanRamadan Di Perantauan
Oleh Mohd Shahrir Ali

Pengalaman warga Malaysia bertugas di hotel dekat Masjidilharam pada bulan puasaRAMADAN cukup dinantikan penduduk Islam seluruh dunia. Selain menunaikan ibadat puasa, ada yang turut melakukan umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Malah, penduduk Islam dari Malaysia juga selalunya memilih untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah dan ziarah sambil berpuasa. Ramai di antara mereka menghabiskan masa dua minggu untuk berpuasa sama ada pada awal puasa atau pertengahan puasa untuk mendapatkan malam lailatulqadar di Masjidilharam atau Masjid Nabawi di Madinah.
Berkhidmat dalam bidang perhotelan di Makkah cukup bererti buat saya, tambah lagi hotel tempat saya bekerja di dalam lingkungan Masjidilharam, membuatkan hati saya cukup gembira selepas lebih 20 tahun berkhidmat di hotel di seluruh dunia termasuk Tokyo, Osaka, Nagoya, Singapura, Bangkok, Phuket, Paris, Geneva, Bern, Basel, Zurich, Milan, Firenza. Perhentian sementara di Makkah untuk mencari rezeki, cukup memberi kesedaran kepada saya.
Kalau sebelum ini hidup terasa sunyi dan kosong tanpa bekalan namun kini saya merasai perbezaannya. Tenang memandang Kaabah dan tenang melaksanakan ibadat yang diabaikan selama ini demi mengejar matlamat dunia. Kedatangan Ramadan menjadikan Tanah Suci ini sangat meriah semacam pesta. Kedai di sekitar Haram semua dibuka sampai ke Subuh. Selepas Asar, berduyun-duyun jemaah umrah melakukan tawaf di Kaabah dan sai, sehingga sebelum berbuka puasa.
Suasana ketika berbuka puasa juga cukup menarik, roti, laban (dadih), kurma turut disediakan dan disedekahkan dermawan. Saya tidak berpeluang meninjau banyak kawasan pada Ramadan kerana sibuk bekerja dan berbuka puasa di hotel bersama-sama kakitangan. Juadahnya mudah tapi mengenyangkan.Ada makanan Bangladesh, Maghribi, Saudi dan pelbagai negara lagi.
Selalunya saya akan makan `Shingara`, makanan kemestian masyarakat Bangladesh. Shingara ialah campuran ubi, daging kambing racik, bawang dan cili yang digaul dan dikepal sebelum dimasukkan ke mulut. Begitu juga dengan `piazu`, makanan yang dibuat daripada tepung digaul dengan kacang dal dan dicampurkan dengan sedikit rempah dan bawang. Rasanya seperti `masalodeh` yang dimakan dengan cili hijau.
Sudah menjadi kebiasaan di Makkah, kebanyakannya akan berbuka di Masjidilharam. Jadi beberapa jam sebelum masuk waktu Maghrib, tetamu hotel akan berduyun-duyun turun dan pergi ke Haram. Hotel Al Safwah Royale Orchid ini adalah yang terdekat dengan Masjidharam dan bertentangan pintu masuk King Abdul Aziz .Saya menyediakan sedikit juadah seperti laban, kopi Arab, jus Kamarrdin dan kurma untuk tetamu melapik perut di lobi khas sebelum berangkat ke masjid.
Selepas solat Maghrib, barulah tetamu datang berduyun-duyun. Setakat minggu pertama, tetamu dalam lingkungan 700 orang. Masih belum ramai kalau nak dibandingkan dengan tahun lalu.Selepas makan, mereka akan bergegas semula ke masjid untuk melakukan solat Isyak dan Tarawih sebelum pulang sekejap untuk berehat dan kembali lagi ke masjid untuk melakukan solat sunat lain sehingga dinihari. Masyarakat dan jemaah menggunakan seluruh malam Ramadan untuk melakukan ibadat.
Pada waktu malam keadaan di sekitar Ajiyad Street, berhampiran Istana dan juga kawasan membeli-belah Abraj Al Bait sangatlah menarik dengan hiasan lampu tradisi Arab, Maghribi dan Mesir memenuhi setiap ruang dan pintu masuk kedai.Makkah tidak pernah sunyi, ada saja aktiviti dijalankan. Peniaga kaki lima kebanyakannya adalah dari negara miskin seperti Chad dan Nigeria menjual pisang dan barangan buatan China selain mengemis.
Ketika di perantauan, saya turut terkenang kampung halaman di Malaysia, terutama keluarga dan juadah pada Ramadan. Tahun lalu, saya sempat melepas kerinduan dengan memakan kuih lompat tikam, jala emas, nasi berlauk dan nasi dagang lauk ayam yang disediakan kakitangan saya yang berketurunan Patani, iaitu Mohamed Fatani dan Abdullah Fatani.
Masyarakat Patani di Makkah sangat rapat di antara satu sama lain maklumlah mereka berada di perantauan. Mereka ada jawatan kuasa kampung dan masjid sendiri dan perkahwinan juga sesama komuniti sendiri. Kebanyakannya sudah tinggal di sini berpuluh tahun lamanya. Gaya hidup dan makanan banyak dipengaruhi masakan dan makanan Arab. Percakapan dan tutur kata, lebih Arab daripada Patani atau Kelantan.
Penulis ialah Pengarah Makanan dan Minuman, Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah, Arab Saudi

06 September 2009

Mukjizat al-Quran

Selamat membaca..........

Mukjizat al-QuranOleh Idris Musaidris@hmetro.com.my

AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran. Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran. Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya. “Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.“Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya. Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking. Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu. Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah. Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar. Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair. “Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah. “Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

Doa kurang jelas tidak perlu diaminkan

Selamat membaca..........

Persoalan agama: Doa kurang jelas tidak perlu diaminkan
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Apakah hukum jika kita tidak mendengar imam membaca doa kerana suaranya perlahan. Perlukah kita mengaminkannya.

Ahmad Faiz


Amin berasal daripada kata kerja ammana, bermaksud Ya Allah! perkenankanlah. Menurut Syeikh Bakar Abdillah Abu Zaid dalam kitab Tashih al-Du’a, lafaz amin disyariat untuk diucapkan selepas doa kerana ia permintaan yang diringkaskan dalam doa sebelum itu. Antara kehebatan umat Islam seperti sabda Nabi SAW bermaksud: “Tidaklah masyarakat Yahudi rasa hasad terhadap kamu dalam sesuatu urusan melebihi hasad mereka kepada amin dan ucapan salam antara kamu.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad) Antara kelebihan mengucapkan amin seperti dilihat dalam hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinyatakan bahawa amin pendengar terhadap doa diucapkan antara faktor yang menjadikan doa diterima Allah SWT.

Hadis ini jelas menggambarkan ketinggian ucapan amin. Dalam hadis berkaitan Ramadan, Nabi SAW dikisah mengucapkan amin secara jelas tiga kali ketika menaiki tiga anak tangga mimbar menyebabkan sahabat menanyakan mengapa mengucap amin sedangkan di sekitar mereka tidak ada yang berdoa? Lalu Rasulullah SAW menceritakan amin yang diucapkannya kerana doa Malaikat Jibril yang tidak kedengaran oleh mereka.” (Riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

Dalam hadis diriwayatkan Ibn Jarir mentafsirkan ayat terakhir surah al-Baqarah yang terdiri daripada doa hebat, setiap perenggan ayat itu apabila Jibril menyampaikannya kepada Nabi, maka Nabi mengucapkan amin sebagai reaksi naluri yang memohon rahmat dan kasih Allah atas kesilapan diri. Ayat itu adalah: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menganggap kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikul kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kafir.” Kedua-dua hadis tadi menunjukkan Nabi SAW mengucapkan amin dengan kuat sehingga didengar orang lain. Dalam pelaksanaan solat juga, contohnya ketika membaca al-Fatihah yang dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT lalu memuji dan menyebut sifat-Nya serta kekuasaan-Nya, akhirnya berdoa dengan permintaan diberi petunjuk ke jalan lurus. Selepas itu disyariatkan menyebut lafaz amin, demikian pula dalam solat berjemaah, apabila imam membaca al-Fatihah dengan nyaring, jemaah harus membaca amin bahkan kalau dapat serentak dengan imam. Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Apabila imam membaca amin, hendaklah kalian membaca amin. Sesungguhnya siapa yang bacaan aminnya bertepatan dengan amin malaikat, dosanya akan diampuni.” (Riwayat al-Bukhari-Muslim)

Selain itu, ulama empat mazhab bersependapat jemaah disunatkan mengucapkan amin secara nyaring apabila doa diucapkan khatib dalam khutbah Jumaat. Bagi mazhab Hanafi memadailah ucapan amin dilakukan dalam hati. Berpandukan dalil ucapan amin, kita membuat kesimpulan dituntut mengungkapkan amin secara terang dan jelas menerusi dua keadaan. Pertama, dalam solat sama ada secara bersendirian atau mengikut imam selepas membaca al-Fatihah dan dalam doa qunut. Kedua, di luar solat juga dituntut mengucapkan amin yang bermakna ya Allah perkenankanlah hajat kami apabila mendengar doa dilafazkan termasuk ketika doa diucapkan imam membabitkan khutbah Jumaat atau solat Istisqa (minta hujan) gerhana dan lain-lain.

Dalam konteks soalan saudara, saya berpendapat tidak dituntut mengaminkan doa kurang jelas dan tidak dapat difahami maksudnya atau tidak mengetahui latar belakang imam. Jika imam salih lagi berilmu yang dikenali, tiada masalah mengaminkan doanya dengan mengambil contoh amalan dan petunjuk Rasulullah SAW ketika mengaminkan doa.