Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

20 October 2014

19 October 2014

18 October 2014

CINA TIDAK MAHU DIKENALI SEBAGAI PENDATANG

Selamat membaca..........

DI PETIK DARI BLOG " ZAMKATA"

WEDNESDAY, 15 OCTOBER 2014


TIDAK MAHU DIKENALI SEBAGAI PENDATANG TETAPI MAHU IDENTITI BAHASA PENDATANG

KENAAPA RISAU JIKA MEREKA MELAKUKAN SELF ISOLATION?

KOMENKetika kami wartawan wartawan Malaysia termasuk rakan saya V.K Chin dari The Star (mendiang) menjadi tetamu kerajaan Taiwan lama dahulu ,di meja sebelah kami di sebuah restoran, beberapa  orang Cina bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya tahu mereka dari mana.

Pengiring kami Cina Taiwan  nampak tidak senang kerana sesama Cina berbahasa Inggeris  dan berkata kepada kami "Mereka ingat siapa mereka?." Dalam hati saya berkata" Sekurang kurangnya mereka ada identiti sebagai Cina Singapore"- ZAM

TIDAK MAHU DIKENALI........

SELEPAS lebih 57  tahun merdeka,Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru orang Cina supaya belajar bahasa Malaysia sambil  bertanya  "boleh? "di Persidangan Perwakilan  MCA  baru baru ini  dan dijawab oleh perwakilan "boleh".

Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar  dan tidak faham Bahasa Malaysia maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun  mereka tidak juga boleh kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh- sungguh  dan jika mereka   dapat menghayati apa  di hasratkan  oleh Presiden baru  MCA Liow Tiong Lai.

Saya percaya Najib membuat seruan tersebut atas kesedaran masih ramai orang Cina termasuk generasi baru  tidak dapat bercakap , membaca dan memahami  bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Walaupun  mereka belajar Bahasa Malaysia  di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tetapi di ajar oleh guru Cina sendiri yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat  Cina dan mereka belajar bahasa Malaysia sekadarkan untuk lulus pepereksaan.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapore dengan Bahasa Inggeris dan China Amerika dengan Bahasa Inggeris yang langsung kita kenal sebagai American Chinese atau Indonesian Chinese.

Maka itu kenaapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali  dengan  bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri  (Self Isolation)

Orang Melayu  sebenarnya amat  mudah menerima bukan Melayu terutama orang Cina  yang berbahasa Melayu tempatan dengan faseh  sebagai rakan sebangsa seperti  yang belaku di Kelantan ,Kedah dan Perlis  terutama di kampong kampong.

Maka itu Najib sendiri terus merasa bangga dan lantas menjadikan Presiden baru MCA, Liow Tiong Lai  sebagai contoh yang baik kepada masyarakat Cina  kerana walaupun belajar di sekolah Cina tetapi menyampaikan ucapannya di mesyuarat perwakilan MCA  itu  dalam bahasa Malaysia yang baik sepenuhnya.(mungkin dia dibesarkan dalam persekitaan Melayu?)

Najib tidak  mempunyai kepercayaan  bahawa sejumlah besar orang Cina memahami Bahasa Persuratan Melayu  maka itu  di majlis majlis "atasan" yang dihadhiri oleh orang Cina tempatan walaupun  tanpa  orang asing,Najib  condong  menggunakan bahasa Inggeris sedangkan di Parlimen yang ramai dengan berbagai  profesional bukan Melayu dan elitis negara,  beliau bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Suatu kajian perbandingan  secara jujur haruslah dibuat apakah benar ramai graduan Melayu atau pelajar Melayu sukar mendapat kerja kerana tidak tahu bahasa Inggeris atau sebenarnya anak anak Cina dari aliran jenis kebangsaan Cina  yang sukar mendapat kerja kerana mereka bukan sahaja tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi juga tidak dapat berbahasa  Melayu dengan sewajarnya.

Maka itu syarikat syarikat Cina terpaksa menampong dan memberikan keutamaan kepada  mereka ini kerana anak anak Melayu lebih mudah untuk mendapat perkerjaan dengan syarikat syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan disamping kerajaan.

Haruslah diingatkan kebanyakan profesional Melayu hari ini  di bidang perubatan; doktor dan doktor pakar , jurutera  yang berkhidmat di dalam dan di luar negara,tenaga  pengajar  di bidang sains dan teknologi di universiti universti tempatan adalah berasal dari aliran Melayu (SPM)  dan kemajuan universiti universiti ini adalah kerana didukong oleh anak- anak Melayu yang berasal dari aliran Melayu dan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Ramai  anak anak Cina kelulusan perubatan dari  dari UKM yang berasal  dari aliran Melayu berkerja di Singapura.

Jika dipanjang  umur, lebih 50 tahun dari sekarang, Najib  akan bertanya lagi kepada orang Cina: boleh tak belajar Bahasa Malaysia dan mereka akan jawab boleh tetapi mereka akan tetap berada dalam keadaan tidak boleh.

Lebih 50 tahun dahulu,bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan papan iklan perniagaan  dalam bahasa Malaysia,mereka membantah kerana dakwa mereka akan menyebabkan perniagaan mereka merosot.Sampai sekarang pun bila ada majlis  mesyuarat orang Cina termasuk MCA sendiri mereka akan meletakan Bahasa Malaysia di bawah atau tidak menggunakannya langsung.Mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang kerana bahasa pendatang lebih bertamadon.

Kenapa kita terlalu risau  jika orang Cina mahu melakukan pengasingan diri,tidak mahu berada di aliran perdana dan lebih mahu dikenali dengan bahasa pendatang dan bukan bahasa yang diiktiraf sebagai  Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini?

Siapakah yang membina dan mahu mengekalkan  identiti bangsa pendatang?

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu labunya
.