Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.
Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

26 January 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi

Selamat membaca..........

20 sekolah hebat

Oleh Johari Ibrahim


Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

21 October 2009

Peserta Kursus Pengurusan Kokurikulum IAB(U)



Peserta Kursus Pengurusan Kokurikulum 10 ~22 Oktober 2009



Lim Siew Hui ......berkaraoke

19 October 2009

Blair


Selamat membaca..........


09 October 2009

Layan pekerja asing dengan perikemanusiaan

Selamat membaca..........


Layan pekerja asing dengan perikemanusiaan
S M Mohamed Idris Jun 22, 09 5:47pm
Isu perbahasan mengenai bagaimana untuk mengendalikan pekerja pembantu rumah asing kini menjadi semakin hangat. Ini berikutan pengumuman oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam, majikan dikehendaki supaya memberikan pembantu rumah asing mereka cuti sehari. Apapun keputusan yang dibuat berhubung pembantu asing mestilah adil dan penuh perikemanusiaan. Jika kita tidak dapat melayan pekerja asing dengan sempurna, adalah lebih baik bagi negara ini tidak menggunakan khidmat mereka daripada mendera mereka yang berlaku secara berulang kali. Tanpa sebarang statistik yang tepat, kita tidak boleh mengandaikan bahawa kes penderaan di rumah hanyalah satu pengecualian. Tidak seperti pekerja dalam sektor pembuatan dan peladangan, pembantu rumah asing boleh berada dalam pengasingan - tanpa kawan, dan tiada ruang untuk berinteraksi dengan orang ramai malah apabila mereka mahu mengadu mengenai keadaan pekerjaan mereka. Pergantungan ke atas pembantu rumah asing mestilah diteliti semula. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai pembantu rumah asing menguruskannya? Kini tiba masanya negara kita mempertimbangkan dengan serius untuk berubah daripada tanggapan "situasi tiada pilihan" dan mula melihat kepada penyelesaian tempatan. Ibu bapa boleh meneliti kos yang terlibat apabila keduanya keluar bekerja - wang yang dibelanjakan ke atas pengangkutan, makanan, dan kos lain serta beribu ringgit yang dibelanjakan untuk mengambil dan membayar gaji pembantu rumah asing. Dalam jangka panjang, adalah lebih ekonomi bagi salah seorang daripada ibu bapa untuk berada di rumah untuk menjaga anak atau orang tua mereka yang sudah berusia. Terutama sekali, kanak-kanak akan mendapat banyak manfaat daripada ibu bapa yang membesarkan mereka sendiri terutama sekali pada peringkat awal. Ahli keluarga yang besar juga turut boleh membantu. Penduduk tempatan juga boleh dilatih dan digalakkan untuk menjadi pembantu rumah, terutama sekali bagi mereka yang pada masa ini masih lagi mengganggur. Rancangan ini sudahpun dicadangkan beberapa tahun yang lalu. Mereka tidak perlu disediakan dengan kemudahan tempat tinggl memandangkan pekerja ini boleh kembali ke rumah mereka setiap hari. Pada masa yang sama, kakitangan Kementerian Sumber Manusia, yang dipertanggungjawabkan dengan perkara ini, boleh mengunjungi ke rumah dan menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap majikan pembantu rumah asing untuk memastikan hak pekerja dipatuhi selaras dengan syarat jam bekerja yang munasabah, rehat yang mencukupi, bayaran gaji asas dan lebih masa serta faedah lain yang sepatutnya diterima oleh pekerja. Jika pekerja didapati benar-benar tidak sesuai, langkah perlu diambil untuk memperbaiki situasi tanpa sebarang penderaan. Bergantung kepada ejen sepenuhnya untuk memeriksa kebajikan pekerja bukanlah satu penyelesaian sepenuhnya. Agensi yang mendedahkan beberapa kes penderaan cenderung dilihat negatif oleh bakal majikan pembantu rumah. Ini menyebabkan kes penderaan tidak didedahkan. Pada umumnya, pengambilan pekerja asing melalui ejen swasta perlu dihapuskan. Sebagai ganti, pengambilan boleh dibuat melalui sistem 'Kerajaan kepada Kerajaan' - di mana proses itu dilakukan secara terus melalui kawalan kerajaan negara berkenaan. Ini akan memastikan kawalan yang lebih ketat dan melindungi pekerja daripada diskriminasi atau dieksploitasi. Langkah ini juga untuk memastikan pengambilan adalah berdasarkan keperluan sebenar.Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

04 October 2009

Lafaz diikuti niat dapat tetapkan hati

Selamat membaca..........


Persoalan Agama: Lafaz diikuti niat dapat tetapkan hati fokus terhadap ibadat

Soalan:APAKAH sah solat jika seseorang itu hanya berniat 'Aku angkat hadas kecil atau aku ambil wuduk' dan tidak disertakan Lillahitaala? Soalan kedua, adakah seseorang perlu berniat penuh untuk solat Jumaat seperti "Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala" atau hanya perlu berniat seperti solat fardu yang lain seperti 'Aku solat Zuhur? Ini kerana saya pernah mendengar kuliah agama yang mengatakan sah solat dengan berniat seperti "Aku solat Zuhur."
Siti Zainab AliPetaling Jaya, Selangor.J

awapan: Membicarakan mengenai permasalahan niat ini, saya suka merujuk kepada perbahasan fuqaha` contohnya al-Nawawi dalam al-Majmuk tentang kepentingan niat dalam ibadat dan kedudukannya.Niat adalah syarat sah ibadat di sisi jumhur fuqaha di kalangan Syafi’iiyyah seperti al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain. Pendapat ini juga adalah pandangan al-Zuhri, Rabi’ah, Malik, al-Laith bin Sa’ad, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur dan Abu Ubaied. Ini adalah berdasarkan ayat ke 5 surah al-Bayyainah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”Ikhlas adalah amalan hati, dan suruhan dalam ayat adalah suatu perintah yang bersifat wajib (yaqtadhi al-Wujub ). Dalam hadis pula Nabi saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat. – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).Niat seperti yang diperjelaskan al-Nawawi dalam al-Majmuk, tempatnya adalah di hati, kerana niat itu adalah qasad. Sekiranya dilafazkan maka ia lebih utama (afdal). Lafaz yang dimaksudkan itu adalah apa yang diucapkan dengan makna yang selari dengan suatu yang disematkan di dalam hati itu.Maka di sini timbullah persoalan, apakah ucapan “Aku angkat hadas kecil” atau “aku ambil wuduk” itu adalah niat ataupun lafaz. Begitu juga dengan soalan kedua yang berkaitan dengan “Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala.” Lafaz ini dalam bahasa Arabnya diungkapkan sebagai “Usalli fardhal jum’ati...”Perkara ini telah menyebabkan timbul polemik dalam masyarakat antara yang menjadikan lafaz itu agar dilakukan serentak dengan niat sebagai syarat sahnya solat. Di pihak yang lain pula ada yang mengatakan memadai untuk mengangkat takbir tanpa perlu dilafazkan.Lafaz usalli untuk solat ataupun nawaitu untuk ibadat yang lain sebenarnya dibincangkan oleh kalangan fuqaha` sebagai Talaffuz binniyat. Talaffuz binniyyat ataupun melafazkan niat ini bukanlah sebahagian dari ibadat itu sebenarnya. Ia tidak mengurangi ataupun melebihi ibadat yang diniatkan itu. Ini disebabkan ia berada di luar ibadat itu sama ada wuduk ataupun solat.Bagaimanapun melafazkan niat ini adalah suatu perkara mustahab atau dengan istilah lain suatu yang sunat. Menurut kitab fiqh mutaakhir Syafi’iy, illatnya adalah supaya membantu hati untuk menjadi lebih fokus.Perkara ini selalu berlaku dalam kehidupan contohnya penjual buah-buahan akan menghitung buah-buahannya dengan lafaz untuk membantu hati, malahan kadang-kadang disertai hitungan itu dengan irama nyanyian. Tujuan melafazkan itu adalah agar niat itu lebih mudah tersemat dalam hati. Sebagai tambahan melafazkan niat termasuk dalam salah satu amalan lidah. Setiap amalan yang terbit dari pengucapan seseorang mukallaf itu pula sentiasa ditulis oleh malaikat. Perkataan yang baik ditulis sebagai kebaikan. Demikian pula sebaliknya kata jahat menyebabkan seseorang itu dikira berdosa. Firman Allah SWT dalam surah Qaf, ayat 18, maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).Bertitik tolak dari sini anda dapat melihat kepentingan lafaz agar diselaraskan dengan apa yang tersemat dalam hati kerana peranan lafaz itu adalah untuk mengukuhkan niat yang terdapat telahpun ada dalam hati seseorang itu.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.


Resolusi anda sekarang adalah 800x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!

02 October 2009

Bawa pulang segera bijak pandai sains

Selamat membaca..........

Bawa pulang segera bijak pandai sains
Dr Zaini Ujang

TENTU ada sebab kukuh sehingga Datuk Seri Najib Razak mahu usaha dipertingkatkan lagi bagi membawa pulang golongan bijak pandai Malaysia yang berada di luar negara terutama dalam bidang sains dan teknologi (S&T) ketika berucap pada Majlis Anugerah Sains Mahathir, 27 September lalu.Menurut Perdana Menteri, setakat ini kita masih gagal menepati sasaran bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) secukupnya sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sasaran adalah 60 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja.Ketika ini, hanya 18 RSE mampu dihasilkan dalam RMK-9. Najib mahu supaya langkah lebih drastik dilakukan. Katanya, antara kaedah terbaik untuk meningkatkan RSE adalah membawa mereka menetap di luar, kembali ke tanah air dengan menyediakan insentif menarik. Bagi Najib, RSE ialah isu besar yang perlu ditangani segera dengan ‘apa saja yang perlu’ bagi membina pangkalan penyelidikan dan pembangunan serta kumpulan berbakat dalam pelbagai cabang sains.Hal ini begitu kritikal dalam persekitaran baru kerana peranan S&T dan inovasi lebih menyerlah sebagai pemacu perkembangan ekonomi bagi bersaing dengan negara seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun, India dan China. Menurut Prof Richard Vietor dari Universiti Harvard, ketika ini Malaysia tersepit antara dua model pertumbuhan ekonomi, iaitu ekonomi berteraskan buruh murah berkepakaran rendah; dengan ekonomi nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi.China, India dan Brazil menggunakan model buruh murah dan kepakaran rendah khususnya sektor pengeluaran. Daya saing mereka terletak kepada kos murah menggunakan teknologi serta pelaburan asing. Malaysia tidak lagi berada dalam kelompok ini. Selain kos buruh semakin meningkat, rakyat Malaysia juga sudah tidak lagi berminat dan produktif menjadi buruh dengan bayaran murah.Mahu tidak mahu, Malaysia terpaksa bersaing untuk memajukan model ekonomi nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi seperti yang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS), Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Di sinilah perlunya pembabitan ramai saintis dan jurutera untuk memajukan inovasi dan teknologi baru. Hakikatnya jumlah 18 RSE tidak mencukupi untuk membolehkan Malaysia berdaya saing dengan negara berkenaan. Itulah rasional gesaan Najib supaya usaha lebih giat dilakukan agar pelaksanaan model ekonomi baru itu dapat disegerakan. Dalam hal ini, sekurang-kurang dua pendekatan utama boleh dilaksanakan. Pertama, pendekatan meningkatkan jumlah RSE di kalangan rakyat tempatan. Pada hemat saya, kaedah ini lebih mudah dan murah membangunkan kepakaran dan kemahiran sains dan teknologi menggunakan sistem dan sumber sedia ada, khususnya menerusi universiti tempatan atau agensi penyelidikan. Faktor kejayaan utama (CSF) ialah dana penyelidikan dan skim perkhidmatan S&T yang menarik.Menerusi pendekatan ini universiti dan agensi penyelidikan tempatan perlu berganding bahu menyediakan skim latihan lebih terancang sehingga peringkat ijazah kedoktoran. Perlu juga diberi perhatian bahawa peranan universiti tidak merangkumi seluruh rantai nilai dalam penjanaan kreativiti dan inovasi sehingga dapat menjana kekayaan. Selepas atau ketika mengikuti pengajian peringkat lanjutan, mahasiswa perlu didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan dengan inovasi dan peluang mengembangkan lagi aspek kebolehpasaran sesuatu idea, inovasi atau harta intelek. Kebolehpasaran itu tidak bermakna mereka perlu menjadi usahawan. Realitinya termasuk di negara maju seperti AS, peranan ahli sains dan jurutera fokus kepada bidang S&T seperti dilakukan dalam projek penyelidikan peringkat kedoktoran yang relevan dengan perkembangan terkini dalam sesuatu disiplin.Kemudian hasil penyelidikan itu disalurkan kepada kumpulan lain yang mengkhusus kepada penjanaan modal, pengeluaran skala besar, pemasaran dan pelan perniagaan. Pada hemat saya masih ramai beranggapan, termasuk di kalangan pembuat dasar, bahawa ahli sains dan jurutera juga perlu dipertanggungjawabkan mengenai seluruh komponen rantaian nilai termasuk aspek perniagaan dan pelaburan. Kalau mampu silakan. Tetapi realitinya hanya segelintir boleh berbuat demikian. Pendekatan kedua ialah mendapatkan kepakaran luar seperti dilakukan Singapura, Australia dan AS. Ketika ini, hangat dibincangkan isu pengaliran keluar imigran warga AS (pemegang pasport kategori H-1B) ke negara asal masing-masing. Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi inovasi sejak lebih 20 tahun lalu.Masalah birokrasi AS sehingga melewatkan proses kelulusan sebagai penduduk tetap membabitkan lebih sejuta jurutera, saintis, penyelidik dan doktor pada 2006 saja. Visa yang dikeluarkan setahun hanya 120,000 saja. Hal ini menyebabkan pakar dalam pelbagai bidang berkenaan pulang ke negara masing-masing khususnya India dan China.Dari segi statistik, jumlah imigran baru khusus dari Asia adalah 12 penduduk AS. Mereka memulakan 52 peratus syarikat berteraskan teknologi di Lembah Silikon dan menghasilkan lebih 25 peratus daripada harta intelek (paten) dunia. Mereka juga merangkumi 24 peratus tenaga kerja dalam bidang S&T dan 47 peratus pekerja berkelayakan PhD di AS. Mereka memulakan syarikat gergasi seperti Google, Intel, eBay, dan Yahoo!Persoalannya apakah kita bersedia untuk ‘menangguk’ limpahan tenaga pakar itu untuk menjadikan Malaysia negara tempat mereka mencurah jasa kepada pertumbuhan ekonomi berteraskan inovasi dan kreativiti?Prof Datuk Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

16 September 2009

Unggas 'emas'

Selamat membaca..........




Unggas 'emas'
Ayam mutiara mampu jana pendapatan kerana lebih khasiat, produktifKITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging. Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor. “Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.


Resolusi anda sekarang adalah 800x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!

09 September 2009

Laman sosial undang jenayah

Selamat membaca..........
Laman sosial undang jenayah

MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.Tulisan di 'Wall' umpamanya sarat dengan mesej 'Salam Lebaran', 'Selamat Menyambut Syawal' yang membuatkan Facebook aktif dan diperbaharui hampir setiap minit.Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah 'scam' atau phishing.Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan 'offline' atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti."Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi 'Wall' daripada rakan yang lain.Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu 'lubang' penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu."Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi."Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain."Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya."Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial."Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam 'inbox' Facebook' dihantar daripada 'rakan' yang menuntut pertolongan dari segi kewangan."Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun."Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

15 April 2009

Thailand, bumi pelbagai keunikan

Thailand, bumi pelbagai keunikan
Oleh Mohd Anwar Patho Rohmanbminggu@bharian.com.my
Banyak lagi tempat menarik di negara gajah Putih boleh dikunjungi sesuai dengan jolokan syurga dunia LUPAKAN sementara imej puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan dan buangkan jauh-jauh perasaan ‘adakah Thailand selamat untuk dilawati. Andai kegusaran itu menyelubungi hati dan perasaan, maka kembara ke negara yang memiliki pelbagai keunikan dan penuh debaran ini tidak akan menjadi seperti yang direncanakan.
Pengalaman penulis menyusur negara Gajah Putih termasuk di beberapa lokasi yang dianggap ‘panas’ dan bahaya, baru-baru ini membuktikan masih banyak lagi ruang untuk keamanan, kesejahteraan dan kebebasan hidup subur di bumi yang tidak pernah sunyi daripada krisis politik. Malah, rombongan media dari Malaysia yang dibawa oleh pihak Pejabat Kedutaan Diraja Thailand di Malaysia berpeluang melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat Thailand termasuk di wilayah selatan negara itu yang dilaporkan sering bergolak kerana serangan pihak pemisah atau tentera. Negara yang boleh diberi jolokan ‘bumi pelbagai keunikan dan penuh debaran’ ini memang menjanjikan segala kelainan bagi tatapan pengunjung.
Binaan Istana Dusit bercirikan Eropah yang tersergam indah di Bangkok.
Kembara selama enam hari yang dipenuhi dengan jadual ketat dari pagi hingga lewat malam agak memenatkan tetapi berbaloi juga apabila masih berpeluang melawat tempat menarik yang boleh dikategorikan sebagai eksotik dan luar biasa tarafnya. Antara lokasi berkenaan ialah Istana Dusit yang menempatkan Dewan Singgahsana Ananta Samakhom, Grand Palace dan Siam Niramit yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandar raya Bangkok, ibu kota Thailand yang sesak lagi menyesakkan. Dewan Singgahsana Ananta Samakhom adalah sebuah bangunan bercirikan zaman kolonial dan direka mengikuti seni bina zaman Renaissance Itali dan Neo Klasik menjadi tempat pameran 13 koleksi kraftangan kebanggaan diraja Thailand yang diperbuat daripada emas. Penulis memberi jaminan, sesiapa yang menyaksikan sendiri koleksi kraftangan yang diperbuat daripada emas ini akan terpegun, kelu seribu bahasa dan tidak mampu berkata-kata meneliti kehalusan hasil seninya yang disempurnakan oleh pengukir yang terdiri daripada petani.
Rombongan media bergambar kenangan di Masjid Kresek, Pattani.
Petani ini digalakkan mengikuti latihan menghasilkan kraftangan termasuk mengukir emas oleh Permaisuri Thailand, Ratu Sirikit yang mahu memperbaiki taraf hidup rakyatnya terutama petani supaya memperoleh pendapatan sampingan. Koleksi kraftangan daripada emas yang dipamerkan di dewan ini adalah singgahsana, tempat bersemayam, tempayan, makhluk khayalan berupa seekor naga tetapi berkaki seperti kuda, replika tongkang, tapak kaki Buddha, meja makan diraja berserta setnya seperti piring, sudu, garpu, pisau, gelas, cawan dan teko termasuk perhiasan seperti burung merak yang semuanya dihasilkan daripada emas. Setiap satu barang pameran itu mempunyai rekaan dan ukiran yang penuh dengan motif tradisional termasuk ciri-ciri pengaruh Hindu dan Buddha seperti watak Raja Rama, Hanuman dan naga. Dikatakan, emas yang digunakan untuk menghasilkan barang pameran ini adalah simpanan emas turun temurun keluarga diraja Siam yang dikumpul sejak berabad-abad yang lalu hasil bayaran ufti bunga emas oleh negeri di bawah naungan negara itu termasuk negeri di utara Tanah Melayu. Siapa sangka, ufti dari negeri-negeri Melayu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diserah kepada kerajaan Siam berabad lalu dicanai dan dibentuk menjadi hasil kraftangan yang begitu mempesona dan agung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke Grand Palace atau Istana Agung yang menjadi tempat bagi penganut Buddha atau Hindu beribadat dan memohon hajat di Biara Diraja yang menempatkan Patung Hijau Buddha. Lawatan ke Thailand pastinya tidak akan lengkap jika tidak ke Chieng Mai yang terletak kira-kira 700 kilometer (km) ke utara Bangkok. Antara lokasi yang boleh dilawati di wilayah utara ini ialah Stesen Pertanian Diraja Ang Khang, Night Safari dan Kem Gajah Maesa. Kunjungan ke Chieng Mai tidak lengkap jika tidak meredah Night Safari yang menawarkan tiga zon untuk dilawati pengunjung iaitu Jejak Jaguar, Savanna Safari dan Predator Prowl. Secara geografi dan sosial, banyak lagi tempat menarik di Thailand yang boleh dikunjungi sesuai dengan jolokan yang diberikan pelancong kepada negara ini - syurga dunia. Tepuk dada tanya selera anda. FAKTA: Thailand Teater
Siam Niramit adalah pentas teater bertaraf dunia
Sediakan tiga segmen persembahan iaitu Kembara Menyusur Sejarah, Kembara Ke Alam Imaginasi dan Kembara Ke Alam Ceria yang mengambil masa lebih 80 minit atau satu jam 20 minit.
Dilakonkan 150 pelakon termasuk dua ekor gajah, kambing dan ayam dengan 500 kostum.
Pentas bersaiz 64x40 meter lebar dan 12 meter tinggi. Stesen Pertanian Diraja Ang Khang
Terletak di daerah Fang yang jaraknya 160 kilometer dari bandar Chieng Mai.
Menempatkan pelbagai projek tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga eksotik di kawasan tanah tinggi.
Projek dijalankan dengan inisiatif Raja Thailand, Raja Bhumipol Aduyadev pada 1969.
Mempunyai keluasan 26.52 kilometer persegi serta berada pada kedudukan 1,400 meter dari aras laut.
Mendapat jolokan mini New Zealand dan terletak kira-kira 5 km dengan sempadan Myanmar.
Pengunjung boleh ‘meneropong’ kem tentera Myanmar dari Kampung Nor La yang hanya dipisahkan dengan pagar dawai.
Ada kira-kira 600 penduduk dari suku Haw Chinese, Tai, Lahu Na dan and Palong menetap di enam kampung. Kem Gajah Maesa
Terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar Chieng Mai.
Wujud hampir 30 tahun dan menjadi tempat kediaman bagi 70 ekor gajah.
Berperanan sebagai pusat pembiakan, latihan, penjagaan kesihatan dan lokasi menarik pelancong. Night Safari Chieng Mai
‘Lambakan haiwan’ yang dibawa dari kawasan Savanah dan Afrika.
Pelbagai jenis haiwan jinak seperti rusa, kuda belang dan pelanduk dibiarkan bebas berkeliaran di laluan trem.
Persembahan Muzikal Air Pancut terbesar di Asia Tenggara menggunakan 1,509 jet air, 546 lampu dan 63 pam air dengan menjadikan air tasik sebagai latar persembahan. Selamat membaca..........

14 April 2009

Selamat membaca..........

SKTU banjir

30 October 2008

Hangzhou

Selamat membaca..........

Wanita, sutera hiasi warisan sejarah

KECANTIKAN gadis dan kesempurnaan sutera di Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang dikisahkan pernah menjadi kegemaran maharaja pada zaman lampau dan hingga kini, kisah itu menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Malah dikatakan kerana dua faktor ini menyebabkan maharaja mengarahkan pembinaan Terusan Utama Beijing-Hangzhou, yang kini diiktiraf sebagai terusan buatan manusia terpanjang di dunia.


Berkulit putih halus dengan tubuh kecil molek dan gebu serta mempunyai anak mata hitam pekat adalah antara ciri gadis tempatan di bandaraya yang mempunyai sejarah lebih 7,000 tahun.

Dikatakan maharaja bukan saja terpesona dengan kecantikan mereka, tetapi tingkah laku lemah-lembut, mewakili gaya hidup bahagian timur negara itu yang tidak terdapat di tempat lain.

Dari segi penghasilan sutera, Hangzou dikatakan mengeluarkan sutera paling berkualiti di China kerana kelebihan cuaca serta bentuk muka bumi yang sesuai untuk industri itu.

SAMPAN tradisional membawa pengunjung mengelilingi tasik di West Lake.

Hangzhou turut menjadi tarikan disebabkan keindahan panorama hijau yang diterjemahkan dalam landskap taman tasik tradisional hingga dinamakan antara 10 lokasi paling cantik di China.

Kesempatan melawat bandaraya yang mendapat jolokan `Bandar Syurga China' bersama kru Majalah Tiga dan wakil media lain yang dibawa khas syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, Air Asia X, baru-baru ini mengizinkan penulis menyaksikan sendiri kebenaran kisah silam ini.

Benar seperti digambarkan, kebanyakan wanita Hangzhou memang cantik dan menarik, manakala kualiti sutera adalah antara yang terbaik di dunia.

Bagaimanapun bukan wanita dan sutera yang menarik hati. Penulis lebih terpikat kepada keindahan landskap taman serta pelbagai warisan sejarah yang terpelihara rapi di bandaraya yang diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Terbaik China 2007.

AKTIVITI harian penduduk di Wuzhen Dongzha Scenic Zone.

Bercerita mengenai taman, pastinya West Lake yang mempunyai keluasan kira-kira enam kilometer persegi dan menjadi lokasi wajib dilawati di Hangzhou menjadi tumpuan utama.

West Lake dikelilingi bukit-bukau dalam tiga arah dan bersambung dengan bandar kecil di sebalik bukit berkenaan yang dilalui Sungai Qiantang, yang secara tidak langsung membentuk landskap unik - tasik, bukit-bukau, bandar dan sungai yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Tasik yang terkenal dengan keindahan memukau ini turut menempatkan beberapa tapak sejarah dan kebudayaan penting China. Antara lokasi yang sering dipenuhi pelancong ialah Enam Pagoda Harmoni, Solitary Hill, Kuil Ling Yin serta Makam Jeneral Yui Fei, iaitu panglima tentera terkenal Dinasti Song Timur.

Selain itu, bangunan warisan silam serta batu berukir yang mempunyai nilai artistik dan sejarah tersendiri yang menjadi warisan berharga negara itu terdapat di West Lake.

Difahamkan terdapat puluhan tasik di China, malah di seluruh dunia dikenali dengan nama West Lake, tetapi selalunya nama itu dikatakan merujuk kepada West Lake di Hangzhou.

Perkampungan Teh Mei Jiawu yang mempunyai sejarah lebih 600 tahun yang terletak di bahagian barat West Lake juga mempunyai tarikan tersendiri. Kedudukan di lembah dengan pokok teh di atas bukit yang mengelilinginya menghasilkan pemandangan sangat memukau.

Keistimewaan perkampungan ini ialah ia menghasilkan teh hijau terbaik di dunia dikenali dengan nama West Lake Dragon Well. Petani di sini mengekalkan kaedah pemprosesan teh tradisional diwarisi nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.

Puas menghirup teh hijau, destinasi menarik lain ialah perkampungan air dikenali sebagai Wuzhen Dongzha Scenic Zone. Terdapat kira-kira 300 rumah tradisional dibina di tepi Sungai DongShi yang bersambung dengan Terusan Utama Beijing-Hangzhou.

Menariknya perkampungan ini ialah ia kelihatan terapung dengan sebahagian tiang asasnya berada dalam sungai. Pengunjung boleh menikmati pemandangan unik perkampungan ini menaiki sampan tradisional China.

Kunjungan ke Hangzhou sememangnya berbaloi kerana selain tempatnya yang menarik, kedudukannya yang berhampiran bandaraya Shanghai, membolehkan pelancong menjadikannya transit sebelum ke bandaraya itu yang hanya mengambil masa satu jam perjalanan kereta api peluru atau tiga jam dengan bas.

Tidak seperti ribuan tahun lalu, kini mereka yang ingin ke Hangzhou tidak perlu bersusah payah melalui terusan, sebaliknya hanya perlu menaiki penerbangan domestik terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou atau Air Asia X jika dari Malaysia.

INFO

Keistimewaan Hangzhou


  • Marco Polo yang datang ke Hangzhou pada abad ke-13 menyifatkan bandaraya itu sebagai bandar raya paling cantik di dunia serta mendapat jolokan 'Bandar Syurga China'.

  • Ibu negeri wilayah Zhejiang terletak di selatan Sungai Yangtze di pantai timur China.

  • Mempunyai keistimewaan dari segi landskap dan seni bina tradisional yang dipelihara dengan baik.

  • West Lake mempunyai keindahan yang boleh disaksikan dari 10 sudut menarik yang dinamakan mengikut puisi Cina.

    Bagaimana ke sana?

  • Air Asia X membuat lima penerbangan seminggu dari terminal tambang murah (LCCT) Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou.

  • Pengunjung boleh menjadikan Hangzhou sebagai transit untuk ke Shanghai jika inginkan penerbangan dengan kos lebih murah menggunakan Air Asia X.

  • Terdapat dua cara ke Shanghai dari Hangzhou, iaitu menggunakan bas yang mengambil masa tiga jam atau kereta api peluru yang mengambil masa satu jam.

  • Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan menggunakan agensi pelancongan melalui pakej Air Asia X dengan melayari laman web Air Asia, www.airasia.com
  • 28 September 2008

    Kajian Dr Masaru

    Selamat membaca..........

    Persoalan Agama: Kajian Dr Masaru bukti air dibaca ayat al-Quran




    Soalan:
    Menjelang peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi, sesetengah sekolah atau ibu bapa mengadakan majlis baca Yasin dan air yang diletakkan pada majlis itu untuk diminum pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Apakah pandangan tuan mengenai amalan ini?

    Bapa Ingin Tahu
    Ampang, Selangor

    Jawapan:
    Air itu boleh dikatakan sebagai air penawar atau dikenali juga dengan air penerang hati bergantung kepada niat atau hajat yang diperlukan.

    Membaca al-Quran adalah ibadah dan amalan ini memberi pahala kepada si pembacanya serta memberi berkat kepada orang di sekitarnya seperti air yang diletakkan di sisinya.

    Berikutan penggunaan air sebagai medium, ia adalah benda hidup yang dapat memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.

    Oleh kerana 70 peratus tubuh kita terdiri daripada unsur air, bererti ketika kita membaca, mendengar al-Quran atau air yang dibaca ayat al-Quran akan membentuk susunan dan molekul yang teratur dan sempurna yang dapat membantu memperbetulkan fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa dan bertindak seperti niat dan tujuan kita.

    Perkara ini boleh dirujuk kepada kajian Dr Masaru Emoto dari Jepun yang sudah membuktikan secara ilmiah bahawa air yang dibacakan doa atau perkataan yang baik atau muzik yang merdu akan membentuk struktur molekul yang nampak halus dan indah.

    Jika diperdengarkan kepada air itu perkataan yang buruk serta muzik yang kasar, maka ia membentuk molekul yang tidak seimbang dan hodoh.

    Justeru, molekul air dapat berubah dan mengikut aura persekitaran lalu membentuk seperti apa yang berlaku di sekelilingnya seterusnya memberi kesan kepada manusia.

    Kesimpulannya, membaca dan minum air Yasin dengan niat yang baik boleh diamalkan kerana termasuk usaha dan ikhtiar di samping usaha lain yang perlu juga dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan cita-cita yang baik dan cemerlang.

    23 August 2008

    Spekulatif berlebihan 'dalang' kenaikan harga minyak

    Selamat membaca..........

    Spekulatif berlebihan 'dalang' kenaikan harga minyak

    Oleh Thomas I Palley

    SEHINGGA beberapa minggu lalu, ketika harga minyak terus melonjak, perdebatan hangat tercetus mengenai peranan fundamental ekonomi dan spekulasi, dalam meningkatkan harga minyak global.

    Walaupun harga minyak kini menyusut daripada lonjakan tertingginya sebelum ini debat itu tidak seharusnya dilupakan, kerana ia memberi kesan mendalam terhadap polisi kerajaan yang tidak boleh dibiar untuk diabaikan.

    Sudah tentu, jika harga tinggi disebabkan fundamental pasaran minyak juga bergerak seperti yang seharusnya berlaku. Tetapi jika ia disebabkan spekulasi, maka spekulator di kalangan pembuat dasar mesti bertindak untuk membendung kegiatan itu kerana perbuatan terbabit menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi global.


    Apabila bukti dikenal pasti, ia menjurus kepada perbuatan spekulatif sebagai punca utama kenaikan harga minyak.


    Ketika ramai peserta di pasaran minyak menuduh kegiatan spekulatif, kebanyakan pakar ekonomi pula mempertahankan bagaimana prestasi pasaran minyak lebih menjurus kepada soal fundamental dan satu daripada alasan itu ialah kenaikan harga minyak disebabkan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).

    Memandangkan harga minyak didagang berdasarkan dolar Amerika, maka kelemahan mata wang itu menjadikan harga minyak lebih murah kepada pengguna di negara lain, sekali gus meningkatkan permintaan global.

    Alasan kedua ialah kenaikan harga minyak disebabkan kadar faedah rendah dan jangkaan harga jangka panjang yang tinggi. Itu sepatutnya mengurangkan bekalan dengan menggalak pengeluar untuk menyimpan minyak di bawah tanah dan mengepam kemudian.

    Alasan ketiga pula ialah jika kegiatan spekulatif dituduh menjadi punca kenaikan harga, sepatutnya ada peningkatan dalam inventori minyak, kerana spekulator tidak menggunakan minyak, sebaliknya menyimpan dan dijual kemudian. Memandangkan tidak ada peningkatan dalam inventori, maka tidak ada kegiatan spekulatif.

    Semua tiga alasan itu, lemah. Harga minyak naik, jauh lebih tinggi daripada kejatuhan dolar Amerika. Ini bermakna, harga minyak naik di negara lain yang sepatutnya menurun, bukan meningkat.

    Malah, harga minyak yang tinggi sebenarnya melemahkan dolar Amerika, bukan sebaliknya. Harga minyak yang tinggi meningkatkan kadar inflasi di Amerika Syarikat, memburukkan lagi defisit dagangannya dan meningkatkan kemungkinan kemelesetan dengan bertindak sebagai cukai ke atas perbelanjaan pengguna.

    Malah tidak ada sebarang laporan mengenai pemotongan pengeluaran yang luar biasa, seperti diperkatakan. Sebenarnya, peningkatan harga minyak memberikan insentif kepada pengeluar bebas untuk meningkatkan lagi pengeluaran.

    Kali terakhir harga sebenar minyak mencecah tahap sekarang ialah pada 1980, yang menunjukkan bahawa menyorok minyak di bawah tanah, boleh menjadi satu perniagaan yang buruk. Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (Opec), juga mempunyai kepentingan yang kuat untuk mengekalkan pengeluaran.

    Ia mahu mengekalkan harga rendah untuk memelihara penggunaan minyak dalam ekonomi global dan menghalang pilihan teknologi sebagai alternatif kepada sumber tenaga.

    Akhirnya, perbincangan mengenai penyimpanan gagal untuk mengiktiraf perbezaan jenis inventori. Dengan itu, harga spekulatif tinggi yang direkodkan, kemungkinan menyebabkan peniaga pukal melepaskan inventori, tetapi yang dilepaskan itu mungkin dibeli spekulator, yang kini aktif memajak kapasiti simpanan komersial.

    Implikasinya ialah spekulator boleh mendorong kenaikan harga dan meningkatkan pegangan inventori mereka, walaupun keseluruhan inventori komersial, tidak banyak berubah.

    Lazimnya, sukar untuk membuktikan bahawa perbuatan spekulatif bertanggungjawab menyebabkan harga minyak tinggi, kerana ia lebih cenderung berlaku di sebalik fundamental yang kuat. Bagaimanapun, wujud bukti kukuh menunjukkan kegiatan spekulatif berlebihan di pasaran minyak sekarang.

    Satu petanda kuat ialah perubahan tercatat dalam ciri perdagangan minyak, dengan spekulator (iaitu institusi kewangan dan dana lindung nilai) kini merangkumi 70 peratus dagangan, meningkat daripada 37 peratus tujuh tahun lalu.

    Mengenai fundamental pasaran, tidak ada perubahan dari segi permintaan dan bekalan yang boleh memperjelaskan lonjakan di luar jangkaan harga minyak. Malah, kelaziman pergerakan harga minyak adalah konsisten dengan spekulatif. Pada Jun, harga minyak naik AS$11 dalam satu hari dan pada Julai, ia jatuh AS$15 dalam tempoh tiga hari. Turun naik ini, tidak sejajar dengan pasaran berdasarkan fundamental.

    Di sebalik saiz pasaran minyak, spekulasi boleh mempengaruhi harga kerana tidak anjalnya permintaan dan bekalan. Permintaan bagi minyak agak lambat untuk berubah apatah lagi pengubahsuaian pengeluaran mengambil masa. Ciri ini membuatkan pasaran minyak terdedah kepada spekulasi.

    Lihatlah bagaimana situasi sekarang ini meningkatkan inflasi global, menurunkan pendapatan orang miskin, melemahkan dolar, memburukkan defisit dagangan Amerika Syarikat, meragut ketidakstabilan kewangan global dan meningkatkan kemungkinan kemelesetan global. Ini semua memerlukan tindakan polisi dengan segera.

    Penulis ialah Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Kajian Ekonomi dan Keselamatan AS-China (Projek Syndicate, 2008)

    Cetak artikel | Hantar pada kawan

    14 August 2008

    AS ada agenda tersembunyi

    Selamat membaca..........

    AS ada agenda tersembunyi

    APABILA Amerika Syarikat (AS) memberi amaran berhubung urusan dalaman Malaysia, ia tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar peringatan biasa sahaja.

    Sebaliknya, tindakan AS itu harus dilihat dalam skop yang lebih luas terutamanya dalam agenda tersembunyinya untuk melemahkan negara-negara Islam yang tidak tunduk kepada kehendak mereka.

    Sejarah telah membuktikan bahawa dunia Barat terutama AS sememangnya tidak senang dengan kebangkitan mana-mana negara Islam dan mereka pasti akan mencari helah untuk melemahkan negara itu dengan apa juga cara.

    Apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq sudah menjadi bukti. Afghanistan diserang selepas peristiwa 11 September 2001 dengan alasan ia adalah sebuah negara pengganas dan bagi menegakkan demokrasi.

    Tetapi hakikatnya, serangan berkenaan adalah langkah awal AS dalam era tahun 2000 bagi melumpuhkan mana-mana negara Islam yang mengamalkan syariat Islam dalam pentadbirannya.

    Justeru Afghanistan yang ketika itu diperintah oleh Taliban telah diserang habis-habisan dan kesudahannya sehingga ke hari ini, negara berkenaan terus berada dalam keadaan kucar-kacir.

    Agenda tersembunyi AS untuk melumpuhkan negara Islam tidak berakhir di situ sahaja, negara kuasa besar berkenaan kemudiannya menjadikan Iraq sebagai sasaran.

    Dengan pelbagai tuduhan palsu termasuk memiliki senjata pemusnah besar-besaran, Iraq telah diserang dan ditakluk pada tahun 2003.

    Sekali lagi alasan untuk menegakkan demokrasi dijadikan 'senjata' bagi menghalalkan pencerobohan yang dilakukan.

    AS juga amat memahami bahawa Iraq adalah negara yang kaya dengan minyak. Oleh itu negara tersebut perlu ditakluki dan kesilapan yang dilakukan oleh Saddam Hussein ketika memerintah memudahkan AS melaksanakan agendanya.

    Iraq akhirnya diduduki sehingga kini dan negara berkenaan tidak pernah menikmati keamanan biarpun sehari sejak tahun 2003. Peperangan masih berterusan akibat penentangan oleh pejuang-pejuang Iraq.

    Pada masa yang sama umat Islam di Iraq saling berbunuhan sesama sendiri terbit daripada tindak-tanduk AS.

    Realitinya, Iraq diserang bukan kerana memiliki senjata pemusnah seperti mana digembar-gemburkan, sebaliknya AS ingin menakluki kekayaan minyak di negara itu dan sekali gus menjadikan Iraq sebagai pangkalan hadapan di rantau Teluk bagi melaksanakan agendanya.

    SeranganSelain itu, serangan ke atas Iraq juga bermakna sebuah lagi negara Islam yang kaya dengan ketamadunan Islam dimusnahkan oleh AS.

    Kejayaan menakluki Iraq seolah-olah memberi semangat kepada AS yang kini mula menjadikan Iran sebagai sasaran.

    Negara Barat itu memberi alasan bahawa Iran harus memberhentikan program senjata nuklearnya kerana ia dianggap boleh mengancam keselamatan negara-negara jiran.

    Tetapi hakikatnya, selain apa yang dinyatakan itu hanyalah alasan, AS ingin melindungi sahabat baiknya Israel. Lebih daripada itu, AS ingin menjadikan Iran negara kedua pengeluar minyak berada dalam jajahan takluknya.

    Demikianlah sikap AS, mereka mencipta satu alasan, membentuk satu agenda dan kemudian melancarkan serangan ke atas mana-mana negara Islam yang mereka tidak sukai.

    AS tidak pernah mempedulikan sama ada tindakan mereka itu betul atau tidak. Kecaman demi kecaman yang dikeluarkan oleh mana-mana negara berikutan tindakannya tidak pernah menggugat AS.

    Ini kerana sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa ketenteraan yang cukup hebat, AS merasakan mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menyerang mana-mana negara.

    Bagi AS, soal kebenaran dan keikhlasan adalah persoalan kedua dalam tindakan mereka. Ini kerana jika mereka ikhlas, sudah pasti konflik di Palestin tidak akan berpanjangan sehingga ke hari ini.

    Dalam konflik tersebut, AS ternyata menyebelahi Israel biarpun hakikatnya negara zionis itu menceroboh bumi Palestin.

    Namun itulah AS. Mereka akan bermusuh dengan mana-mana juga negara Islam yang dilihat tidak sehaluan dengan mereka. Matlamat mereka ialah menghancurkan ketamadunan Islam yang berkembang di mana juga.

    Kini AS sedang berusaha memperluaskan sayapnya di Asia Tenggara. Mereka telah pun sedia mempunyai hubungan ketenteraan yang kukuh dengan Filipina, Thailand dan Singapura. Kini negara yang cuba menjadi polis dunia itu sedang berusaha mengganggu kestabilan Malaysia.

    Bagi mereka, Malaysia amat penting dari segi geopolitik untuk mengembangkan agendanya. Tetapi dalam masa yang sama mereka sedar bahawa faktor penghalang terletak kepada pengaruh agama Islam yang kukuh di kalangan majoriti penduduk Melayu.

    Justeru mereka akan cuba mencari apa juga helah bagi membolehkan mereka 'bertapak' di negara ini.

    ReformasiGerakan reformasi yang tercetus pada tahun 1998 dianggap detik terbaik bagi AS untuk mencampuri urusan dalaman negara ini.

    Tetapi ketika itu usaha mereka gagal, apabila Malaysia terus teguh mempertahankan pendiriannya dan sekali gus menolak sebarang campur tangan asing dalam soal dalamannya.

    Kini AS dilihat kembali berusaha untuk memenuhi agenda mereka. Seperti sebelumnya, isu demokrasi, kebebasan dan keadilan sekali lagi cuba dijadikan alasan oleh AS untuk mencampuri urusan dalaman negara ini.

    Bagi AS, soal perlembagaan bukanlah perhitungan utama, apa yang penting bagi mereka ialah menyekat sebarang usaha yang boleh menyaksikan kebangkitan umat Islam hatta di Malaysia sekalipun.

    Mereka juga pasti akan menyokong mana-mana pemimpin yang sehaluan dan dapat memenuhi agenda mereka.

    Persoalannya, adakah orang Melayu dan umat Islam di Malaysia menyedari agenda tersembunyi AS tersebut?

    Seandainya AS berjaya dalam agendanya di Malaysia sudah pasti golongan yang paling teruk akan terjejas ialah orang Melayu dan umat Islam.

    Ini kerana sudah menjadi dasar AS bahawa mereka tidak mahu mana-mana kaum mendapat keistimewaan biarpun ia sudah termaktub dalam perlembagaan dan mereka pasti akan menyokong pemimpin yang sehaluan dengan hasrat mereka itu.

    Segala-galanya terserah kepada kita untuk menentukannya. Apa yang penting, jangan biarkan negara ini 'dijajah' buat kali kedua dalam apa bentuk sekali pun

    30 July 2008

    MangkukTingkat.com

    Selamat membaca..........

    MangkukTingkat.com

    Oleh Ziauddin Sharuddin
    zia@bharian.com.my


    KEBERSIHAN menjadi keutamaan dalam proses penyediaan makanan.

    Program perniagaan bantu ibu tunggal - Nur Hikmah akan perluaskan program MangkukTingkat.com ke seluruh negara mulai bulan depan

    MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah.

    Bukan luar biasa melihat 'pekerja kontrak' membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli.


    Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak Jun lalu, memperkenalkan program penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat yang dikenali sebagai Program MangkukTingkat.com.


    Di seluruh dunia, `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular.

    Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) di Mumbai amat popular hingga Putera Charles ketika lawatan ke negara itu bergambar bersama mereka.

    FATAHIYAH antara pelanggan MangkukTingkat.com sejak dilancarkan Jun lalu.

    Jepun berbangga dengan bento, makanan dan lauk yang diisi dalam kotak kayu pelbagai bentuk yang cantik.

    Apa pun istilah atau di mana juga, matlamat akhir adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati makanan yang murah, bersih dan enak.

    Berbanding dabbawala dan bento yang mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang, Program MangkukTingkat.com yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (Nur Hikmah) masih terlalu muda, tetapi berpotensi mencipta revolusi dalam budaya makan orang kita.

    Presiden dan Pengasas Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, mengakui program itu berdasarkan kejayaan dabbawala di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini.

    PENGHANTARAN cepat menghantar mangkuk tingkat kepada Fatahiyah di Cheras.

    Perbezaan utama, katanya mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya hingga ada yang memberi gelaran kepada program itu sebagai `nasi internet’ apabila semua proses adalah melalui internet.

    “Pelanggan membuat tempahan melalui internet. Bayaran adalah secara dalam talian. Kami tidak mengenali mereka dan jika ada sebarang aduan atau cadangan, semuanya disalurkan melalui internet,” katanya.

    Beliau berkata, program itu tidak bermotif keuntungan, tetapi menyediakan pancing kepada ibu tunggal serta penjaga anak yatim, sejajar kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia.

    “Kita boleh memberi bantuan wang tunai atau kebendaan, tetapi lebih baik memberi pancing yang boleh menjana pendapatan kepada mereka, berbanding memberi ikan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya.

    Selain ibu tunggal, katanya waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka.

    Mengapa mangkuk tingkat? Ameer Soekre berkata, makanan tingkat kedap udara membolehkan makanan kekal panas hingga kira-kira lima jam, selain menjimatkan, berbanding bekas polisterin yang berharga 12 sen sebungkus dan tidak mesra alam.

    Katanya, Program MangkukTingkat.com. mendapat bantuan RM15,000 dari Tekun Nasional untuk membeli mangkuk tingkat.

    Beliau berkata, setiap mangkuk tingkat mempunyai empat mangkuk, tetapi hanya tiga digunakan, iaitu setiap satu diisi nasi, lauk berkuah dan sayur.

    “Satu mangkuk lagi dibiarkan kosong sebagai lambang kasih sayang kami dan tukang masak. Setiap Jumaat, mangkuk kosong diisi buah seperti pisang. Pada hari ulang tahun kelahiran pelanggan, kami hantar kek.

    “Kadang-kadang usahawan yang mahu mempromosi produk masing-masing meletakkan sampel makanan dan kad perniagaan dalam mangkuk kosong itu.

    “Menjelang Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri, sudah ada mahu mempromosi kuih raya menggunakan mangkuk tingkat,” katanya.

    Memperjelaskan Program MangkukTingkat.com, Pengurus Nur Hikmah, Syaidiatul Syahirah Roslan, berkata program bermula Jun lalu dengan seorang pembekal yang menyediakan makanan ke kawasan sekitar Cheras.

    “Sasaran awal ialah pelanggan mengambil sendiri makanan, tetapi mereka lebih suka makanan dihantar terus kepada mereka. Dari sini bermula program mangkuk tingkat,” katanya.

    Ketika ini, katanya 60 peratus daripada pelanggan adalah pekerja pejabat dan baki penghuni kediaman.

    Pada peringkat permulaan, katanya pelanggan adalah sekitar Lembah Klang, meliputi dari Bukit Beruntung hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Katanya, pelanggan mendapat makanan dari pembekal makanan paling hampir seperti makanan untuk pelanggan di KLIA adalah dari Dengkil.

    Untuk masa depan, katanya Nurhikmah dengan bantuan Tekun Nasional melantik vendor untuk membekalkan bahan mentah seperti ayam, daging, rempah dan sayur-sayuran.

    “Sebagai contoh, seorang vendor mendapat bantuan menanam sayur-sayuran yang dijual kepada kami dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Ada juga vendor yang dipilih memang sudah berniaga,” katanya.

    Melalui program vendor, katanya harga bahan mentah dapat dikawal, sekali gus memastikan harga makanan yang dijual berpatutan.

    Katanya, Program MangkukTingkat.com akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dan mulai Ogos ini akan dimulakan di Pulau Pinang, selain beberapa lokasi di Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan.

    FAKTA
    Mangkuk tingkat


  • Alamat laman web: www.mangkuktingkat.com

  • Hidangan makan tengah hari sebelum jam 11 pagi atau antara jam 1 hingga 2 petang dan makan malam, antara jam 5 petang hingga 8 malam (rumah). Pelanggan pejabat menerima makanan antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

  • Lokasi pembekal makanan di Lembah Klang adalah di Bukit Beruntung, Selayang, Gombak, Keramat, Ampang, Pandan, Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Dengkil, Kelana Jaya, Shah Alam dan Klang.

  • Dua pakej, iaitu lauk + sayur (RM3.50) dan lauk + sayur + nasi (RM4.50). Kos penghantaran ke rumah dan pejabat (RM1.50).

  • Ada 300 menu lauk dan sayur. Menu berbeza setiap hari. Contoh menu setiap Isnin sepanjang Julai: ayam masak kicap dan tauge goreng (7 Julai), daging kicap dan buncis goreng (14 Julai), ikan kembung percik dan sayur petola (21 Julai), kari udang dan peria goreng (28 Julai).
  • Kereta hibrid lebih mahal

    Selamat membaca..........

    Kereta hibrid lebih mahal



    HONDA Insight dengan enjin hibrid.

    WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan.

    Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan.

    Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.


    Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan.


    Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan.

    Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.

    Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid.

    Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya.

    Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan.

    Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.

    Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai.

    Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak.

    “Kita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.

    Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi.

    Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada?

    KERETA ELEKTRIK

    Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat.

    Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.

    Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa.

    “Apabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal.

    “Kuasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,” katanya.

    Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus.

    Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar.

    HYDROFUEL

    Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol.

    Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.

    Memperjelaskan teknologi itu, katanya: ”Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta.

    "Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar," katanya

    Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer.

    Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan.

    Kuasa jimat minyak

    Selamat membaca..........

    Kuasa jimat minyak

    Oleh Ziauddin Sharuddin
    zia@bharian.com.my


    SEBUAH kereta hibrid keluaran Toyota yang dipamerkan pada Asean Sumit Trade Exhibition 2005, di Kuala Lumpur.

    Kereta guna teknologi hibrid lebih jimat minyak apabila enjin dijana dengan gabungan petrol dan motor elektrik

    SETIAP kali krisis minyak berlaku, idea menghasilkan kereta yang dapat menjimatkan penggunaan bahan api timbul.

    Tidak ada bezanya dengan krisis yang berlaku sekarang apabila kereta hibrid muncul sebagai antara pilihan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Berbanding kereta solar dan hidrogen, kereta hibrid bukan lagi suatu idea di atas kertas dan bersifat penyelidikan, tetapi meluncur di jalan raya apabila dikeluarkan secara komersial.


    Kelebihan utama kereta hibrid ialah menjimatkan minyak. Mengikut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada 2007, Toyota Prius, yang menggunakan satu liter bahan api mampu pergi antara 21 hingga 25 kilometer (km), bergantung kepada pemanduan di lebuh raya atau bandar.


    Kebanyakan kereta di Malaysia, satu liter hanya dapat meliputi perjalanan antara lapan hingga 12 km.

    Kini, istilah kereta hibrid menjadi semakin biasa. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, mendefinisikan kereta hibrid sebagai kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga yang berbeza reka bentuk untuk membolehkan bergerak di atas jalan raya.



    Kebiasaannya kereta hibrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor).

    Ramai menyangka kereta hibrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan sejak lebih 100 tahun lalu.

    Sejarah kereta hibrid bermula apabila Dr Ferdinand Porsche, mencipta kereta hibrid pertama, kereta elektrik petrol, Mixte atau nama panggilannya, Aunt Eulalia, tetapi nama rasminya ialah Semper Vivus yang bermaksud sentiasa hidup.

    Kereta ini menggunakan enjin petrol yang silih berganti pada kelajuan tetap untuk menjana dinamo yang mengecas akumulator untuk memberikan kuasa kepada motor elektrik di roda depan.

    DR Azhar menunjukkan enjin hibrid yang menjadi kajian di UTM.

    Idea kereta hibrid zaman moden boleh dijejaki ketika krisis minyak pada 1973 dan 1979 yang menyebabkan Amerika Syarikat, mengambil inisiatif melakukan penyelidikan terhadap teknologi hibrid. Ini juga menyebabkan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motor, ketika itu membelanjakan lebih RM65 juta terhadap penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid.

    Pengeluar kereta di benua lain tidak ketinggalan, terutama di negara maju yang isu alam sekitar mendapat perhatian serius.

    Pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen, memperkenalkan teksi Microbus hibrid, manakala Di Jepun, pengeluar kereta nombor satu, Toyota membina prototaip enjin hibrid dan Mazda, mengeluarkan trak enjin hibrid, Titan.

    Selepas banyak wang dicurahkan dan jurutera kereta memerah otak, pengeluar kereta nombor satu Jepun mendahului pengeluaran kereta hibrid secara komersil. Pertengahan 1997, Toyota memperkenalkan kereta hibrid pertama, Prius, untuk pasaran tempatan negara itu.

    Honda tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Honda Insight, kereta hibrid dua tempat duduk pada 1999 untuk pasaran Amerika Syarikat, diikuti kemasukan Prius ke negara itu tidak lama kemudian. Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional.

    Ketika pengeluar Jepun semakin ke depan, syarikat kereta Amerika Syarikat, Ford, pada 2004 melancarkan Ford Escape Hybrid, kenderaan hibrid pertama Amerika Syarikat dan juga SUV hibrid pertama dunia.

    Selepas itu semua menjadi sejarah. Pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hibrid sebagai keutamaan.

    INFO

    Komponen asas kereta hibrid

    Enjin

    Tangki bahan api


    Motor elektrik - Komponen juga boleh berfungsi sebagai generator.

    Bateri - Berfungsi menyimpan kuasa bagi kegunaan motor elektrik.

    Sistem transmisi - Berfungsi sama seperti kenderaan biasa menggunakan enjin pembakaran dalam.

  • Varisasi Kereta Hibrid

    Susunan selari


    Sistem ini banyak digunakan pengeluar kereta gergasi dunia. Ia adalah enjin pembakaran dalam dan sebuah motor elektrik yang disambung ke sebuah sistem transmisi. Kebanyakan sistem begini menggabungkan jana kuasa elektrik besar dan sebuah motor elektrik dalam satu unit.

    Starter motor dan alternator tidak digunakan. Untuk menyimpan kuasa, ia menggunakan bateri bersaiz besar untuk menyimpan voltan yang lebih besar daripada biasa, iaitu 12 Volt. Peralatan lain seperti stering kuasa (power steering) dan penghawa dingin memperoleh kuasa daripada motor elektrik.

    Susunan bersiri

    Sistem ini menyerupai sistem kereta elektrik berbateri daripada kereta berpacuan enjin pembakaran dalam. Enjin memacu generator elektrik dan tidak menyalurkan kuasa terus ke roda kereta. Generator yang tersedia mengecas bateri dan membekal pusa kepada motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.

    Apabila kuasa yang besar diperlukan, motor elektrik menyedut kuasa elektrik daripada bateri dan generator. Sistem transmisi tidak diperlukan. Terdapat juga reka bentuk yang memperuntukkan satu motor elektrik untuk satu tayar bagi sistem begini.

    Sistem bersiri boleh dipasang dengan bateri jenis penyimpan kuasa elektrik super (supercapacitor) atau roda tenaga (flywheel) untuk menyimpan tenaga yang ditebus guna ketika menghentikan (brek) kenderaan. Proses ini meningkatkan kecekapan kenderaan keseluruhannya.

    Susunan kombinasi selari dan bersiri

    Sistem ini mempunyai alat pemisah kuasa (power-split) membolehkan kuasa dipindah daripada punca ke hiliran secara mekanikal atau elektrik.

    Prinsip asas di sebalik sistem ini ialah kebolehan untuk memisahkan kuasa (decoupling) yang dibekalkan oleh enjin (atau punca lain) daripada kuasa yang diperlukan oleh pemandu.

    Dalam kenderaan konvensional, enjin bersaiz besar diperlukan untuk menghasilkan pecutan daripada keadaan pegun ke keadaan laju akibat daya kilas enjin adalah rendah pada halaju rendah. Sebaliknya, motor elektrik mempamerkan daya kilas tinggi pada halaju rendah yang membantu enjin yang mempunyai kecekapan rendah pada halaju rendah.
  • Cetak artikel | Hantar pada kawan

    25 July 2008

    Jauhi amalan baca ramalan bintang

    Selamat membaca..........

    Jauhi amalan baca ramalan bintang

    Oleh Hasliza Hassan
    bhnews@bharian.com.my

    Kepercayaan kepada ahli nujum, tukang tilik bawa kepada kekufuran

    SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.


    Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.


    Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.


    Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.


    �Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,� katanya.


    Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: �Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.�


    Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.


    Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.


    Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.


    Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.


    Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.


    �Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.


    �Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.


    �Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,� katanya.


    Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.


    Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.


    Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.


    �Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,� katanya.


    Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.


    Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.


    Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.


    Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.


    Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.


    Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.


    �Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.


    �Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.


    �Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,� katanya.


    Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

    26 May 2008

    Tersalah pilih sahabat boleh bawa kehancuran

    Selamat membaca..........

    Tersalah pilih sahabat boleh bawa kehancuran

    Oleh Aminudin Mansor



    PEPATAH Melayu pernah menyatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Pepatah ini membawa makna mendalam dalam erti kata sebenarnya. Tentulah dalam konsep kehidupan orang Melayu sahabat itu penting, selain daripada kekasih yang satu dan setia.

    Setiap insan di dunia ini memerlukan teman hidup. Sejak sejarah awal Adam lagi perlukan Hawa dalam kehidupannya. Sahabat ialah teman yang wujud sepanjang kehidupan seseorang.


    Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, sahabat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong.

    Imam Syafie pernah berkata, “Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan itu sebenarnya lebih tercela.”

    Jelaslah dalam memilih sahabat kita mesti berhati-hati serta pandai memilih sahabat yang memberi manfaat dan faedah kepada kita.

    Imam Syafie juga menyatakan, “Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.”

    Ada sahabat yang setia dan sentiasa berusaha membawa kebaikan dalam hidup rakannya. Sahabat sebeginilah adalah sahabat sejati. Sementara ada sahabat yang hadir ketika gembira dan membawa ke arah keburukan. Bagi remaja, jauhilah sahabat seperti ini.

    Ramai tidak menyedari kepentingan bersahabat. Ia dianggap sebagai suatu kebetulan yang hadir silih berganti. Sebenarnya kawan dan sahabat ada peranannya sendiri.

    Di kalangan remaja, sahabat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi manusia. Sahabat juga mempengaruhi kehidupan seseorang remaja dan menentukan arah masa depan mereka.

    Sahabat biasanya datang daripada lingkungan usia hampir sama, alam persekolahan, minat dan masalah yang dihadapi juga serupa. Sahabat juga biasanya mempunyai minat dan kecenderungan yang sama.

    Biasanya bagi remaja, apabila timbul masalah membabitkan persekolahan dan peribadi, sahabatlah tempat mencurahkan isi hati. Kebiasaannya, masing-masing akan mencurahkan masalah, mengeluarkan pendapat dan menjadikan persahabatan semakin akrab.

    Seterusnya, remaja akan cuba menyesuaikan diri dengan cita rasa rakan atau sahabat mereka. Di sinilah terbentuknya peribadi secara tidak langsung.

    Sahabat karib biasanya mempunyai personaliti hampir sama. Remaja yang bijak dan berpandangan jauh akan memilih sahabat karib di kalangan remaja mempunyai kebolehan lebih daripadanya dalam bidang akademik.

    Keadaan itu boleh membantu memajukan personaliti atau diri seseorang. Membuang sikap yang tidak disukai dalam melakukan sesuatu yang disenangi kedua-dua pihak akan menjadikan seseorang itu lebih sesuai dalam menjalin persahabatan.

    Seorang sahabat baik mestilah sentiasa menjaga adab ketika berbicara dengan sahabatnya, berlemah lembut, berbuat baik, bersifat warak, bersikap benar dan membuat kebaikan kepada sahabat.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Hai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Hujurat, ayat 13)

    Menjalin persahabatan baru bermakna membentuk ikatan persaudaraan. Rapatnya hubungan antara rakan memupuk rasa sayang seperti keluarga sendiri.

    Malah, di kalangan remaja lebih mengambil berat mengenai sahabat berbanding anggota keluarga sendiri terutama yang merantau di tempat orang. Sudah tentulah sahabat menjadi orang paling hampir untuk mencurahkan masalah dan mengadu nasib.

    Kajian mendapati persekitaran juga mempengaruhi kesan persahabatan iaitu keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara manusia serta dengan alam sekitar. Persekitaran termasuk alam sekeliling sebelum dan selepas seseorang itu dilahirkan.

    Sesungguhnya agama menggalakkan kita mencari sahabat seberapa ramai yang dapat membantu ketika menghadapi kecemasan atau musibah. Bukan semua sedia membantu terutama jika tidak kenal rapat.

    Sahabat dan teman berbeza kerana sahabat orang paling akrab dan hubungan ibarat ahli keluarga menyebabkan mereka bersedia membantu pada bila masa sementara teman tidak banyak tahu mengenai kita.

    Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan harian selalunya tidak berkesempatan mengenali siapakah teman baik anak mereka. Sering terjadi ibu bapa tidak mengetahui anak mereka terbabit dengan orang tidak sepatutnya hinggalah sesuatu terjadi pada anak mereka.

    Ibu bapa perlu ingat salah satu sebab anak menjadi degil dan sering melawan cakap orang tua adalah kerana mereka bosan dengan sikap ibu bapa yang tidak pernah memberi perhatian diharapkan.

    Sahabat penting dalam kehidupan seseorang tetapi tersalah pilih sahabat akan membawa kehancuran. Pilihlah sahabat yang mempunyai akhlak baik, pembimbing dan kaunselor yang sering memberi nasihat serta perangsang ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

    20 October 2007

    Jual negara kaut kekayaan

    Selamat membaca..........

    Jual negara kaut kekayaan

    Oleh: DR. SAODAH ABD. RAHMAN

    KEHADIRAN pendatang asing ke negara ini semakin hari kian bertambah. Ini menunjukkan sumber rezeki yang terdapat dalam negara ini dikongsi bersama oleh penduduk dari negara lain. Pembangunan dan kemajuan dalam negara jika tidak dirancang secara teratur boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat di negara ini. Kesedaran terhadap tanggungjawab kepada negara dan masyarakat perlu disemat dalam sanubari pihak yang berwibawa di negara ini.

    Persoalannya ialah kenapa begitu mudah bagi pihak berkuasa mengeluarkan lesen kepada ejen-ejen buruh asing tanpa meneliti kemampuan mereka mengendalikan urusan kemasukan buruh asing?

    Pengesahan daripada pihak berkuasa adalah penting untuk menentukan sama ada buruh asing tersebut boleh memasuki negara ini. Kenapa begitu ramai buruh asing yang berada dalam negara ini diberi pekerjaan yang mampu dilakukan oleh penduduk tempatan?

    Sepatutnya pihak berkuasa perlu meneliti secara terperinci jenis pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada buruh asing. Kenapa urusan begini tidak dikaji demi kepentingan negara dan rakyat?

    Pihak berkuasa perlu tegas dalam urusan kemasukan buruh asing sama ada melalui ejen atau datang secara haram. Kecuaian pihak berwibawa dalam pemantauan terhadap agen- agen kemasukan buruh asing adalah faktor utama yang menyebabkan kebanjiran buruh asing sehingga penduduk tempatan menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan dalam negara mereka sendiri.

    Sikap begini juga mengheret maruah negara kerana tekanan yang dihadapi oleh buruh asing yang dikenakan oleh pihak majikan terhadap mereka terkeluar daripada konsep kemanusiaan yang digariskan oleh Islam.

    Kesedaran terhadap konsep kemanusiaan di kalangan orang yang bertanggungjawab terhadap kemasukan buruh asing dalam negara perlu disemat dalam sanubari mereka supaya wang yang diragut daripada titik peluh manusia yang miskin dan kesempitan hidup itu tidak dijadikan darah daging ahli keluarga yang boleh menghumban mereka ke dalam neraka. Doa manusia yang teraniaya sama ada Islam dan bukan Islam dimakbulkan oleh Allah.

    Sikap terlalu tamak kekayaan dan terlalu gemar mengambil kesempatan untuk memperkayakan diri perlu dikikis dalam sanubari umat Islam supaya tatacara mereka memimpin, mentadbir dan menguruskan hal ehwal kemanusiaan sejajar dengan kehendak Ilahi dan syariah Islam.