Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.
Showing posts with label MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MELAYU. Show all posts

17 August 2010

Demi Keadilan

Selamat membaca..........

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” kata Chua So Lek.

Kata Chua lagi......
“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,”

Komen
Kalau hendak semua kaum mendapat agihan kekayaan yang adil sewajarnya ekuiti kaum Cina harus dikurangkan. Bukannya cadangkan dikurangkan ekuiti Melayu. Ekuiti Cina memang lebih dari Melayu. Oleh itu UMNO mesti tuntut supaya ekuiti Cina dikurangkan demi keadilan kaum di Malaysia.

Resolusi mansuh ekuiti Melayu tidak 'bermoral

Selamat membaca..........

Resolusi mansuh ekuiti Melayu tidak 'bermoral'

Oleh Shamrahayu A Aziz
2010/08/17

KEISTIMEWAAN dan hak Melayu dipersoalkan lagi! Resolusi Kongres Ekonomi Cina yang berlangsung di Kuala Lumpur mencadangkan supaya 30 peratus ekuiti yang diberikan kepada Bumiputera dikurangkan secara berperingkat.

Walaupun dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai membuat rayuan kepada masyarakat Cina untuk berasa yakin bahawa pemerintahan beliau yang akan menjaga kepentingan semua kaum, termasuk kaum Cina, ucapan itu tidak singgah pada minda peserta kongres berkenaan.

Ia seolah-olah masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Begitu juga keadaan yang menimpa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak kaum Cina untuk berkongsi kek ekonomi secara adil. Beliau menyatakan bahawa setiap pihak harus mendapat manfaat sewajarnya daripada pembangunan dan kekukuhan ekonomi negara ini.

Sebelum saya panjangkan pandangan dalam isu ini, perlu disebut bahawa istilah Bumiputera tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ekuiti ‘Bumiputera’ dalam konteks resolusi berkaitan ekuiti ini merujuk kepada ‘ekuiti Melayu’.

Pada saya, persoalan mengenai pengurangan ekuiti yang disediakan kepada kaum Melayu sebanyak 30 peratus ini bukanlah perkara baru yang menjadi tuntutan komuniti Cina. Namun pada saya, ia tidak perlu dan tidak sepatutnya diketengahkan dalam agenda mengukuhkan kedudukan ekonomi kaum Cina di negara ini.

Dua perkara ingin saya ketengahkan. Pertama, apakah kesan ekuiti Bumiputera ke atas kedudukan ekonomi komuniti Cina di negara ini selama ini? Dalam kata lain, adakah masyarakat Cina sudah diketepikan kedudukan mereka dalam menerajui ekonomi negara dengan wujudnya polisi berkaitan ekuiti atau, adakah Melayu betul-betul mendapat manfaat daripada peruntukan ekuiti ini dan seterusnya Melayu menjadi peneraju ekonomi negara ini. Keduanya, adakah salah, dari segi perundangan untuk kaum Bumiputera diberikan ekuiti berkenaan.

Pada saya, jawapan kepada kedua-dua soalan di atas sudah pasti begitu jelas. Hakikatnya sudah nyata. Walaupun dengan wujudnya 30 peratus ekuiti ini ekonomi masyarakat Cina masih lagi makmur dan ekonomi masyarakat Melayu masih lagi tidak setanding dengan kedudukan ekonomi komuniti Cina, apatah lagi untuk bersaing.

Kesan negatif daripada pemberian ekuiti kepada Bumiputera itu tidak menyerlah ke atas kekukuhan ekonomi komuniti Cina ini. Sejak dulu hingga kini, kehebatan dan ketinggian masyarakat Cina dalam bidang ekonomi tidak dapat dipersoalkan, walaupun diselubungi ekuiti Bumiputera berkenaan. Jika kesannya amat negatif kepada masyarakat Cina, negara tidak akan dapat menyaksikan begitu makmur sekali ekonomi masyarakat Cina di negara ini.

Adakah resolusi untuk mengurangkan peratusan ekuiti ini satu keadilan kepada Bumiputera? Atau ini menunjukkan komuniti Cina tidak mahu berkongsi kek ekonomi secara bijaksana dengan Bumiputera seperti yang disebut Presiden MCA?

Dari sudut undang-undang, masyarakat Melayu diberikan sedikit kelebihan menerusi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan Melayu untuk diberikan suatu kuota, antara lain bagi tujuan perniagaan.

Walaupun sekiranya dipandang sekali imbas Perkara 153 adalah satu bentuk diskriminasi, ia diskriminasi yang dibenarkan (positive discrimination) atau dalam istilah lain yang lebih popular ketika ini, affirmative action.

Bagi saya, Perkara 153 ini bukan ‘tongkat’ kepada Melayu, walaupun ramai yang menganggap Perkara 153 hanya bersifat ‘membantu’ Melayu yang mungkin akan rebah sekiranya tidak ada Perkara 153. Pada saya, Perkara 153 ini menunjukkan pengiktirafan undang-undang tertinggi negara kepada orang Melayu dan bukannya tongkat.

Perkara 153 ini juga pada saya adalah asas untuk sebarang pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kelangsungan keadilan ekonomi Melayu.
Lebih-lebih lagi apabila sebarang dasar yang disandarkan kepada Perkara 153 ini, sekiranya perlu diubah, harus dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, seperti yang termaktub di bawah Perkara 38(5) Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini menambahkan lagi kepentingan kedudukan keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaan.

Pada saya pertanyaan atau persoalan berkaitan hak Melayu ini amat tidak ‘bermoral’ dalam amalan sistem Perlembagaan. Namun, sekiranya dilihat dari sudut peruntukan undang-undang jenayah, perbuatan seperti ini adalah satu hasutan yang membolehkan pendakwaan dilakukan.

Walauapapun pada pendapat saya, masyarakat Melayu, terutama pemimpin Melayu harus sedar bahawa tuntutan seperti ini adalah bertentangan dengan prinsip dan semangat Perlembagaan berkaitan kedudukan Melayu. Oleh itu, pemimpin Melayu tidak perlu menjadi terlalu berdiplomasi atau apologetik dalam menangani isu berkaitan kedudukan Melayu.

Semangat peruntukan Perlembagaan ini ialah untuk mengiktiraf kedudukan Melayu di negara ini. Ia juga amat jelas di dalam sejarah Tanah Melayu. Tugas dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh kepemimpinan supaya pemimpin Melayu tidak lagi dituduh menjadi penyebab kepada kemunduran atau ‘kelayuan’ Melayu di tanah air sendiri.

Perkara 153 juga pada saya, adalah sebagai simbol keadilan kepada semua bangsa di negara ini. Apa yang penting di negara ini ialah keadilan, bukannya kesamarataan. Ini harus dihayati sepenuhnya oleh kepemimpinan negara.

Penyediaan sejumlah tertentu ekuiti kepada Melayu bukanlah bermakna menolak hak kaum lain dan ini jelas terbukti dengan kejayaan dan kemakmuran ekonomi masyarakat Cina di negara ini. Selain itu, keistimewaan Melayu mendapat pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan, bukan semata-mata dasar pemerintahan negara.

Penulis ialah Penolong Profesor, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

15 August 2010

Isu hak Melayu bagai jolok sarang tebuan

Selamat membaca..........

Isu hak Melayu bagai jolok sarang tebuan

Oleh Mohd Zaini Abd Karim
2010/08/08

Dasar hartanah komersial, kediaman mewah perlu dilihat dari sudut sosioekonomi

AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dari DAP mencadangkan supaya diskaun Bumiputera untuk hartanah komersial dan kediaman mewah di Selangor dihapuskan. Alasannya, ia mampu memberi persaingan dan menarik pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Artikel ringkas ini cuba untuk mengulas isu cadangan ini dari sudut implikasi ekonomi dan sosial. Pandangan di sini merujuk kesannya ke atas ekonomi dan sosial kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Dalam menilai sesuatu dasar seperti cadangan menghapuskan diskaun Bumiputera, kita harus melihat dari segi kos dan faedah pelbagai pilihan yang ada supaya warga dalam masyarakat demokrasi dapat membuat pilihan lebih baik sebelum sesuatu polisi itu dilaksana atau digantikan.

Seperti diketahui, Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat secara umumnya menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mengelak pengenalan sesuatu kaum berasaskan fungsi ekonomi.

Dalam mencapai matlamat menyusun semula masyarakat ini, antara strateginya ialah menambah pemilikan Bumiputera dalam bentuk hartanah melalui potongan harga khas atau diskaun yang diberikan kepada mereka.

Memang tidak dinafikan, berdasarkan teori ekonomi, sebarang herotan (distortion) pasaran menyebabkan ketidakcekapan dalam pasaran kerana menyebabkan agihan sumber tidak cekap.

Dalam konteks ini, wujudnya dualisme dalam harga pasaran hartanah yang menyebabkan wujud ketidakcekapan dan halangan kepada daya saing ekonomi negara. Ia dikatakan sebegitu disebabkan herotan ini, pasaran perumahan kurang penawaran daripada tahap optimumnya. Inilah dimaksudkan Pua agaknya apabila dia mengatakan dapat menarik pelabur memanfaatkan sektor hartanah di Selangor jika diskaun untuk Bumiputera dihapuskan.

Bagaimanapun, untuk menyatakan tanpa diskaun Bumiputera ini, pasaran secara automatik menjadi kompetitif dan berdaya saing adalah satu kenyataan yang simplistik. Ekonomi bukan semudah itu.

Banyak faktor bertindak balas dalam pasaran. Antaranya, kestabilan politik dan sosial mempengaruhi prestasi sesebuah ekonomi (dalam konteks negara kita, faktor keharmonian kaum sangat penting).

Kalau kita lihat pencapaian Bumiputera dalam pemilikan harta jauh daripada apa yang disasarkan dan ia amat jauh ketinggalan berbanding pemilikan kaum Cina.

Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), 2006-2010, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, pada 2007, pemilikan oleh Bumiputera hanya 15.7 peratus bagi bangunan dan 29.2 peratus bagi kategori kompleks perniagaan berbanding masing-masing 72.6 dan 69.4 peratus dimiliki kaum Cina.

Jika dilihat dari segi pemilikan premis perindustrian ia lebih mendukacitakan. Pemilikan Bumiputera hanyalah 3.5 peratus berbanding 87.2 peratus oleh kaum Cina.

Oleh itu, jika diskaun Bumiputera hartanah komersial dihapuskan, matlamat memperbetulkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah pasti tidak tercapai malah akan melebarkan lagi jurang ekonomi antara kaum.

Keadaan ini pasti merapuhkan keharmonian kaum dan sosial seterusnya kestabilan negara. Apabila ini berlaku, bagaimana kita boleh menumpukan kepada kesejahteraan ekonomi? Perlu diingatkan satu daripada objektif Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat adil dengan keseimbangan ekonomi antara kaum.
Ahli ekonomi Britain, Dudley Seers, pernah berkata pembangunan bukan hanya pertumbuhan ekonomi semata-mata. Ia membabitkan kedua-dua aspek ekonomi dan sosial.

Beliau menilai pembangunan sebagai mengambil kira isu kemiskinan, pengangguran dan ketidaksamaan. Pandangan ini menunjukkan pembangunan perlu menguta-makan peningkatan dalam kesejahteraan sosial, bukannya sebagai hasil sampingan pertumbuhan ekonomi.

Bekas Canselor Jerman, Willy Brandt, atas kapasiti Pengerusi Isu Pembangunan Antarabangsa, pernah menulis bahawa pembangunan membawa bersamanya bukan saja idea peningkatan ekonomi malah peningkatan dalam maruah manusia, keselamatan, keadilan dan ekuiti.

Dalam hal ini, mesej yang ingin disampaikan ialah apa maknanya andai wujud pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa keseimbangan ekuiti. Lebih relevan lagi soalannya, apakah boleh wujud pertumbuhan ekonomi tanpa keseimbangan ekuiti?

Oleh itu, apa yang lebih penting akhirnya ialah bagaimana kita dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi negara tanpa menjejaskan kestabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk menidakkan matlamat menjadikan ekonomi negara cekap dan kompetitif seperti yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

Dalam konteks dasar penggalakkan pemilikan harta Bumiputera, mungkin dasar ini boleh disemak untuk kategori hartanah yang bernilai tinggi yang mana sudah dipastikan kategori ini hanya mampu dimiliki oleh golongan yang benar-benar tidak memerlukan diskaun.

Mungkin juga, kadar diskaun untuk Bumiputera ini diberikan secara lebih regresif untuk nilai hartanah yang melebihi sesuatu tahap. Mungkin juga, insentif lain perlu dicari yang mana insentif ini tidak akan memberi kesan herotan kepada pasaran.

Mungkin juga, kita boleh memberi tempoh bertenang sebelum apa-apa perubahan dasar ini dilaksanakan. Apa yang harus kita fahami ialah sukar untuk mempertahankan dasar seperti ini selama-lamanya jika kita ingin menjadi negara yang cekap dan kompetitif seperti digariskan MBE.

Tidak dapat tidak, tiba masanya nanti, dasar seperti ini dihapuskan. Oleh itu, pada masa depan, Bumiputera perlu bersedia dengan keadaan tiada lagi campur tangan oleh kerajaan sebagai jaringan keselamatan.

Penulis ialah pensyarah ekonomi Universiti Utara Malaysia

20 November 2009

Orang Melayu kini takut pertahan hak

Selamat membaca..........

Kunta Kinte: Orang Melayu kini takut pertahan hak




Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang


APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah.


Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara �vigil� (tafakur) mereka.


Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.


Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.


Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.


Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.


Jadi Kunta Kinte kena kata Kunta Kinte hairan. Budak-budak sekarang kata �konfius�.


Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?


Kunta Kinte bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?


Kunta Kinte tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.


Jadi apa Kunta Kinte nak kata? Kunta Kinte kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.


Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.


Cuma Kunta Kinte nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?


Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?


Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?


Kunta Kinte tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.


Yang Kunta Kinte rasa wajib Kunta Kinte pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.


Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?


Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.


Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?


Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.


Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.


Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.

26 August 2008

Kuasa ekonomi orang Melayu

Selamat membaca..........

Mengembalikan keagungan kuasa ekonomi orang Melayu

Oleh Nassrul Hakim Md Jani

"ORANG Melayu masih lemah dari sudut ekonomi. Orang Melayu masih jauh ketinggalan." Ini adalah ungkapan yang sering kita dengar. Barangkali ungkapan ini sudah sampai ke tahap menjemukan.

Apabila banyak dibina rumah mewah, maka projek itu akan dituduh sebagai meminggirkan orang Melayu dan rumah kos rendah pula menjadi sinonim dengan orang Melayu. Masalah berkaitan penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu akan terus berkumandang di sana sini.

Ketika membahaskan usul 'Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak, berkata masyarakat Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak milik sektor korporat, iaitu kepada 42.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 76.1 peratus, manakala Bumiputera mempunyai pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 19.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 15 peratus.


Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada berniaga. Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam keusahawanan. Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet dalam kerajaan dan jawatan dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam ekonomi.


Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan masih dilihat sebagai sesuatu yang asing. Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.

Berlainan dengan situasi masyarakat Melayu menganggap berniaga sebagai sesuatu yang dilakukan untuk menyara hidup sementara mendapat kerja makan gaji. Sudah pastilah matlamat terakhir adalah untuk bekerja dengan kerajaan. Oleh itu, kita biasa melihat jika ada mahasiswa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamat pengajian, orang akan kata 'Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja.'

Pernahkah kita tertanya bagaimana orang Cina yang sebahagian besarnya datang ke Tanah Melayu sebelum Merdeka boleh berjaya menjadi usahawan kaya raya dan menguasai dunia perniagaan di negara ini sedangkan mereka datang sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta?

Adakah mereka ada agensi seperti Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Ekonomi Negeri dan lain-lain lagi yang membantu mereka membangunkan perniagaan? Pernahkah kita tertanya mengapa sebahagian besar kita tidak boleh hidup semewah bangsa lain sedangkan kita adalah masyarakat peribumi yang nenek moyang kita lahir di sini beratus-ratus tahun dulu?

Apakah ada keajaiban membuatkan mereka berjaya? Mereka juga ada dua kaki dan dua tangan seperti kita. Pada hal, al-Quran mengajar kita bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa mereka berjaya kerana mereka bekerja keras dan sanggup mengambil risiko membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, ketika merasmikan Majlis Forum Keusahawanan dan Kerjaya Siswa di Universiti Utara Malaysia berkata, kerajaan begitu komited dengan memperuntukkan RM5.7 bilion bagi menjayakan program dan projek pembangunan di bawah kementeriannya dalam tempoh RMK-9.

Ia disalurkan menerusi pelbagai agensi seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Mara, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), UDA Holdings Berhad (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri seluruh negara.

Sebenarnya perancangan yang dibuat kerajaan sejak selepas Merdeka lagi sepatutnya sudah cukup untuk membolehkan orang Melayu untuk bangun menjadi masyarakat perdagangan dan perindustrian berjaya. Jika orang Melayu tidak mahu menukar cara berfikir dan masih dengan pegangan lama, maka keadaan tidak akan berubah biar pun berpuluh-puluh dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirangka untuk orang Melayu.

Remaja dan belia hari ini harus dididik supaya minat dengan bidang keusahawanan. Generasi baru orang Melayu perlu mengubah mentaliti dan persepsi mereka terhadap budaya makan gaji. Penulis menasihatkan agar generasi baru orang Melayu, iaitu remaja dan belia supaya jangan lagi mengharapkan kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian. Jangan ulangi kesilapan generasi kami yang sudah sebati dengan budaya makan gaji dan tidak nampak peluang dalam keusahawanan sebelum ini.

Apakah 20 tahun lagi kita akan terus membincangkan isu 'orang Melayu masih lemah dalam penguasaan ekonomi?' Sampai bila kita harus lemah dan bila pula kita akan menjadi kuat? Berapa lama lagi masa kita perlu ambil untuk kita menjadi kuat? Tidak jemukah kita bercakap benda sama sekian lama?

Jangan salahkan orang lain jika bangsa kita terus miskin. Jangan lagi merungut mengenai lemahnya bangsa kita dari segi penguasaan ekonomi sekiranya kita sendiri tidak mencari jalan keluar dan berusaha mengubahnya. Persepsi kebanyakan masyarakat Melayu menganggap keusahawanan sebagai sesuatu yang tidak menjamin masa depan harus dikikis.

Jika tidak, kita terus lemah dan bangsa kita akan sinonim sebagai penghuni rumah kos rendah dan setinggan. Jika kita teliti sejarah Melayu suatu masa dulu orang Melayu menjadi pedagang terkemuka berniaga sehingga ke Asia Barat membawa barang dagangan mereka.

Tetapi apakah cukup hanya mengenang dan mengimbas sejarah saja boleh membawa perubahan kepada bangsa Melayu? Carilah wira dalam diri kita. Kembalikan keagungan bangsa kita yang lalu. Sudah pasti ia bukan tugas mudah dan ringan. Ia menuntut satu kerja keras dan komitmen tinggi semua pihak untuk memastikan segala cita-cita menjadi kenyataan.

Penulis ialah pensyarah Pengurusan Perniagaan, Kolej Profesional Mara,
Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

09 August 2008

Bahagian 1: Lelaki Melayu dulu dan sekarang

Selamat membaca..........

Eksklusif: Bahagian 1: Lelaki Melayu dulu dan sekarang

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my


Abhinav Sharma, Pengarah Perancangan Strategik McCann Erickson.

Personaliti maskulin tradisional

PERNAHKAH anda terfikir perbezaan lelaki Malaysia sekarang dengan jejaka yang hidup lebih 50 tahun lalu? Secara kasar, kelainan itu mungkin tidak ketara kerana dikaburi peranan lelaki yang dikatakan terus dominan berbanding wanita. Namun, jika diamati, cetusan evolusi berlaku dalam kehidupan lelaki dari zaman ke zaman hingga membentuk ciri-ciri lelaki yang dilihat pada hari ini.

Sebelum ini, tidak ramai berminat menyingkap fasa perubahan atau perkembangan lelaki baik dari aspek apa sekalipun. Ini kerana fokus selalu diberi kepada wanita di mana perubahan dan perkembangan mereka mungkin lebih menarik untuk diambil peduli.


Namun, sejak 'kuasa' lelaki makin melebar - tidak lagi terbatas dalam kelompok keluarga dan kerjaya sebaliknya dalam pelbagai aspek gaya hidup dan sosial, agensi pengiklanan terkemuka, McCann Erickson Malaysia 'terpanggil' untuk menyelidik evolusi lelaki Malaysia.


Agensi itu berkongsi hasil kajian menariknya bersama XY - Ikon Lelaki dengan memberi fokus kepada evolusi lelaki Melayu di Malaysia, sejak era sebelum merdeka, pasca merdeka hingga hari ini.

Bermula dengan cerita lelaki sebelum merdeka yang digelar 'Lelaki Tradisional' dalam penyelidikan ini, Pengarah Perancangan Strategik McCann Erickson, Abhinav Sharma menamakan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein; Allahyarham Tun Hussein Onn hingga Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu yang melambangkan ciri lelaki Melayu tradisional.

Tan Sri P Ramlee

Antara ciri lelaki tradisional yang dilihat pada barisan tokoh ini adalah kuasa dimiliki mereka, tanggungjawab selaku pemimpin serta semangat melindungi negara.

Kata Abhinav, keluarga generasi pertama dan kedua di Malaysia yang menempuh kepayahan hidup pada zaman peperangan, lazimnya memiliki anggota keluarga atau anak yang ramai.

Setiap anak lelaki yang lahir dalam keluarga besar pada tempoh sukar seperti ini biasanya sukar menerima perhatian saksama daripada ibu bapa mereka, terutama dari bapa.

"Anak lelaki ini akan membesar secara berdikari dan belajar mengenai sesuatu menerusi pemerhatian dan contoh yang diperoleh dari orang tua.

"Anak lelaki sulung akan mengikut jejak langkah bapa dan kedudukan lelaki sebagai jantina yang hebat dan pendukung kehormatan keluarga terus menjadi tradisi.

"Definisi kelelakian yang dipelajari mereka adalah seseorang yang tanggungjawab memelihara kehormatan keluarga dan tradisi ini perlu terus diperturunkan; mempunyai tekad dan keazaman tinggi; boleh membuatkan orang lain takut; akan dihormati; mampu menyara keluarga; sentiasa setia dan hormat kepada yang lebih tua; jujur dan bertanggungjawab serta mampu memiliki lebih daripada seorang isteri," terang Abhinav.

Abhinav menambah, selain ciri maskulin pada lelaki tradisional yang dijelaskannya, ada juga lelaki tradisional berjiwa lebih lembut. Contoh terbaik, aktor lagenda Melayu, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Seniman Negara ini dilihat memiliki ciri serupa seperti keazaman yang kuat untuk berjaya dalam industri hiburan; dihormati dan dikenali serta pernah berkahwin dan bercerai lebih daripada sekali.

Generasi kedua iaitu lelaki yang membesar dalam acuan tradisional akan meneruskan tradisi bapa tradisional pada keluarganya pula. Mereka adalah individu yang setia; tindakan mereka tidak boleh dipersoalkan; patuh kepada peraturan; tahu apa yang terbaik; pelindung; chauvinistik; tegas dalam soal disiplin serta dihormati.

Kata Abhinav, masyarakat Asia ketika itu bersifat patriachal (kebapaan). Tiada siapa boleh mempertikai atau membantah sebarang arahan dan keputusan yang sudah diputuskan bapa.

"Namun, selepas taraf hidup menjadi semakin baik, nilai tradisi yang diwarisi dari generasi sebelumnya sedikit terkikis oleh kemodenan.

"Anak lelaki generasi kedua ini menghadapi dilema sama ada hendak mengikut tradisi bapanya atau meneruskan perjalanan kehidupan dengan identiti dan caranya sendiri," katanya.

Pada masa yang sama, golongan anak ini harus melakukan sesuatu yang dapat membanggakan bapa mereka. Mengikut persepsi masyarakat ketika itu, apa yang dapat membuatkan seseorang bapa berbangga dengan anaknya adalah keputusan cemerlang dalam peperiksaan (pangkat A dalam semua subjek) serta menduduki jawatan profesional seperti doktor, peguam dan jurutera.

Anak kepada lelaki tradisional biasanya akan berjaya dalam akademik dan memilih laluan karier konvensional kerana takut serta menghormati bapa mereka.

"Kehidupan anak lelaki yang dibesarkan dalam lingkungan tradisional ini dilihat menghadapi bermacam 'tekanan' dalam hidup mereka. Menurut 'parameter tradisional', mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik di sekolah; menuntut di universiti ternama; tamat pengajian dan memperoleh kerjaya berpendapatan stabil; memiliki kereta dan rumah sendiri; harus mampu dari segi kewangan untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga.

"Satu-satunya contoh atau role model yang dilihat golongan lelaki generasi kedua ini adalah bapa mereka. Justeru, tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang tetap mengikut jejak langkah bapa mereka biarpun minat dan kecenderungan sebenar mereka adalah berbeza," katanya.

Menyentuh mengenai kajian agensi itu, Abhinav berkata, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan seumpama itu bagi mengenalpasti corak dan kehendak pasaran.

"Ini menjadi maklumat berguna kepada pelanggan kami untuk memasarkan produk mereka.

"Seiring dengan kuasa beli golongan lelaki yang dilihat kian menyamai kuasa beli yang sebelum ini didominasi wanita, kami mengambil langkah strategik untuk membuat kajian mengenai lelaki tempatan," katanya.

Kata Abhinav, tinjauan dan kajian ini dilakukan dalam tempoh lima hingga enam bulan berdasarkan soal selidik terhadap 300 responden lelaki pelbagai etnik dan sumber kajian sekunder.

Minggu depan : Transisi lelaki... Dari tradisional ke era moden.

25 July 2008

Agenda perkukuhkan kedudukan agama, bangsa

Selamat membaca..........

Agenda perkukuhkan kedudukan agama, bangsa

PERCATURAN parti-parti politik yang wujud masa kini merupakan situasi yang mencabar dalam sejarah Malaysia. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap kewibawaan parti dan ahli-ahli politik yang diberi amanah untuk memimpin dan mentadbir negara sama ada parti yang memerintah atau pembangkang.

Perselisihan antara ahli-ahli politik Melayu/Islam lebih mirip kepada persoalan berkaitan dengan prinsip keperibadian.

Parti-parti politik Melayu sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada agenda yang boleh memperkukuhkan kedudukan agama dan bangsa bukan menumpukan perhatian kepada kegiatan untuk menjatuhkan kewibawaan dan kedaulatan orang Melayu yang terkenal dengan perasaan yang halus dan belas kasihan sesama bangsa.

Sikap orang Melayu yang terkenal dengan identiti dan maruah diri semakin hari kian luntur akibat terlalu ghairah dalam perebutan kuasa dan kedudukan.

Bangsa Melayu sering dikaitkan dengan budi bahasa yang berunsurkan akhlak Islam. Ciri-ciri begini kian terhakis kerana matlamat utama dalam perjuangan hidup lebih berlandaskan kepada kekuasaan bukan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama Islam.

Sikap ingin menjatuhkan kuasa antara ahli-ahli politik bukan berdasarkan kepada kebolehan, kepakaran dan pengalaman individu-individu tertentu tetapi lebih cenderung kepada serangan peribadi.

Umat Islam diajar oleh Allah supaya menggunakan hikmah dalam menyelesaikan permasalahan sesama umat Islam terutama berkaitan dengan maruah diri dan kepimpinan. Kegagalan dalam menyelesaikan persengketaan sesama parti politik Melayu boleh menyumbang kepada kemusnahan bangsa dan agama.

Pertimbangan akal yang berdasarkan kepada keimanan dan kefahaman konsep kepimpinan dan politik yang berasaskan kepada seruan Allah dan Rasul merupakan formula paling penting dalam sistem pemerintahan dan kepimpinan Islam.

Prinsip dan kefahaman begini kurang wujud dalam sanubari dan pemikiran ahli-ahli politik Islam masa kini. Ini merupakan satu krisis dalaman bangsa Melayu yang sukar untuk diatasi.

Kuasa dan kedudukan bukan merupakan kekuatan yang hakiki. Ia adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan di akhirat.

Umat Islam dididik oleh Allah dan Rasul menjadi orang yang berhemah dan berwibawa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Didikan ini jika dijadikan sebagai landasan dan pedoman maka tidak wujud suasana seperti masa kini.

Sikap terlalu angkuh dengan kehebatan diri jelas dipamirkan kepada masyarakat. Keangkuhan yang dipertontonkan merangkumi pelbagai cara dan tindakan sehingga membangkitkan kebosanan kepada masyarakat.

Sikap terlalu yakin dengan kehebatan diri sehingga tidak menyedari kelemahan diri ('ujub) adalah salah satu bentuk kemusnahan yang sering diperingatkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Hakikatnya, sikap begini menjadi tabiat dan sifat ahli-ahli politik Melayu masa kini.

Kebanyakan ahli politik Islam sekarang lebih mirip memperjuangkan kuasa dan kedudukan daripada menegakkan objektif dan prinsip perjuangan parti politik mereka.

Ketakutan kehilangan kuasa dan kedudukan menyebabkan mereka menjadi kurang matang dalam perancangan dan tindakan. Kelemahan begini jelas dipertontonkan kepada masyarakat.

Jika perkara begini menjadi fenomena ahli-ahli politik bangsa Melayu maka kemungkinan besar sistem pemerintahan dan kepimpinan Melayu akan bertukar kepada sistem demokrasi negara-negara Barat yang tidak prihatin terhadap agama dan bangsa.

Masyarakat Barat lebih prihatin terhadap kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan ahli-ali politik tanpa mengira bangsa dan agama. Apabila suasana begini wujud dalam pemikiran masyarakat Melayu maka istilah seperti 'Melayu tidak hilang di dunia', tidak memberi sebarang makna kepada generasi akan datang.

Hancur atau majunya sesebuah negara adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan kepakaran para pemimpin dan ahli-ahli politik dalam negara itu. Oleh itu usah terlalu ghairah menunjukkan kehebatan dan kekuatan sehingga terlupa bahawa agama, bangsa dan negara berada dalam ambang kemusnahan.

Kedaulatan BM dicabar

Selamat membaca..........

Kedaulatan BM dicabar

ADALAH sesuatu yang malang kepada nilai-nilai perpaduan yang sedia utuh di negara ini apabila usaha memasang papan tanda jalan raya dalam bahasa Mandarin di Pulau Pinang dibiar tanpa tindakan.

Alasan untuk memudahkan pelancong dari China serta rakyat tempatan yang tidak mahir berbahasa Melayu sangat sukar untuk diterima akal.

Bahasa Melayu bukan wujud sehari dua, sebaliknya berusia lebih panjang daripada mana-mana manusia tertua yang masih hidup di negara ini.

Justeru, adalah tidak logik ada di kalangan rakyat Malaysia termasuk penduduk di Pulau Pinang sendiri yang tidak tahu berbahasa Melayu waima untuk memahami papan tanda jalan raya.

Rakyat Malaysia juga mencari-cari di mana kaitannya pemakaian bahasa Mandarin dengan pengiktirafan Georgetown sebagai tapak warisan dunia yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai lalu.

Bukankah ia bertentangan dengan sifat pengiktirafan itu yang diberikan kerana nilai-nilai serumpun yang masih subur dan bukannya kerana ciri-ciri sesuatu kaum?

Justeru jangan salahkan orang Melayu yang perlu bertanya, apa relevannya papan tanda jalan raya dalam bahasa Mandarin itu?

Isunya bukanlah kerana sentimen perkauman, biarpun ada beberapa pihak yang kelihatan tidak lagi mampu bersabar apabila sedikit demi sedikit ketuanan Melayu dicabar dan cuba dipinggirkan.

Tetapi apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah ke mana menghilangnya semangat nasionalisme atau kebangsaan di kalangan ahli Gerakan yang bertindak secara melulu itu?

Sebagai warga Malaysia yang termaktub kepada Rukun Negara termasuk Keluhuran Perlembagaan, kepentingan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu antara lain menyebut bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dan harus digunakan sebagai medium komunikasi pertama dalam bidang pentadbiran, undang-undang, sebaran atau di majlis-majlis rasmi.

Lalu jika apa yang berlaku kepada bahasa Melayu dalam kes papan tanda jalan raya di Pulau Pinang itu dikaitkan dengan Perkara 152 itu, jelaslah ia tidak diberi keutamaan dan tindakan membenarkannya juga membelakangkan semangat kebangsaan.

Ahli Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) juga seharusnya mengetahui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan merujuk kepada rakan-rakan dalam UMNO misalnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Malangnya tindakan itu menimbulkan tanda-tanya politik apakah Gerakan kini cuba menambat hati DAP dengan membuat sesuatu yang jelas melihatkan kemarahan UMNO amnya dan orang Melayu khususnya?

Jika percubaan itu lebih kepada satu permainan politik, maka medium yang digunakan untuk menyampaikan maksud tersirat tersebut telah melangkaui sempadan kebangsaan dan tidak wajar dipertahankan.

Seperti yang dijelaskan oleh pembantu penyelidik Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Mohd. Arif Atan, tindakan itu tidak hanya bercanggah (ultra vires) dengan peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, malah mencabar semangat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertunjangkan kebudayaan asal masyarakat rantau ini.

Menurut beliau, usaha mahu menjadi bangsa maju mengikut acuan negara sendiri jelas terabai apabila acuan yang ada masih berkiblatkan kepada bahasa dan budaya negara lain sama seperti tahun-tahun awal kemerdekaan tanah air ini.

Ia juga merupakan petanda akan luhurnya semangat nasionalisme sebahagian rakyat Malaysia yang masih kuat dipengaruhi rasa perkauman akibat berkiblatkan negara tertentu di luar sana.

Untuk itu katanya, penekanan terhadap bahasa dan kebudayaan tempatan asal atau kebangsaan perlu diberi keutamaan tanpa terlalu banyak tunduk kepada kehendak-kehendak bersifat perkauman keterlaluan.

"Dalam menyentuh soal jati diri pula, tidak jelas jati diri apakah yang mahu ditonjolkan melalui papan tanda jalan seperti itu sama ada jati diri kebangsaan atau jati diri perkauman.

"Tidakkah dengan adanya terlalu banyak pertembungan bahasa dan budaya asing akan menyebabkan jurang interaksi antara kaum di negara ini kian melebar?" katanya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Pengarah Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa Melayu (DBP), Sallehuddin Abg. Shokeran berkata, penggunaan bahasa Melayu dalam sebarang papan tanda sebelum ini tidak pernah menimbulkan masalah kepada mana-mana rakyat Malaysia yang sudah semestinya memahami bahasa kebangsaan itu.

Justeru, amatlah tidak wajar bahasa Mandarin yang tidak pula difahami oleh semua rakyat Malaysia itu diguna pakai untuk tujuan rasmi.

Tindakan itu juga bertentangan dengan usaha kerajaan dalam membudayakan pemakaian nama-nama bercirikan kebangsaan terutamanya di papan-papan tanda jalan di seluruh negara.

"Malah, kerajaan juga ketika ini berusaha untuk menukarkan nama-nama kawasan tertentu yang tidak bercirikan identiti kebangsaan di Putrajaya dan tindakan menggunakan bahasa Mandarin di Pulau Pinang itu jelas tidak selari dengan usaha kerajaan," katanya.

Sallehuddin menambah, pemasangan nama jalan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bermaksud ia merupakan tujuan rasmi sekali gus meletakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai satu keutamaan.

Setiap pihak berkuasa tempatan katanya mempunyai Jawatankuasa Penamaan Jalan yang bertanggungjawab kepada urusan pemasangan papan tanda jalan mengikut peraturan dan garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi.

Sejak sekian lama, DBP tambah beliau, bekerjasama erat dengan jawatankuasa tersebut dalam memberikan nasihat dan pandangan serta kelulusan dari sudut penggunaan bahasa termasuk memastikan keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Bagaimanapun dalam pemasangan papan tanda jalan raya bahasa Mandarin itu, kerajaan negeri tidak merujuk atau meminta pandangan daripada DBP.

"Untuk itu, kita akan menghantar surat bantahan dan meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mengekalkan ciri-ciri kebangsaan dalam setiap pemakaian nama jalan raya," katany

12 March 2008

Melayu Pulau Pinang

Selamat membaca..........

Wednesday, March 12, 2008

Melayu Pulau Pinang (dari blog Sangkelembai)

KUALA LUMPUR 11 Mac “ Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR. Petikan dalam Utusan Malaysia 12hb Mac 2008.

Bagi orang Melayu yang waras fikiran dan tidak terikut budaya UMNO yang lapuk itu, memang mereka akan bertanggung jawab dengan apa yang mereka lakukan dalam PRU Ke 12 dengan memberikan sokongan kepada Parti-Parti Pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan Kerajaan Tiga Beranak yang memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional oleh Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Perdana Menteri meraba yang pantang melihat perempuan licin untuk diraba dan di peluknya.
Tetapi orang yang bercakap itu tidak tahu dan mungkin jarang membaca sama seperti Abdullah Hj Ahmad. Sedar tidak akan dia bahawa dalam manifesto “Selamat Aman Makmur” yang mengandungi 23 muka itu tidak ada satu ayat dan perkataan pun yang menyebut akan perihal Barisan Nasional akan meneruskan Dasar Ekonomi Baru malah dalam ikrarnya di muka 5 yang mengandungi 7 perkara tidak langsung menyebut akan usaha untuk mengekalkan 30% kepentingan orang Melayu dalam Ekonomi bukan sahaja meneruskan DEB tetapi rancangan-rancangan pembangunan yang ditaja akan memastikan kepentingan Melayu seperti kelima-lima pembangunan koridor yang bakal menyaksikan orang Melayu hanya sekadar berada di kaki lima.

Maka salah ke orang Melayu mengundi pembangkang jika UMNO/Barisan Nasional sendiri dalam manifesto tidak memberi jaminan akan meneruskan DEB kerana dalam komponen Barisan Nasional jika perkara itu disebut akan ditentang sendiri oleh MCA, MIC dan Gerakan, bukan untuk sekian lama semenjak “Saya Perdana Menteri” mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya, desakan penghapusan DEB dibuat oleh parti-parti campuran dalam Barisan Nasional sendiri?

Dan orang Melayu sendiri tahu, bahawa semenjak DEB mula dilaksanakan dengan persetujuan berbagai Parti Perkauman bukan Melayu, peratus kepentingan orang Melayu hanya 30% walau pun dia mendakwa bahawa Malaysia ini sebuah negara asalnya milik peribumi Melayu, yang sepatut dilakukan masa itu orang Melayu mesti mempunyai kepentingan sekurang 51% dalam sebarang kegiatan ekonomi selaras dengan ukuran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang bakal di iktiraf syarikat Melayu atau bumiputera.

Mungkin Nazri Aziz ini yang suka berbini banyak dan menghabiskan masa di sebuah Pub di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur kurang memikirkan kepentingan Melayu telah terlupa bahawa bila dia beri kesempatan melaksanakan usaha-usaha DEB di Kementerian Pembangunan Usahawan, apa yang dilakukan nya untuk kepentingan Melayu?

DEB atau kepentingan Melayu dari perspektif Nazri Aziz ialah membantu kroninya. Bukankah semua orang tahu yang dia telah memberikan permit teksi, bas dan sebagainya kepada kawan-kawan dan penyokongnya sahaja dan sehingga wang PNS-Perbadanan Nasional-Pernas digunakan oleh proksi beliau bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang melibatkan berpuluh juta ringgit di Hong Kong dan kes rasuah Nazri Aziz di diamkan oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia adalah satu-satu orang yang sanggup menjadi “pencacai” Abdullah Hj Ahmad.

Keputusan DAP menolak DEB sebagai dasar perlaksanaannya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di mana negeri DAP menjadi kerajaan campuran adalah satu langkah yang selaras dengan kehendak beberapa pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk melahirkan negara bangsa.

Sebuah negara bangsa tidak boleh dilahirkan dengan satu-satu kaum mendapat keistimewaan yang tersendiri. Malah dengan ada DAP sebagai pemain politik yang berkuasa dalam beberapa negeri dan pembangkang yang terkuat dalam Parlimen, kehendak Khairy Jamalludin dan Kalimullah Meor Hassan yang berusaha untuk menjual Malaysia kepada Singapura akan hanya tinggal angan-angan.

Mungkin dipihak UMNO akan mengatakan DAP adalah satu alat politik Singapura kerana memang diakui DAP adalah percaturan politik selepas PAP-People Action Party dari Singapura dan UDP-United Demoraktik Party tidak dibenarkan bergerak di Malaysia selepas pemisahan Malaysia. Orang yang tahu akan tahu bahawa dari segi Cinanya mungkin ada persamaan antara PAP dan DAP tetapi segi hubungan perjuangan Parti banyak orang tidak mengetahui bahawa PAP bukanlah satu ahli dalam Sosialis Antarabangsa sebaliknya hanya DAP mewakili Malaysia .

Sebagai satu parti yang memegang ideologi Sosialis Demokrat tindakan DAP tidak menggunakan pakai DEB bukan satu isu perkauman tetapi perjuangannya. Jika orang Melayu mengundi DAP dalam PRU ke 12 baru-baru ini, ini memberikan erti bahawa orang Melayu sudah tidak menerima satu dasar ekonomi terbuka yang bernama kapitalis yang didukung oleh UMNO yang menguntungkan beberapa orang elit politik UMNO seperti Mohd Azim Zabidi yang kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bendahari UMNO yang menggunakan kedudukan membeli kepentingan dalam Sungai Wang dengan harga 200 juta melalui pinjaman peribadinya.

Persoalannya bolehkah orang-orang Melayu yang ahli UMNO dan bukan UMNO mendapat pinjaman sejumlah itu untuk membeli harta tanah? Untuk mendapatkan pinjaman tekun pun yang berjumlah lima ribu ringgit pun belum pasti lulus, ini pula berjuta.

Sang Kelembai: Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia menghantar sms berbunyi “Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right! Jawapan Sang Kelembai: Sudah berapa tahun Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional, UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang dan kalau UMNO buat sesuatu untuk Melayu seperti di Kepala Batas tentu Melayu tidak mengundi pembangkang berketuakan Gerakan lebih baik berketuakan DAP bersesuaian dengan kata-kata lebih baik kenal syaitan yang kita kenal dari kita tahu ada malaikat tapi kita tidak kenal.

Tuesday, March 11, 2008

Abdullah Hj Ahmad masih tidak berubah

Kami tidak kata bahawa saya di sana dan saya hanya bercakap untuk orang Melayu (dan) saya tidak mahu bercakap untuk orang lain. Saya telah katakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua dan saya tetap dengan pendirian itu,katanya. Petikan : Utusan Malaysia 11hb Mac 2008.

Berdasarkan kenyataan itu "Saya Perdana Menteri" oleh Abdullah Hj Ahmad maka jelaslah bahawa sebaik sahaja beliau di lantik semula sebagai Perdana Menteri dan mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya dia masih tidak berubah, malah masih angkuh dan sombong yang berterusan dan menunjukkan kebingungannya walhal semua tahu bahawa dalam Perhimpunan Agung UMNO di selalu menyebut slogan “Hidup Melayu”. Bukankah itu satu bentuk perjuangan untuk Melayu atau mungkin memperalatkan Melayu tetapi yang untung adalah Patrick Lim serta kuncu-kuncu anak dan menantunya yang sebilangan besar bukan Melayu dan sebenarnya perkataan Hidup Melayu tidak pernah disebut oleh mana-mana Perdana Menterinya sebelumnya.

Rakyat hari ini telah menyaksikan bagaimana gilanya dia hendak dilantik menjadi Perdana Menteri dengan mengetepikan satu peraturan melantik seorang Perdana Menteri bila dia sendiri menyampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong sehingga KSN - Ketua Setiausaha Negara tidak berperanan sebagai pegawai yang sepatutnya menjadi perantaraan bagi melantik Perdana Menteri dan mengumumkan perkenan Yang Di Pertuan Agung mengenai pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan majlis menghadap bagi tujuan mengangkat sumpah.

Persoalan besar kenapa BN-Barisan Nasional kalah begitu teruk sehingga terlepas bukan lima negeri malah enam negeri jika di ikut konsep majoriti bila Wilayah Persekutuan dikuasai oleh pembangkang 10 dari 13 kerusi yang di pertandingkan.

Rakyat nampaknya mengikut fenomena yang pernah wujud dalam tahun 1969. Bila rakyat yang baru 12 tahun mengecap udara kemerdekaan dan yang memperjuangkan itu adalah UMNO tetapi apabila menyentuh soal kepentingan rakyat, pemilih atau pengundi mengetepikan jasa dan sumbangan UMNO dan Perikatan tetapi sungguhpun tidak menafikan sumbangannya.
Apakah sebab para pengundi bertindak sehingga menafikan 2/3 kekuatan Perikatan jika tidak dia bantu oleh ahli Parlimen Sabah dan Sarawak? Sebabnya ialah, selepas beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahman dalam beberapa isu semasa yang melibatkan orang Melayu dan keputusan mengeluarkan Singapura dari Malaysia serta dari segi orang bukan Melayu ialah soal kedudukan tanah yang diduduki dan gaji kaum buruh termasuk pekerja ladang.

Dan yang terpenting ialah persetujuan Tunku Abd Rahman meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Tun Abd Razak setelah didesak oleh MKT - Majlis Kerja Tertinggi UMNO (sebutan masa itu) menjelang PRU ke 3 itu.

Tetapi apabila tibanya masanya, Tunku bertukar pendirian bila bertanding semula di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Dan soal Tunku sudah bersetuju berhenti menjadi Perdana Menteri itu telah tersebar dikalangkan orang-orang awam. Di sini segalanya bermula kekalahan teruk Perikatan di tahun 1969.

Hari ini isunya sama, walau pun MT- Majlis Tertinggi UMNO menyokong penuh dan tidak pernah menyebut atau mendesak meletakan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Hj Ahmad walau pun semua orang UMNO tahu dan sudah menjadi tidak rahsia lagi bagaimana garang Annuar Musa dari Kelantan meminta Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan Perdana Menteri selepas prestasi BN merosot selepas PRU ke 10 dan menikus di zaman Abdullah Hj Ahmad kerana melindungi beberapa kes rasuahnya yang ditahan pendakwaan oleh Abdullah Hj Ahmad.

Begitu juga isu pembatalan jambatan baru ke Singapura, kenaikan harga barang walau rakyat ditipu dengan kenaikan gaji tetapi terdapat berjuta kaum buruh dalam sektor swasta masih gaji di tahap lama dan Abdulah Hj Ahmad tidak melayan gaji minima yang diperjuangkan kaum buruh dan banyak wang negara untuk dibelanjakan dicurah kepentingan perniagaan anak, menantu dan kroni. Maknanya isu tahun 2008 sama dengan tahun 1969 kenapa UMNO tidak belajar darinya, atau semua orang UMNO tidur sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan tidurnya.

Dan adalah tidak benar bahawa apa yang dikatakan oleh Johari Baharom seorang bekas guru jasmani yang dilantik menjadi Timbalan Menteri kerana jasa mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perwakilan UMNO di Kubang Pasu dalam TV 3 bahawa selepas PRU Ke 10, UMNO tidak mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan yang berbeza dahulu gesaan peletakan jawatan itu dibuat oleh Menteri-menteri atau Menteri Besar yang bermasalah yang di Ketuai oleh Shahidan Kassim dan Khalil Yaakob tetapi hari ini oleh akar umbi.


Kekalahan BN banyak faktornya dan jika hendak mengkaji sebab-sebabnya, Abdullah Hj Ahmad yang suka memecahkan masalah dengan menyerahkan orang lain menyelesaikan dan yang dia tahu hanya membuat Suruhanjaya Diraja, elok benar diwujudkan satu Suruhanjaya Di Raja membuat siasatan dalam ketelusan SPR-Suruhanjaya Pilihan Raya atau Suruhanjaya Bebas menyiasat kekalahan BN dan di mana akan sendirinya akan menjelaskan kenapa.

Bagi mereka yang ada asas sains politik, mereka tidak ada apa-apa yang menghairankan akan kekalahan BN dan UMNO itu kerana dengan keputusan yang ada membuktikan bahawa BN sudah gagal dalam manifestonya yang bertemakan Cemerlang Gemilang dan Terbilang yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad dalam PRU ke 11 dan ditukarkan ke slogan yang pernah digunakan dalam tahun PRU ke 5 yang berbunyi “Keselamatan Keamanan Dan Kemakmuran, ini memberi pengertian bahawa pemikir yang berdamping dengan Abdullah Hj Ahmad seorang yang ketandusan ide dan pemikiran basi seperti ide Pembangunan Koridor yang menjadi ejekan yang dikenali dengan nama Pembangunan Kaki lima.


Dari malam kekalahan BN hingga ke Mesyuarat MT UMNO dan BN jelaslah bahawa Abdullah Hj Ahmad masih bersikap sombong, angkuh dan mental “disorder”. Kesimpulannya bahawa Malaysia walau mempunyai ramai intelek yang dikira cerdik pandai tetapi berada di dalam gua dan tidak pernah melihat cahaya seperti yang berlaku dalam siri ISU terbitan RTM, di mana seorang ahli panel mempertikaikan kemampuan Parti Pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya.

Nak kata bodoh kepada ahli panel keterlaluan, bukankah dengan kemenangan Parti Pembangkang menafikan 2/3 di Parlimen dan enam negeri akan menyukarkan kenaikan harga barang kerana akan mengakibatkan BN akan tidak popular dan hilang dari peta parti politik di PRU mendatang. Bukan itu satu cara berjayanya Parti Pembangkang kalau tidak dapat menurunkan harga minyak melalui kuasa politik terhadnya sekurangnya menahan kenaikan harga melampau untuk kepentingan kapitalis yang didukung oleh UMNO dan BN.

Bagaimana pun Abdullah Hj Ahmad tidak akan berubah, walau pun dia mendapat sokongan tidak melebihi 100 orang pemimpin UMNO dan BN tetapi ada 26 juta menolaknya, Jom kita bungkus UMNO dan BN dengan kertas belacan sama seperti Tajul Rosli Ghazali yang takut bini itu bagi duit dengan pemimpin UMNO Perak yang dibungkus dengan surat khabar yang dikenali dengan nama duit belacan pada PRU yang ke 13 yang akan menjadi nombor sial kepada Abdullah Hj Ahmad dan UMNO.


Sang Kelembai: Kebangkitan kolum kelima (fifth colum) yang tidak ter-organisasi tetapi bertindak seperti aliran anak sungai yang menurun bukit akhirnya bertemu dalam satu muara atau kuala sehingga menjadikan satu gelombang. Dan gelombang ini yang menyebabkan Zainuddin Maidin, Shahrizat Jalil dan beberapa orang pemimpin UMNO/BN lagi sudah mati lemas. Dan hanya Abdullah Hj Ahmad sahaja yang masih berkapal mewah tapi ahli UMNO tetap terkapai-kapai meminta pertolongan. Masih lagi ahli UMNO bersedia jadi lembu kepada Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya?

Sokongan Melayu mula beralih arah

Selamat membaca..........

Analisis: Sokongan Melayu mula beralih arah

Oleh Mohd Ayop Abd Razid


Umno, BN perlu ubah pendekatan kembalikan kepercayaan rakyat


PILIHAN Raya Umum Ke-12 sudah melakarkan sejarah tersendiri. Beberapa kejutan di luar jangkaan berlaku. Bagi Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, keputusan itu amat memeritkan mereka.


Amat jelas sekali pilihan raya umum kali ini memberi mesej kepada kerajaan BN dan Umno bahawa kedudukan mereka sudah mula dicabar oleh rakyat. Justeru, perkembangan yang memeranjatkan ini harus dikaji dan dianalisis secara telus serta jujur.


BN dan Umno tidak harus melihat perkembangan ini semata-mata atas faktor �trend sementara� pengundi dengan mengandaikan pengundi bermain emosi berikutan termakan umpan pembangkang. Jika ini yang difikirkan, maka tidak mustahil prestasi BN-Umno akan terus merosot.


Dalam keadaan prestasi BN dan Umno yang menurun secara drastik dan hanya berjaya memperoleh majoriti mudah di Parlimen, maka pemimpin Umno dan BN janganlah terus mengeluarkan kata-kata yang memperlekehkan rakyat kerana padahnya besar buat BN dan Umno.


Pemikiran rakyat sudah banyak berubah dan ini menuntut Umno-BN mengubah pendekatan dan strategi bagi mengekalkan kepercayaan rakyat terhadapnya.


Amat ironis sekali, ketika mana BN memberikan tumpuan penuh kepada Kelantan dan Terengganu, Umno menyaksikan kejatuhan empat negeri yang berada di bawah penguasaannya iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor ke tangan pembangkang.


Wilayah Persekutuan juga turut jatuh ke tangan pembangkang. Kelantan terus kekal di bawah penguasaan Pas dengan mendapat sokongan lebih besar daripada rakyat. Walaupun gagal di Terengganu tetapi Pas mula memperkukuh kembali kedudukan dengan memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta menambahkan jumlah undi bagi setiap calonnya yang bertanding.


Di samping kemampuan pembangkang mengekalkan penguasaannya di Kelantan dan menguasai empat negeri dan Wilayah Persekutuan, masih banyak lagi kejutan berlaku pada pilihan raya umum kali ini.


BN kehilangan banyak kerusi Parlimen sehingga pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga untuk BN. Empat menteri kanan dan sepuluh timbalan menteri turut kecundang. Kerusi Parlimen dan DUN yang diraih MCA jauh merosot berbanding pilihan raya umum lalu.


Ada beberapa pola atau aliran pengundi dalam pilihan raya kali ini. Di kawasan majoriti cina, khususnya di bandar besar, pengundi Cina secara tradisinya memang berpihak kepada DAP.


Perubahan berlaku apabila di kebanyakan kerusi Parlimen yang dulunya dikuasai MCA, sudah dirampas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di Pulau Pinang, DAP menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan PKR turut memperoleh kemenangan besar di Pulau Mutiara.


Sementara itu, pola pengundi Melayu menampakkan kecenderungan kepada Pas, khususnya di Kelantan dan Kedah. Begitu juga perubahan berlaku di kalangan orang Melayu bandar apabila mereka mula memihak kepada calon pembangkang, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Adalah jelas Umno menerima tamparan hebat apabila negeri yang dikuasai mereka jatuh ke tangan pembangkang. Siapa sangka Kedah, Perak dan Selangor yang nampaknya selamat di bawah payung BN-Umno, tumbang di tangan pembangkang. Ia sesuatu yang perit buat Umno dan BN.


Ramai calon Umno di negeri yang ditawan pembangkang mengalami kekalahan. Ini menggambarkan �trend� penolakan orang Melayu terhadap parti yang dianggap keramat ini ke tangan Pas dan PKR.


Memang Umno masih selamat di Perlis, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor tetapi dengan peningkatan undi untuk calon Pas, maka Umno tidak sepatutnya berasa selesa dan perlu mengatur strategi bagi memenangi semula hati orang Melayu.


Di kawasan campuran pula pengundi pelbagai kaum lebih berpihak kepada PKR, DAP atau Pas. Masyarakat Cina dan India tidak lagi keberatan untuk memberikan undi kepada Pas, khususnya di kawasan di mana kedua-dua kaum itu bukan majoriti dan tidak ada calon DAP.


Trend ini jelas menggambarkan bahawa semacam ada tekad pengundi dalam pilihan raya umum kali ini untuk menjatuhkan kerajaan BN.


Sabah dan Sarawak dilihat telah menyelamatkan BN dengan memenangi hampir kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Seandainya pengaruh pembangkang kuat di Sabah dan Sarawak, sudah pasti BN menghadapi situasi yang sangat genting.


Pengundi India nampaknya turut membuat perubahan dengan memberikan undi kepada pembangkang seperti yang berlaku di Sungai Petani, Sungai Siput, Ijok dan beberapa kawasan lain di Parlimen mahupun DUN.


Apakah Hindraf sudah berjaya mempengaruhi kalangan pengundi India adalah satu kemungkinan yang patut diteliti. Kemungkinan ini memang ada kerana ada beberapa calon India yang boleh dianggap proksi Hindraf bertanding atas tiket DAP dan PKR, berjaya meraih kemenangan besar.


Apa pun BN harus mengkaji semua kemungkinan ini. Di Perak, orang Melayu mula rasa tersepit apabila DAP menguasai lebih banyak kerusi DUN berbanding Pas. Ini boleh menimbulkan dilema kepada orang Melayu.


Umno di Perak harus dapat menyatukan kembali orang Melayu supaya kedudukan mereka menjadi lebih mantap. Begitu juga dengan MCA harus mengembalikan kepercayaan orang Cina perak kepada mereka.


Penguasaan DAP di Pulau Pinang pastinya akan menghimpit terus kuasa dan pengaruh politik orang Melayu. Begitu juga dengan kehidupan sosioekonomi Melayu di Pulau Pinang yang dilihat masih terkebelakang. Masalah sosial generasi muda Melayu Pulau Pinang semakin teruk berikutan tekanan sosioekonomi mereka yang mundur.


Bolehkah pemerintahan DAP berlaku adil kepada orang Melayu di Pulau Pinang adalah sesuatu yang dinantikan. Adakah manifesto mereka yang diuar-uarkan untuk semua kaum akan dapat membela nasib orang Melayu di sana. Yang nyata, Umno akan terus tersepit di Pulau Mutiara itu.


Sukar untuk mencari punca mengapa Cina Pulau Pinang sanggup memilih DAP sedangkan parti Gerakan (komponen BN) yang sudah lama memerintah Pulau Pinang berjaya memberi manfaat besar kepada masyarakat Cina di situ.


Semua ini harus dinilai secara jujur dan telus. Penulis lebih cenderung melihat bahawa BN dengan tunjangnya Umno adalah satu-satunya barisan dan pakatan politik yang benar-benar mewakili wajah perpaduan Malaysia daripada �pakatan politik pilihan raya� pembangkang.


Dalam konteks masyarakat majmuk pakatan politik boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan perpaduan negara kerana gabungan parti pembangkang yang tidak dibuat atas dasar semangat toleransi dan kepentingan negara boleh bertukar menjadi pertelingkahan politik yang membinasakan negara.


Rakyat pula harus kembali menilai semua perkembangan ini. Apakah mereka sudah benar-benar membuat satu perubahan yang sihat atau sebaliknya.


Umno dan BN perlu memandang serius perkembangan ini. Satu kajian dan analisis yang jujur, telus dan terperinci diperlukan. Rakyat tidak mahu kepalsuan dan kepura-puraan di kalangan BN dan Umno semata-mata atas dasar menjaga kepentingan peribadi kerana ini akan membawa kepada kehancuran BN dan Umno.


Ingat sekali �tsunami rakyat� melanda, maka ia tidak boleh disekat dan dihalang seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini

03 November 2007

Orang Melayu semakin hilang suara di Parlimen

Selamat membaca..........

Orang Melayu semakin hilang suara di Parlimen
Maslan Yusoh
Sat | Nov 03, 07 | 5:55:51 pm MYT

KOTA BHARU, 3 Nov (Hrkh) – Orang Melayu kini semakin hilang suara di Parlimen apabila bangsa-bangsa lain terus mendominasi jumlah keseluruhan kerusi yang diperuntukkan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Berpaksi kepada perpaduan dan tolak ansur, akhirnya banyak kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu telah diserah kepada parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) lain.

Misalnya pada pilihan raya umum 1990 sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu diserahkan kepada calon-calon bukan Melayu.

Kerusi terbabit iaitu 13 bagi peringkat Parlimen dan 24 kerusi Dun. Jumlah itu tidak termasuk kerusi-kerusi yang telah ditandingi calon bukan Melayu sejak dahulu lagi.

Antara kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC pada pilihan raya tersebut iaitu Padang Serai (55.2 peratus Melayu), Alor Setar (54.8 peratus), Lipis (53.2 peratus), Pontian (52.2 peratus), Kapar (60 peratus), Ampang Jaya (68.5 peratus), Selandar (50.8 peratus) dan Telok Kemang (51.3 peratus).

Selepas diserahkan kepada kompenan lain, kerusi terbabit tidak lagi dipulangkan kepada calon Melayu. Biar pun masalah itu disedari rata-rata orang Melayu namun mereka tetap memilih Umno yang bertanggungjawab mengecilkan empayar Melayu.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 kerusi Parlimen dan pembangkang hanya tinggal 20 sahaja. Selain itu BN juga menguasai 452 kerusi di peringkat Dun daripada jumlah keseluruhan sebanyak 505 kerusi.

Seorang penganalisis bebas, Dr Khairudin Damhoeri berkata, sedangkan pada 1964 suara orang Melayu di Parlimen sebanyak 62 peratus, namun sekarang telah susut dengan banyaknya.

â€Å“Kuasa orang Melayu di Parlimen sudah berkurangan berbanding pada zaman awal pilihan raya umum diadakan di negara ini,” katanya pada Syarahan Awam Pencapaian Sosio Ekonomi Sektor Pertanian di Kelantan sempena 50 tahun merdeka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan Institut Kajian dan Penyelidikan Strategik Negeri Kelantan (Kriss) dan kerajaan negeri. Ia sepatutnya menampilkan bekas Menteri Pertanian, Dato̢۪ Seri Sanusi Junid bagi membentang pengalamannya dalam sektor tersebut.

Bagaimanapun difahamkan bekas Menteri Besar Kedah itu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Hampir 1,000 peserta memenuhi dewan utama hotel berkenaan.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Penyelia Dun Kok Lanas, Dato̢۪ Ahmad Rusli Ibrahim, Pengarah Kriss, Wan Ahmad Shafei dan Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifudin Nasution Ismail.

Dr Khairudin juga berkata, biar pun Kelantan dikategori sebagai negeri yang miskin, namun kehidupan rakyat agak selesa disebabkan kos hidup masih rendah.

â€Å“Kira-kira 73 peratus daripada jumlah penduduk memiliki rumah sendiri. Ini menyebabkan bebanan kehidupan mereka tidak terasa sangat biar pun mengikut statistik Kelantan mempunyai ramai penduduk miskin,” ujarnya.

Beliau juga berkata, kerajaan pusat mewujudkan banyak agensi bagi meningkatkan pembangunan rakyat di Kelantan.

Menurutnya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diberi tanggungjawab membangunkan kawasan selatan dan Lembaga Kemajuan Pengairan Kemubu (Kada) pula diberi peranan di kawasan utara Kelantan.

Bagaimanapun katanya sejak agensi itu diwujudkan tidak banyak perubahan berlaku terutamanya Kada, di mana sekadar membantu 19,000 penanam padi.

Kata beliau jumlah pesawah yang disenarai di bawah Kada tidak berubah sejak awal penubuhan sehingga sekarang.

â€Å“Begitu juga Kesedar setelah hampir 20 tahun kewujudannya namun hutang meneroka tanah masih belum dilunaskan. Selain hak milik kepada peneroka tidak diselesaikan.

â€Å“Lebih malang lagi apabila pendapatan peneroka tidak selari dengan kenaikan harga kelapa sawit di pasaran sekarang,” katanya.

Beliau berkata, Kada atau Kesedar dicadangkan diserah kepada kerajaan negeri bagi melihat kemampuan pemimpin di peringkat negeri mengurusnya pula. - mj

Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

Sebagai persiapan menjelang pilihanraya ke-12, kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda melalui akaun Maybank atas nama Harakahdaily Dot Com, nombor 564070000336. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40212009..
Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke hdaily_editor@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan dilayan.

08 October 2007

Kita tonton sahaja keruntuhan kubu terakhir Melayu?

Selamat membaca..........
Kita tonton sahaja keruntuhan kubu terakhir Melayu?
Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | Oct 06, 07 | 9:38:15 pm MYT

Sorotan berita

BERNAMA melaporkan, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin berkata, program-program pembangunan bidang pertanian dan penternakan akan diberikan tumpuan oleh Risda dan Felcra dalam usaha menjayakan pembangunan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) nanti dalam usaha meningkatkan pendapatan pekebun dan petani di kawasan terbabit.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Jika dibaca pada permukaannya sahaja, apa yang dinyatakan oleh Abdul Aziz itu memang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan. Siapa tidak mahu pembangunan?

Seperti yang digambarkan akhbar Siasah keluaran terbaru, hati rakyat di Pantai Timur mungkin dibuai penglipurlara baru. Memang, sejak akhir-akhir ini, ECER menjadi dendangan baru para pemimpin kerajaan. Seolah-olah, gagasan itu adalah habuan dari syurga kepada penduduk Pantai Timur. Mereka bagaikan berlumba-lumba mencanangkan ECER.

Sebuah akhbar harian baru-baru ini melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan ECER yang meliputi Terengganu, Kelantan, Pahang dan daerah Mersing di Johor akan merapatkan jurang pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri itu dengan kawasan Pantai Barat Semenanjung.

''Negeri di Pantai Timur ini, kalau tidak dilakukan suatu usaha yang lebih daripada biasa, kadar pertumbuhan ekonominya mungkin akan lebih rendah berbanding negeri di sebelah Pantai Barat," katanya.

Hebat! Tentu rakyat di Pantai Timur tak mahu ketinggalan di belakang negeri-negeri di sebelah Pantai Barat. Mereka pasti mahukan pertumbuhan ekonomi yang sama dan setaraf.

Jika kenyataan-kenyataan itu dipegang sepenuhnya, menurut Siasah, menjelang perasmian ECER bulan ini, rakyat di Pantai Timur bolehlah berkira-kira untuk memetik bulan dan bintang.

Tetapi, berapa ramaikah orang-orang Melayu Pantai Timur yang sedar dan tahu bahawa antara perancangan utama ECER ialah pengambilalihan 66,736 km persegi tanah rezab Melayu yang merupakan 40 peratus kawasan ECER? Sebuah badan yang didakwa badan amanah akan ditubuhkan.

Blogger Maverick SM (maverickysm.blogspot.com - Cakap Tak Serupa Bikin) adalah orang yang pertama yang dikesan melahirkan kecurigaan terhadap selera besar di sebalik gagasan ECER itu.

Siasah membangkitkan, pemilik-pemilik tanah rezab Melayu tersebut hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam amanah tersebut. Kedua, menjual terus tanah mereka kepada amanah itu. Apa ni?!!

Memang benar ECER akan diuruskan oleh Petronas, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tetapi, saham GLC juga boleh dimiliki oleh syarikat asing, terutama syarikat-syarikat dari Singapura yang mengamuk seperti singa bulur untuk menelan syarikat-syarikat dalam negara ini. Contohnya, lima peratus saham TM Holdings pernah dijual kepada sayap pelaburan strategik Singapura, Temasek Holdings.

Pernahkah para pemimpin yang riuh-rendah dengan projek ECER itu memikirkan nasib yang mungkin menjerat pemilik tanah-tanah rezab Melayu itu?

Adakah mereka tidak risau apa akan terjadi kepada badan amanah yang akan mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu itu jika tiba-tiba syarikat asing termasuk dari Singapura mempunyai pengaruh yang besar ke atas Petronas yang menguruskan ECER?

Persolannya, sebesar mana sahaja suara badan amanah itu jika syarikat asing mempunyai pengaruh yang besar dan tak terlawan?

Kedah dan Perlis sudah disiytiharkan sebahagian dari Koridor Utara. Korporat yang menguruskan Koridor Utara ialah Sime Darby. Sime Darby semakin muktamad ditelan oleh Synergy Drive. Bagaimana kalau satu hari nanti Synergy Drive ditelan oleh sang bulur dari luar?

Bulan ini, akan dibagakkan pula gagasan yang dipanggil ECER atau Koridor Timur - lantaklah apa pun namanya.

Penubuhan apa jua koridor datang dengan aktanya yang tersendiri. Laman web Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) melaporkan Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai hakikat bahawa akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Siapa boleh menolak hakikat bahawa akta yang dibuat untuk Koridor Utara dan Koridor Timur juga mempunyai ciri-ciri yang sama?

Persoalan yang lebih besar untuk difikirkan ialah apa akan terjadi kepada kubu terakhir orang-orang Melayu? Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu ialah kubu terakhir orang-orang Melayu. Lebih tepat lagi, tanah-tanah rezab Melayu walau di mana pun, adalah kubu terakhir orang-orang Melayu dari segi wilayah. Adakah kita mahu menjadi penonton sahaja kepada keruntuhan kubu terakhir Melayu di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, lebih-lebih lagi di tanah-tanah rezab Melayu?

Ini bukan soal perkauman. Mempertahankan kepentingan bangsa sendiri, selagi tidak merampas dan menyamun hak bangsa lain, tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan.

Lebih dari itu, adakah bangsa-bangsa lain dalam negara ini akan hidup senang-lenang, mewah dan makmur jika orang-orang Melayu akhirnya miskin, merempat dan mengakibatkan pelbagai gejala sosial?

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah menyatakan, kita tidak akan senang kalau jiran kita susah. Kalau mereka senang, katanya, sekurang-kurangnya mereka tidak akan meminta-minta kalaupun mereka tidak memberikan apa-apa kepada kita.

"Kita boleh nampak dengan jelas, bila Indonesia menghadapi masalah ekonomi misalnya, kita pun akan dapat tempiasnya," kata beliau memberikan contoh. (http://penarikbeca.blogspot.com/)

Untuk mendapatkan liputan seterusnya mengenai isu-isu semasa, sila dapatkan akhbar Siasah yang tampil dengan penampilan baru di pasaran.

16 September 2007

Za'ba persoal kekecilan minda Melayu

Selamat membaca..........

Di Luar Lingkaran: Za'ba persoal kekecilan minda Melayu
Oleh Johan Jaaffar


Buku 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri' penuh kritik, idea bernas


BUKU ini terbit sembilan tahun selepas penulisnya, Allahyarham Pendeta Za�ba meninggal dunia pada 1973. Malah, penerbitan buku ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebenarnya buku ini tidak pernah dirancang untuk diterbitkan memandangkan buku yang pertama, Falsafah Takdir yang pertama kali terbit dalam tulisan jawi pada 1952 mengundang terlalu banyak kontroversi. (Edisi rumi buku berkenaan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1980).


Di dalam buku itu ada dicatatkan bahawa akan diterbitkan �penggal kedua� atau �risalah kedua� buku berkenaan. Namun, bahagian kedua itu tidak terbit sehingga 30 tahun kemudian.


Apabila buku Falsafah Takdir terbit, banyaklah tentangan dan kritikan terhadapnya. Malah, seorang sultan mengarahkan buku itu diharamkan.


Tentulah menarik untuk mengetahui apakah kandungan buku pertama itu hingga menarik terlalu banyak perhatian.


Sebagai pemikir yang mendahului zamannya, reaksi terhadap karya beliau tidaklah memeranjatkan.


Mungkin orang Melayu belum bersedia menerima pandangan beliau yang begitu radikal. Atau budaya Melayu yang tidak bersedia menerima kritikan masih berleluasa ketika itu.


Za�ba atau nama penuhnya Zainal Abdin bin Ahmad lebih dikenal sebagai tokoh bahasa Melayu.


Beliau banyak menulis mengenai pedoman nahu dan ejaan bahasa Melayu. Malah, beliaulah sebenarnya Bapa Linguistik Melayu Moden.


Sehingga hari ini buku mengenai bahasa karangan beliau seperti Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu 1 hingga III dan Rahsia Ejaan Jawi dianggap klasik.


Beliau juga seorang yang tegas, keras dan tanpa kompromi dalam mengkritik pelbagai kelemahan dalam masyarakat Melayu dan Islam. Tetapi Za�ba tidak sekadar mengkritik, beliau memberikan cadangan yang bernas.


Za�ba mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau pernah menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS) di London, selain mengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Di MPSI, beliau menjadi inspirasi pada golongan nasionalis dan penulis Melayu ketika itu.


Gerakan nasionalisme dan kesedaran orang Melayu mula bercambah. Tulisan Za�ba menjadi salah satu pemangkinnya. Beliau banyak menyumbang buah fikiran dalam penerbitan berkala waktu itu seperti Majalah Guru dan Al-Ikhwan. Malah, dalam bidang politik beliau pernah menjadi Setiausaha parti Umno yang baru ditubuhkan pada tahun 1946 di bawah pimpinan Dato� Onn Jaafar.


Sebenarnya bukan sekali itu buku beliau diharamkan. Buku Pendapatan Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Qada dan Qadar juga telah diharamkan oleh beberapa buah negeri.


Dalam isu yang membabitkan orang Melayu, beliau lantang mempersoalkan kekecilan minda dan kelemahan dalam pelbagai bidang. Beliau juga amat kritikal terhadap ajaran agama yang sempit yang menyebabkan umat Islam ketinggalan dan mundur.


Tahun ini genap 25 tahun usia penerbitan buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.


DBP mengekalkan gaya bahasa asal penulisnya apabila buku ini diterbitkan. Biarlah Za�ba bercakap kepada bangsanya dalam gaya bahasa beliau sendiri. Itulah sebenarnya Za�ba.


Kebetulan pula Malaysia merayakan ulang tahun yang ke-50 tahun ini. Buku ini dipercayai ditulis lima tahun sebelum kemerdekaan tanah air kita. Sejak pertama kali diterbitkan DBP, buku berkenaan telah diulang cetak tiga kali.


Buku ini dengan jelas memancarkan sikap dan pandangan Za�ba mengenai bangsa dan agamanya. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian atau �risalah.� Risalah kedua membawa judul �Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri� sementara risalah ketiga membawa judul �Kebajikan dan Kejahatan.� Harus diingat bahawa risalah pertama terbit pada 1952 dengan judul �Falsafah Takdir.�


Cuba perhatikan topik yang diliputi oleh risalah kedua itu: Bab pertama membawa judul �Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan; kedua, �Kekurangan Kita Dalam Sifat Ini�; ketiga �Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama� dan yang keempat �Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan.� Risalah ketiga pula mengandungi bab �Fahaman Yang Luas�; �Baik dan Jahat Tetap Ada�; �Fahaman Yang Sempit� dan �Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya.� Melihat daripada bab-babnya saja sudah jelas betapa progresifnya pandangan Za�ba pada masa itu.


Dari awal lagi Za�ba menekankan wajibnya umat Islam mendapat kejayaan. Za�ba mengingatkan bangsanya bahawa dalam perlumbaan hidup hanya mereka �yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja� yang diamanahkan padanya akan berjaya.


Beliau juga mengingatkan bahawa sikap menyerah, bertawakal semata-mata atau berharap pada orang lain menjadikan seseorang itu pemalas dan lemah.


Beliau juga menyebutkan bahawa perangai bergantung pada diri sendiri ialah kunci pada kejayaan individu dan bangsa.


Kata beliau lagi, ajaran Islam mewajibkan umatnya �beramal, bekerja, berusaha dan berjuang (berjihad) sendiri dengan segala kebolehan dan tenaganya� untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Penekanan yang sama berat diberikan pada dunia dan bukan akhirat saja.


Dalam bab yang lain Za�ba secara terbuka menyebutkan bahawa bangsa Melayu �pada keseluruhannya masih sangat kekurangan mengenai sifat kuat berusaha, bekerja dan berbuat sendiri sesuatu kewajipan dengan penuh percaya pada kebolehan sendiri.�


Beliau mencadangkan sifat �bergantung pada diri sendiri� atau apa yang kita fahamkan hari ini sebagai berdikari harus ditanamkan di kalangan kanak-kanak lagi.


Dalam bab yang membabitkan fikiran, kepercayaan dan pegangan agama, Za�ba menyebutkan mengenai bahaya umat Islam �bertaklid buta� yakni �mengikut dan menerima saja dengan tiada soal jawab dan tiada mengerti hujung pangkal� apa yang disampaikan pada mereka. Manusia diberikan �pintu akal� untuk berfikir dan membuat pertimbangan.


Beliau juga mengingatkan bahawa tiada siapa di kalangan manusia yang boleh mendakwa ajaran mereka benar melainkan nabi.


Beliau mengajak umat Islam mendalami ilmu agama dari tauhid, fiqh, tasawuf, tafsir Quran dan lain-lain bagi memperkuat pemahaman umat Islam terhadap agama mereka. Ilmu agama tidak boleh diambil mudah.


Dalam bab yang lain, beliau menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan dan latihan berfikir serta kebebasan berfikir untuk menjalankan kerja kebaikan. Dalam bab mengenai �Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan� beliau memberikan 10 prinsip yang boleh dijalankan dalam soal yang membabitkan agama. Bab ini ditujukan bukan saja kepada umat Islam tetapi juga bijak pandai dan orang alim Islam.


Bab keempat mengenai �Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya� amat penting bagi umat Islam.


Beliau bermula dengan �Sebab Yang Pokok Bagi Kejatuhan.� Beliau membezakan bagaimana umat Islam yang �dahulu kala maju, besar, berkuasa, mulia dan dipandang tinggi di serata alam� kini jatuh dan mundur. Za�ba menekankan wajibnya umat Islam mendapat kejayaan.


Za�ba mengingatkan bangsanya bahawa dalam perlumbaan hidup hanya mereka �yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja� yang diamanahkan padanya akan berjaya.


Beliau mahukan umat Islam �berjihad melawan nafsu dan berperang bermati-matian kerana mempertahankan kebenaran.� Tidak kurang pentingnya ialah �berpenat lelah, berusaha kuat, bekerja keras, mencari rezeki, menuntut ilmu, mencari pengetahuan, mengumpul pengetahuan, mengarang kitab-kitab, menyiasat jalan-jalan kemajuan, berfikir, berijtihad dengan sekeras-kerasnya, memerintah negeri, menjalankan keadilan, memerangi musuh, dan lain-lain lagi.�


Beliau juga mengajak orang Melayu dan umat Islam membetulkan kesalahan dan membaharui pemahaman, selain bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.


Bukankah nasihat itu masih relevan hingga ke hari? Memang sepatutnya buku ini menjadi bacaan wajib bagi setiap orang Melayu, termasuk pimpinan politik, agama, masyarakat dan tokoh korporat. Inilah tinggalan berharga seorang tokoh pemikir Melayu untuk anak bangsanya zaman berzaman.

25 May 2007

Fahami pemberian orang Melayu

Selamat membaca..........

Fahami pemberian orang Melayu

Oleh: NORDIN KARDI

Semenjak meninggalkan Biro Tatanegara (BTN) untuk mengetuai Universiti Utara Malaysia (UUM), sudah hampir dua tahun saya tidak lagi bercakap mengenai politik. Namun, melihat kebelakangan ini pelbagai pihak semakin kerap membangkitkan isu kaum di Malaysia, kali ini saya memilih untuk turut serta. Tambahan pula saya banyak juga menerima sms dan e-mel yang sinis menyebut kata-kata ‘inilah demokrasi acuan Malaysia’. Kata-kata yang merujuk bahawa demokrasi Malaysia ialah demokrasi mengikut tafsiran nafsu Melayu.

Dalam konteks universiti, buku teks yang penulisannya diterajui oleh rakan saya Jayum Jawan, dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat perhatian mesyuarat Kabinet sehingga Shamsul Amri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditarik untuk ‘memperbetulkannya’.

Meskipun tidak pernah di mana-mana di dunia Kabinet mencampuri urusan buku teks di universiti, di Malaysia nampaknya tradisi akademik ini telah pun dipecahkan. Saya tidak bermaksud Kabinet tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Memang Kabinet ada kuasa terhadap universiti awam, sebaliknya saya hanya mengatakan bahawa hal demikian tidak ‘biasa’ dalam tradisi pengajian tinggi. Demikian sensitifnya soal kepentingan kaum atau etnik sehingga hal yang bukan biasa pun telah dijadikan biasa.

Pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya sangat defensif dalam menguruskan masalah kepentingan kaum ini. Kadangkala di Parlimen, ahli-ahli Yang Berhormat Melayu di pihak kerajaan seperti begitu ofensif dalam serangan balas mereka atas tuduhan perkauman. Namun, nyata tindakan ofensif itu pun hanya merupakan sebahagian daripada strategi defensif.

Seperti ada rasa bersalah di kalangan pemimpin Melayu setiap kali bercakap mengenai kepentingan etnik sehingga ruang rundingan kepentingan Melayu terutamanya tidak begitu terbuka, sebaliknya perlu ‘diseludup’ dengan cara lain. Pemberian terhadap orang Melayu secara terbuka ditakuti akan dilihat sebagai tindakan diskriminatif.

Frasa popular yang dilemparkan kepada kerajaan semasa ialah bahawa kerajaan perkauman kerana dibentuk oleh gabungan parti utama yang berasaskan kaum – UMNO, MCA dan MIC. MCA dan MIC selalu dimomok sebagai parti bukan Melayu yang yang tunduk dan menjadi alat kepada UMNO untuk menegakkan kepentingan Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diasaskan selepas Peristiwa 13 Mei, yang menekankan sasaran penyertaan Melayu sebanyak 30 peratus dalam semua sektor untuk tempoh 20 tahun (1970-1990) adalah ibu kepada segala dasar ‘jahat’ perkauman UMNO.

Orang bukan Melayu dilihat sebagai telah berkorban selama 20 tahun untuk membiarkan orang Melayu merebut segala peluang ekonomi, pelajaran, sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian sebarang usaha melanjutkan sasaran itu selepas 1990 adalah suatu usaha diskriminasi yang menzalimi kepentingan kaum lain.

Pemimpin UMNO selalu mempertahankan keputusan-keputusan berkaitan kaum dengan mengulang-ulang cerita kontrak sosial yang telah lama. Ini berterusan sehingga mata masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi mata asing (mungkin dengan minat tertentu), melihat seolah-olah benar kaum Melayu terus menerus mendapat laba selepas kontrak itu, sementara kaum lain sentiasa memberi.

Orang Melayu sudah tidak memberi lagi selepas 1957! Orang Melayu menerima subsidi, orang Melayu membolot kuasa, orang Melayu kaum penerima!

Bilakah orang Melayu memberi? Besar sangatkah pemberian orang Melayu itu kepada kaum lain sehingga kaum lain terpaksa membayarnya kembali tanpa kesudahan? Tambahan pula kontrak itu bukan dibuat oleh generasi pelbagai kaum sekarang. Dia buatan orang dahulu, mengapa orang sekarang harus terus membayarnya? Benarkah?

Memang pada tahun 1955, dua tahun sebelum merdeka, orang Melayu telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga kepada kaum lain. Biasanya, orang akan cepat menyebut bahawa hadiah besar kepada kaum lain itu ialah kerakyatan.

Itu pun kata mereka kerana pembesar Melayu dipaksa oleh Inggeris. Tidak ada pilihan. Namun demikian, saya lebih cenderung mengatakan hadiah besar itu bukan kerakyatan sebaliknya hadiah selepas kerakyatan itu diperoleh. Jangan lupa, hal ini tidak semestinya terjadi jika keputusan sedemikian tidak dibuat orang Melayu.

Apakah perkaranya? Perkaranya ialah kerusi pilihan raya. Pada tahun 1955 itu diadakan pilihan raya dan orang bukan Melayu hanya mempunyai majoriti di dua konstituen. Namun demikian Almarhum Tunku Abdul Rahman telah memutuskan supaya orang bukan Melayu diberikan 17 kerusi. Lima belas untuk MCA dan dua untuk MIC. Segolongan pemimpin UMNO meninggalkan UMNO kerana hadiah yang terlalu mewah ini. Namun, rupanya orang Melayu.

Kebanyakan pun bersedia merestui pemberian hadiah ini. Keputusan pilihan raya itu menunjukkan orang Melayu memangkah untuk berwakilkan bukan Melayu di kesemua tujuh belas konstituen itu. Maksudnya, keputusan itu bukan lagi keputusan Tunku berseorangan. Orang Melayu berani meletakkan kepercayaan dengan berwakilkan bukan Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

Apakah ada bukti lain yang lebih besar untuk menyatakan bahawa asas pemikiran politik UMNO tidak perkauman.

Itu dahulu. Sekarang bagaimana? Demikian lanjutan perbualan ahli politik generasi muda. Jawapannya tetap serupa. Semenjak pilihan raya 1955 itu UMNO secara berterusan memberikan konstituen majoriti Melayu kepada bukan Melayu. Jika tidak demikian semangatnya, MIC boleh dikatakan tidak akan diberikan satu kerusi pun.

Cuba perhatikan hadiah UMNO kepada orang calon bukan Melayu dalam pilihan raya terbaru iaitu tahun 2004. Ong Ka Ting, Presiden MCA menang di P165 Parlimen Tanjung Piai, Johor yang pengundi Cina hanyalah 40.14 peratus berbanding dengan pengundi Melayu 53.02 peratus. Kawasan itu boleh diyakini sebagai kawasan selamat menang kepada Ong.

Naib Presiden MCA, Ong Tee Kiat menang di P100 yang pengundi Cina hanyalah 42.56 peratus berbanding pengundi Melayu 51.42 peratus. Demikian juga dengan pemimpin MCA yang lain bergantung kepada undi Melayu seperti Chor Chee Heung di Alor Star (58.43 peratus), Lim Bee Kau, di Padang Serai (52.51), Tan Kian Hoe di Bukit Gantang (62.95), Yew Teong Lock di Wangsa Maju (52.67), Wee Ka Siong (55.26), Kerk Choo Ting di Simpang Renggam (54.29) dan Ling Ban Sang di Tebrau (51.09).

MIC pula mendapat konstituen yang majoriti pengundinya adalah Melayu di Hulu Selangor untuk Palanivel (50.50 peratus Melayu berbanding pengundi India hanya 19.04 peratus) dan Vigneswaran (50.05 peratus Melayu berbanding pengundi India hanya 27.30 peratus.

Dalam konteks ekonomi pula adakah benar orang Melayu sahaja yang menerima sedangkan kaum lain sentiasa memberi? Orang berniaga atau orang yang mempelajari pengajian perniagaan akan faham bahawa dalam sesebuah ekonomi setiap ahli masyarakat menyumbang kepada pertumbuhan.

Tentulah tidak munasabah mengatakan Melayu hanya sebagai penerima sedangkan mereka setiap hari berurus niaga dan berperanan sebagai pengguna yang berbelanja.

Baik DEB mahupun Dasar Pembangunan Negara (DPN) memang ada memperuntukkan bajet negara atas nama Melayu. Contohnya Felda. Majoriti penerokanya ialah Melayu. Namun demikian, jika katakan kawasan Felda itu adalah getah, peneroka akan menunggu tujuh tahun baharu getahnya boleh ditoreh untuk mengeluarkan hasil.

Sedangkan, kontraktor pembina jalan, kontraktor pembuat rumah peneroka, kontraktor memasang paip, kontraktor elektrik, kontraktor membina kompleks dewan, sekolah dan sebagainya yang menelan jutaan ringgit (berbanding beberapa ringgit yang bakal diperoleh oleh peneroka tujuh tahun kemudian!) yang umumnya melibatkan golongan bukan Melayu serta-merta menyejat peruntukan jutaan ringgit itu.

Inilah yang dikatakan oleh Tun Razak dahulu bahawa DEB yang memperuntukkan 30 peratus kepentingan Melayu dalam semua sektor dalam tempoh 20 tahun untuk dicapai bukan bererti merampas daripada bukan Melayu kepada Melayu, sebaliknya ia dilaksanakan dengan memperbesarkan kek ekonomi.

Walaupun sesuatu projek itu diluluskan atas tajuk Melayu namun nikmatnya tidak semestinya dirasai oleh Melayu sahaja.

Saya teringat kata Profesor Bazerman, pakar strategi perundingan Harvard yang menyebut jika ada dua pihak sedang berunding yang kesudahan rundingan itu satu pihak mendapat lapan dan satu pihak lagi mendapat 10 tetap lebih baik meneruskan rundingan berbanding jika setiap pihak mendapat masing-masing tujuh jika menamatkan rundingan.

Dari sudut politik, sehingga semenjak 1955 sehingga pilihan raya 2004 orang Melayu masih setia memberi apa yang mereka biasa beri. Ini akademik. Mungkinkah Profesor Bazerman pernah secara diam-diam belajar dari Malaysia?