Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

03 November 2007

Orang Melayu semakin hilang suara di Parlimen

Selamat membaca..........

Orang Melayu semakin hilang suara di Parlimen
Maslan Yusoh
Sat | Nov 03, 07 | 5:55:51 pm MYT

KOTA BHARU, 3 Nov (Hrkh) – Orang Melayu kini semakin hilang suara di Parlimen apabila bangsa-bangsa lain terus mendominasi jumlah keseluruhan kerusi yang diperuntukkan.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Berpaksi kepada perpaduan dan tolak ansur, akhirnya banyak kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu telah diserah kepada parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) lain.

Misalnya pada pilihan raya umum 1990 sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu diserahkan kepada calon-calon bukan Melayu.

Kerusi terbabit iaitu 13 bagi peringkat Parlimen dan 24 kerusi Dun. Jumlah itu tidak termasuk kerusi-kerusi yang telah ditandingi calon bukan Melayu sejak dahulu lagi.

Antara kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC pada pilihan raya tersebut iaitu Padang Serai (55.2 peratus Melayu), Alor Setar (54.8 peratus), Lipis (53.2 peratus), Pontian (52.2 peratus), Kapar (60 peratus), Ampang Jaya (68.5 peratus), Selandar (50.8 peratus) dan Telok Kemang (51.3 peratus).

Selepas diserahkan kepada kompenan lain, kerusi terbabit tidak lagi dipulangkan kepada calon Melayu. Biar pun masalah itu disedari rata-rata orang Melayu namun mereka tetap memilih Umno yang bertanggungjawab mengecilkan empayar Melayu.

Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 kerusi Parlimen dan pembangkang hanya tinggal 20 sahaja. Selain itu BN juga menguasai 452 kerusi di peringkat Dun daripada jumlah keseluruhan sebanyak 505 kerusi.

Seorang penganalisis bebas, Dr Khairudin Damhoeri berkata, sedangkan pada 1964 suara orang Melayu di Parlimen sebanyak 62 peratus, namun sekarang telah susut dengan banyaknya.

“Kuasa orang Melayu di Parlimen sudah berkurangan berbanding pada zaman awal pilihan raya umum diadakan di negara ini,” katanya pada Syarahan Awam Pencapaian Sosio Ekonomi Sektor Pertanian di Kelantan sempena 50 tahun merdeka di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan Institut Kajian dan Penyelidikan Strategik Negeri Kelantan (Kriss) dan kerajaan negeri. Ia sepatutnya menampilkan bekas Menteri Pertanian, Dato’ Seri Sanusi Junid bagi membentang pengalamannya dalam sektor tersebut.

Bagaimanapun difahamkan bekas Menteri Besar Kedah itu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Hampir 1,000 peserta memenuhi dewan utama hotel berkenaan.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Penyelia Dun Kok Lanas, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim, Pengarah Kriss, Wan Ahmad Shafei dan Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifudin Nasution Ismail.

Dr Khairudin juga berkata, biar pun Kelantan dikategori sebagai negeri yang miskin, namun kehidupan rakyat agak selesa disebabkan kos hidup masih rendah.

“Kira-kira 73 peratus daripada jumlah penduduk memiliki rumah sendiri. Ini menyebabkan bebanan kehidupan mereka tidak terasa sangat biar pun mengikut statistik Kelantan mempunyai ramai penduduk miskin,” ujarnya.

Beliau juga berkata, kerajaan pusat mewujudkan banyak agensi bagi meningkatkan pembangunan rakyat di Kelantan.

Menurutnya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diberi tanggungjawab membangunkan kawasan selatan dan Lembaga Kemajuan Pengairan Kemubu (Kada) pula diberi peranan di kawasan utara Kelantan.

Bagaimanapun katanya sejak agensi itu diwujudkan tidak banyak perubahan berlaku terutamanya Kada, di mana sekadar membantu 19,000 penanam padi.

Kata beliau jumlah pesawah yang disenarai di bawah Kada tidak berubah sejak awal penubuhan sehingga sekarang.

“Begitu juga Kesedar setelah hampir 20 tahun kewujudannya namun hutang meneroka tanah masih belum dilunaskan. Selain hak milik kepada peneroka tidak diselesaikan.

“Lebih malang lagi apabila pendapatan peneroka tidak selari dengan kenaikan harga kelapa sawit di pasaran sekarang,” katanya.

Beliau berkata, Kada atau Kesedar dicadangkan diserah kepada kerajaan negeri bagi melihat kemampuan pemimpin di peringkat negeri mengurusnya pula. - mj

Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

Sebagai persiapan menjelang pilihanraya ke-12, kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda melalui akaun Maybank atas nama Harakahdaily Dot Com, nombor 564070000336. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40212009..
Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke hdaily_editor@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan dilayan.

No comments: