Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

12 October 2007

LATEST MEDIA STATEMENT FROM Ybhg Tun Dr Mahathir

Selamat membaca..........

LATEST MEDIA STATEMENT FROM Ybhg Tun Dr Mahathir

Saya ucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang telah terpilih menjadi Angkasawan pertama negara.

Saya berbangga kerana sempena 50-tahun kemerdekaan negara, impian kita untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa bakal tercapai.

Berbekalkan semangat serta kecekapan yang diperolehi hasil daripada program latihan Angkasawan yang dituruti, saya percaya Dr Sheikh Muszaphar akan berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Sebagai rakyat, saya berdoa agar misi yang akan membawa Dr Sheikh Muszaphar ke “International Space Station” berjalan lancar dan selamat.

Saya percaya Angkasawan Malaysia yang pertama akan memanfaatkan segala apa yang dipelajari daripada pengalaman ini. Apa yang akan dikongsi bersama dengan rakyat akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz Khaleed menyertai program Angkasawan ini membuktikan yang rakyat Malaysia mempunyai kecekapan yang tidak kurang berbanding bangsa lain.

Tidak ada apa-apa yang boleh menghalang kita daripada mencapai yang terbaik. Hanya kecekalan, keberanian, semangat ingin berjaya dan tidak mahu tunduk dan mengalah yang akan membawa kita ke mercu kejayaan.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar, selamat berangkat dan selamat kembali. Kepada, Dr Faiz, walaupun tidak terpilih pada kali ini, saya gembira mendengar bahawa beliau akan berpeluang menyertai program Angkasawan yang kedua di masa hadapan.

Kepada semua pihak dan agensi Kerajaan yang terlibat di dalam menjayakan program Angkasawan ini saya ucapkan tahniah.

Malaysia Boleh!

Dr Mahathir bin Mohamad
Institut Jantung Negara
Oktober 10, 2007

No comments: