Selamat membaca..........
Senaman kurangkan hormon estrogen
CHICAGO: Darah yang diambil daripada wanita yang barah payudaranya berulang menunjukkan paras tinggi hormon estrogen walaupun ramai dirawat dengan ubat penghalang estrogen, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam.
Mereka berkata, penemuan itu mengatakan wanita yang mengalami barah payudara perlu mengambil langkah berhati-hati � seperti senaman biasa dan menjaga berat badan � untuk mengurangkan paras estrogen dan meminimumkan risiko barah mereka akan berulang.
Estrogen berkait rapat dengan perkembangan awal kebanyakan barah payudara tetapi beberapa kajian melihat kaitan antara paras estrogen yang tinggi dengan berulangnya kanser terutama wanita yang mengambil pil anti-estrogen seperti tamoxifen.
�Ia adalah kajian terbesar setakat ini dan satu-satunya memasukkan wanita yang mengambil ejen seperti tamoxifen untuk mengurangkan kesan estrogen dalam pertumbuhan barah,� kata Cheryl
Rock, profesor bagi perubatan pencegahan di University of California, San Diego, manakala kajiannya diterbitkan dalam jurnal �Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention.�
Rock berkata, pengambilan ubat anti-estrogen seperti tamoxifen mungkin tidak menghapuskan sepenuhnya kesan hormon dalam tubuh wanita dengan paras estrogen tinggi. Tamoxifen menukar terapi kanser payudara apabila ia dilihat mengurangkan risiko kanser berulang dengan hampir 50 peratus.
Namun, Rock berkata wanita yang mengambil pil itu atau kelas terbaru ubatan yang digelar �sekatan aroma� perlu mempertimbangkan beberapa kaedah pencegahan asas.
�Anda tidak boleh membuat kesimpulan kerana mendapat satu ubat dengan kesan baik sehingga anda perlu melupakan semua perkara lain yang berguna yang boleh anda lakukan,� katanya dalam temuramah telefon. � Reuters
No comments:
Post a Comment