Selamat membaca..........
Muhyiddin-Razaleigh-Anwar Perlu Bertindak Demi Malaysia Dan Rakyat Jelata Seluruhnya
Kiriman Nakhoda
Selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Malaysia dilanda krisis, BN dilanda krisis. UMNO dilanda krisis, rakyat jelata dilanda krisis. Seluruh krisis ini berpunca dari hilangnya keyakinan rakyat terhadap Abdullah selaku pemimpin kerajaan, pemimpin BN dan pemimpin UMNO. Krisis yang sedang melanda adalah krisis keyakinan.
Vote of no confidence yang diberikan oleh rakyat menerusi PRU 12 nyata dan benar. Tapi, Abdullah masih terus berkata, kerajaan masih kuat. Krisis yang sedang berlaku adalah hakikat, tapi para pemimpin UMNO dan BN terus beri sokongan kepada Abdullah. Rakyat jelata mahu Abdullah berundur, tapi ada lagi pihak yang menyakinkan Abdullah supaya terus bertahan di kerusi PM.
Kita semua sedia maklum, Najib pun tak boleh diharapkan untuk menyelesaikan krisis ini. Najib bukan tidak mahu bertindak. Dia juga boleh kita ketengahkan dan beri sokongan. Tapi dia ada masalah besar yang dijadikan senjata oleh Abdullah dan Khairy untuk menyekat apa juga usaha yang mahu Najib lakukan.
Dalam keadaan seperti ini, terpaksalah Najib pun perlu diketepikan. Apa guna kita beri dia sokongan bila akhirnya Najib juga akan terus akur pada kehendak Abdullah dan Khairy. Jika Najib engkar, dia pasti akan diugut dengan “kebenaran” yang menyelubungi kes Altantuya. Abdullah dan Khairy akan membunuh Najib secara politik menerusi kes Altantuya. Kalimullah di NST dipercayai sudah stand-by untuk “memadamkan” karier politik Najib menerusi media, jika Najib cuba bertindak menurut kehendak majoriti rakyat ketika ini.
Sekarang terserahlah kepada Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Muhyiddin perlu ke depan dengan berani dan tegas kerana dia Naib Presiden UMNO. Muhyiddin terpaksalah “menderhaka” untuk kebaikan UMNO, BN dan Malaysia. Dia kenalah merintis perundingan dengan Tengku Razaleigh kerana Tengku Razaleigh boleh menyumbangkan peranan berkesan menyelesaikan krisis yang kita semua hadapi.
Kalau Muhyiddin hanya mahu terus bercakap-cakap sahaja menerusi media, kita harap Tengku Razaleigh ambil dayausaha paling utama untuk berunding dengan Anwar Ibrahim. Kita suka atau tidak suka, Anwar masih kuat lagi pengaruhnya. Anwar boleh mengawal DAP dari kalangan pembangkang. Anwar juga boleh diterima dan disokong oleh segolongan orang UMNO. Anwar sentiasa dihormati oleh komuniti dunia.
Mana-mana kumpulan yang prihatin terhadap krisis ini wajar memikirkan formula terbaik untuk membolehkan Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar bergabung minda dan bergabung tenaga demi negara.
Pemimpin Islam di Sabah dan Sarawak juga perlu berusaha menyumbangkan peranan masing-masing untuk membantu Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Begitu juga dengan para intelek. Mereka jangan jadi mandul dan dangkal untuk terus jadi pemerhati dan hanya berpolemik sesama sendiri. Mereka semestinya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu secara segera dan berkesan. Sekurang-kurangnya mereka juga perlu bersuara secara kolektif bagaimanakah kemelut semasa ini boleh diselesaikan secara berhemah, damai dan efektif.
Kita persetankan Khairy, Kalimullah, Annuar Zaini dan lain-lainnya. Kita beri kata dua kepada mereka, jangan masuk campur lagi dalam urusan menyelesaikan krisis ini. Kita dengar Khairy sedang menyusun usaha untuk mengerahkan orang-orang tertentu membuat kacau-bilau. Kalau ini terjadi, Ketua Polis Negara terpaksalah tahan Khairy secepat mungkin.
Kita juga dengar desas-desus kononnya segolongan elemen asing kini sedang membantu untuk menimbulkan kacau-bilau tersebut. Elemen asing ini dipercayai dari seberang tambak. Mereka sudah menguasai “under world” Malaysia sejak Abdullah memimpin Malaysia.
Bayangkan kalau group yang dikatakan anjuran Khairy bergabung kekuatan dengan elemen asing berkenaan. Bayangkanlah apa yang akan terjadi.
Saya yakin Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar pun sudah dapat angin-angin pasal hal ini. Abdullah tak payah kita risaukan. Dia hanya bertindak mengikut rentak dia sendiri dan mungkin juga ikut rentak irama yang sudah didendangkan ke kalbunya oleh pihak-pihak tertentu, waima luaran atau dalaman!
Apa nak ditunggu lagi? Muhyiddin pimpinlah lain-lain pembesar UMNO untuk mendesak Abdullah berundur dengan segera. Tengku Razaleigh, pimpinlah ahli-ahli UMNO untuk memperbaiki UMNO. Anwar carilah jalan terbaik untuk manfaat negara.
Setelah Abdullah berundur, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar segeralah berpakat dengan PAS serta lain-lain pemimpin politik Malaysia. Fikirkanlah formula perdamaian politik untuk kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Saya yakin, rakyat jelata akan menyokong jika apa yang dilakukan adalah secara ikhlas dan jujur meliputi minat serta kepentingan seluruh etnik Malaysia.
Bagaimanapun, dalam apa juga usaha yang akan diambil, Tun Dr Mahathir mestilah dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Jangan sekali-kali diketepikan Tun Dr Mahathir dalam usaha ini. – 13 Mac 2008, 3:13 AM
No comments:
Post a Comment