Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

03 January 2008

Padam sejarah capaian laman web

Selamat membaca..........

Padam sejarah capaian laman web



SOALAN:

Salam sejahtera diucapkan kepada pengelola ruangan ini. Saya ada masalah dan berharap pengelola ruangan ini dapat membantu.

Bagaimanakah caranya untuk memadam alamat laman web yang kita taip di ruangan ' address ' bersebelahan kolum 'go'.

Saya sudah cuba klik pada tetikus sebelah kanan, kemudian klik padam pada nama laman web itu tapi tidak berjaya. Sukacita dan ucapan terima kasih andai pengelola ruangan ini dapat membantu saya.

Salwa Bukran
ielieda06@yahoo.com.my



JAWAPAN:

Proses memadam sejarah pelunsuran laman web berbeza dan bergantung kepada perisian pelunsur yang digunakan.

Untuk Firefox 2.x, ikuti langkah di bawah:

- klik Tools > 'Clear Private Data' atau gunakan kekunci 'Ctrl + Shift + Delete';

- Pilih jenis data yang hendak dipadam. Contohnya 'Browsing History', 'download History' dan lain-lain lagi;

- klik OK



Untuk IE6:

- klik Tools > Internet Options

- klik tab General

- klik "Clear History"

Untuk IE7:

- klik Tools > Internet Options

- klik "Delete"

- Pilih pilihan yang mahu dipadam

No comments: