Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

18 March 2007

Kebocoran keputusan SPM 2006

Selamat membaca..........
PAS Johor tidak tolak kemungkinan berlaku kebocoran keputusan SPM 2006
Salman Hussin
Sat | Mar 17, 07 | 03:18:05 PM

BATU PAHAT, 17 Mac (Hrkh) – PAS Johor tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran keputusan SPM 2006 membabitkan Nadia Amirah Jamil, pelajar SMK Tun Sardon Rengit, dekat sini, yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Nadia yang sebelum ini dilaporkan di akhbar bakal memperolehi 19 1A dalam peperiksaan tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dicapai pelajar cemerlang 2004, Nur Amalina Bakri dari SMK Ulu Tiram, yang mendapat 17 1A bagaimana pun hanya memperolehi 14 1A, 4 2A dan 1 3B, sebaik keputusan rasmi diumumkan 12 Mac lalu .

Ketika mengulas perkara ini, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan telah berlaku kebocoran terhadap keputusan peperiksaan ini.

“Jika tidak bagaimana Umno Bahagian Batu Pahat begitu bersungguh-sungguh membuat persiapan secara besar-besaran memasang poster Nadia di seluruh pekan Rengit sehingga ke kampung kelahirannya di Sungai Tongkang.

‘Kita juga difahamkan SMK Tun Sardon telah membuat persiapan dengan mengecat bangunan sekolah tersebut dua minggu sebelum keputusan rasmi oleh Kementerian Pelajaran dibuat.

Katanya lagi, apa yang berlaku ini membayangkan seolah-olah keputusan Nadia memang sudah pun diketahui awal oleh pihak-pihak tertentu dan berkemungkinan juga keputusan awal yang dilaporkan akhbar sebelum ini (19 1A) memang betul tetapi disebabkan imej Kementerian Pelajaran yang tercalar teruk akibat kebocoran keputusan ini telah memaksa mereka mengubah keputusan asal Nadia.

“Jika ini benar-benar terjadi maka amatlah malang bagi sistem pendidikan negara ini apabila sebuah institusi pendidikan pun cuba dimanipulasi demi kepentingan politik murahan pihak tertentu tanpa memikirkan implikasi di sebalik perbuatan mereka ini," katanya.

Mazlan yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, seterusnya berkata, Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, mesti bertanggungjawab dalam perkara ini, “beliau hendaklah menyiasat insiden memalukan ini sehingga ke akar umbi dan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang terlibat menimbulkan kontroversi ini.

“Kita juga mahu kementerian pelajaran bersih dan bebas dari sebarang pengaruh politik yang cuba menjadikan kementerian ini sebagai kuda tunggangan bagi kepentingan politik mereka," sambungnya.

Berhubung langkah Kerajaan Kelantan memberi insentif kepada pelajar di Timur Tengah, beliau berkata, “ini satu tindakan yang sangat baik dan bijak malah kalau boleh bukan saja pelajar-pelajar di Timur Tengah diberi insentif ini malah pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang belajar di tempat lain juga wajar diberi insentif yang sama, ujarnya lagi. - mns
Jumlah dilihat: 2492 | Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke hdaily_editor@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan dilayan.

1 comment:

Unknown said...

ini hakikat yg berlaku sebernarnya........sbg cth siti fatimah juga sepatutnya menjd pelajar cemerlang m'sia.tp kenape x diumumkan.?