Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

17 March 2007

Memilih madu yang terbaik

Selamat membaca..........


Ahmad Shukri ‘bertarung’ demi madu lebah liar

Mukadimah
KECIL-kecil cili padi. Begitulah kehebatan lebah yang menghasilkan madu untuk pelbagai penawar penyakit dan mengandungi banyak khasiat kesihatan di sebalik pengambilan dan penggunaannya.
Sejak berjuta tahun dahulu, orang-orang Yunan, Rom, Mesir, China dan India purba menggunakan madu dalam ubat-ubatan mereka bagi mengubati luka dan menyembuhkan penyakit. Tambah mengagumkan, sebelum kemunculan kumpulan ini, al-Quran telah lebih dahulu menyebut kebaikan madu, warna madu dan khasiat madu iaitu di dalam surah an-Nahl.
Tidak banyak bukti saintifik yang menyokong penggunaan madu sebagai ubatan asli namun begitu, sejak akhir-akhir ini banyak kajian menunjukkan madu mempunyai kegunaan ubatan kerana anti bakteria.
Menyedari kelebihan madu lebah liar mendorong Pegawai Pemasaran, Orm Beauty & Health Care Sdn. Bhd., Ahmad Shukri Ghazali, 35, mempromosikan madu sebagai satu alternatif dalam membantu penyembuhan penyakit.
Wartawan, RAHANA MD dan jurugambar FAIZAL ABU HASSAN berkongsi khasiat madu lebah liar dengan Shukri di premis perniagaannya di Sungai Udang, Klang baru-baru ini.
UTUSAN MALAYSIA: Apa yang mendorong saudara terlibat memperdagangkan madu lebah liar sebagai salah satu punca pendapatan?
AHMAD SHUKRI: Pertamanya madu lebah liar ini melibatkan saya dalam dunia perniagaan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam dan dijadikan salah satu punca pendapatan sekeluarga.
Keduanya terdapat begitu banyak khasiat serta keistimewaan madu lebah ini untuk ditawarkan kepada orang ramai.
Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu.
Apa kelebihan madu lebah liar sebagai makanan tambahan?
AHMAD SHUKRI: Ia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti B1, B2, B3, B6, C, E, K, H, Asid Folik dan 18 jenis Asid Amino. Vitamin semulajadi yang terdapat di dalam madu ini dapat menguatkan badan, mengimbangi tekanan darah, menambahkan selera makan, menggalakkan pertumbuhan dan metabolisma. Ia membantu menguatkan badan dan fizikal bagi orang tua, sakit, asma, dan demam.
Madu juga bertindak sebagai makanan tambahan kepada seorang yang baru sembuh daripada sebarang penyakit. Madu ialah pemanis yang penuh berkhasiat yang asli di mana 70 peratus kandungan gula asli di dalam madu lebah terhasil daripada fruktosa dan glukosa yang merupakan makanan pemberi tenaga yang baik tetapi berkalori rendah.
Walaupun manis madu tidak menyebabkan kerosakan gigi atau penyebab ketagihan. Madu Liar Asli kaya dengan nutrien, vitamin, mineral dan enzim-enzim yang bermanafaat . Madu juga mengandungi khasiat seperti zat besi, asid folik, zink, kuprum dan magnesium yang di perlukan dalam pengeluaran darah. Magnesium juga berkesan untuk menenangkan ketakutan.
Apakah madu lebah liar ini boleh diperoleh di pasaran Malaysia?
AHMAD SHUKRI: Setakat ini madu liar asli tidak diperoleh di negara ini tetapi didapati dari hutan tebal di Burma yang belum tercemar dengan pembangunan seperti infrastruktur, pencemaran udara, karbon, gas, jerebu dan sebagainya yang menyebabkan kualiti madu menjadi rendah sehingga mengakibatkan serangga seperti lebah berpindah randah.
Hutan yang belum tercemar menjadikan lebah liar menghisap bunga hutan yang berkhasiat tinggi , berbeza dengan lebah ternak.
Bersandarkan pengalaman, apakah madu ini mudah diperoleh?
AHMAD SHUKRI: Sangat sukar kerana perlu mendapat izin pemerintah dan hanya orang tempatan sahaja yang di benarkan untuk mengambil madu tersebut. Orang luar dilarang kerana dibimbangi memonopoli atau di anggap penceroboh. Madu Liar Asli yang di ambil akan di bersihkan dari kekotoran dan seterusnya di hantar ke Malaysia . Setelah sampai di Malaysia madu tersebut akan di uji oleh SIRIM sebelum di pasarkan. Bagi memudahkan penghantaran dan kepercayaan pemerintah , kami menubuhkan sebuah syarikat di Burma untuk memudahkan urusan perniagaan.
Proses mengambil madu agak sukar, boleh saudara ceritakan caranya?
AHMAD SHUKRI: Pada kebiasaannya sarang lebah yang besar , mengandungi 450 kilo madu yang di buat oleh lebah selama dua tahun.
Setelah melalui proses pembersihan dan penapisan maka madu yang di perolehi hanya 300 kilo sahaja manakala 150 kilo lagi adalah sisa - sisa dan kekotoran.
Sebahagian sarang lebah yang besar di tinggalkan agar lebah akan terus membina sarang. Sekiranya kesemua sarang lebah ini di ambil, besar kemungkinan lebah akan membuat sarang di tempat lain dan terpaksa menunggu masa yang sangat lama.
Lebah yang berada di hutan akan menghisap beribu-ribu jenis bunga yang mempunyai khasiat tertentu dan istimewa , setiap bunga ada keistimewaan yang tersendiri.
Oleh itu madu yang terbaik ialah madu yang di hasilkan dari cuaca yang bersih, udara yang segar, jenis bunga yang baik, hujan yang sedikit agar tidak bercampur dengan madu , yang hanya dapat di perolehi di beberapa tempat seperti banjaran Himalaya, Tibet, Burma dan beberapa tempat lain.
Apakah saranan saudara untuk memilih madu yang terbaik?
AHMAD SHUKRI: Apabila membeli madu hendaklah berhati - hati bahkan kebanyakan pembeli sebenarnya merasa takut untuk membeli madu bukan kerana tiada wang, tetapi takut tertipu.
Apabila membeli madu lebah, pastikan madu telah diuji agar tidak tertipu dengan campuran gula , nira atau bahan lain.
Madu Liar Asli berwarna hitam, warna ini di sebabkan oleh pemakanan lebah yang terdiri dari berbagai jenis sari bunga.
Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.
Sepanjang saudara terlibat dengan perniagaan ini, apa pengalaman berharga yang dilalui dan dikongsi dengan pembaca?
AHMAD SHUKRI: Keistimewaan lebah sebagai haiwan kecil amat mengujakan dan mendorong saya belajar daripada kumpulan yang mahir untuk menguji bagaimana menguji keaslian madu. Pengalaman ini amat berharga dan saya kongsikan dengan pembaca.
Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Antaranya, tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan.
Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
Ujian kedua, apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus -putus , ia seperti tali kerena ada daya graviti . Manakala madu biasa akan terputus - putus
Ujian ketiga, apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun.
Ujian keempat, madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
Apa kelebihan lain madu lebah liar yang saudara dapati?
AHMAD SHUKRI: Madu Asli bukan setiap masa berada di pasaran kerana ia adalah madu semulajadi yang sangat terhad. Setiap pengeluaran madu boleh mencecah sehingga 1000 kilo atau 1000 botol sahaja mengikut keadaan. Sehubungan dengan itu, rebut peluang memperoleh madu ini kerana selain sukar mendapatinya ia juga mengandungi khasiat yang cukup banyak.
Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan madu lebah liar ini bolehlah menghubungi Ahmad Shukri Ghazali 019-6640348, Zunairah Awang 019-3537051 atau hantarkan emel ke alamat ashukrighazali@yahoo.com

No comments: