Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

05 May 2007

Jm Frozen

Selamat membaca..........

Jm Frozen

Hari ini aku ke JM Frozen, sebuah pasar mini di Bandar Baru Darul Aman, Tanah Merah Jitra, Kedah.. Ini bukanlah kali pertama aku mengunjunginya. Dalam sebulan biasanya aku mengunjunginya dua atau tiga kali. Aku berbangga kerana JM Frozen adalah perniagaan bangsaku Melayu. Aku berasa ingin menolong perniagaan bangsaku sekadar yang termampu. Sebab itulah apabila membeli keperluan dapur aku selalu ke Jm.

Kedudukannya memang tempat yang strategik , tetapi Jm Frozen bukanlah sebuah kedai yang mesra pelanggan. Keadaan dalam kedainya malap bagaikan tidak cukup cahaya. Tiada laluan untuk menolak troli ke kenderaan.Tidak menerima kad kredit untuk kemudahan pelanggan. Kadang-kadang pula pelanggan tercari-cari barang ditempat / rak biasa diletak tetapi tiada kerana telah diubah ke rak lain. Keadaan ini selalu berlaku. Masa pelanggan terbuang kerana terpaksa mencari diseluruh kedai jika tidak tidak bertanya kepada pengawal.

Tempat letak kenderaan didepan kedai bukan untuk pelaggan kerana “For Staff Only”. Strategi perniagaan begini nampaknya tidak bijak. Jika pelanggan meletak kenderaan dihadapan kedai lain tentulah mereka juga melihat iklan atau tarikan di kedai lain dalam perjalanan ke Jm. Nampak sangat Jm lebih mengutamakan “staf only” lebih dari menarik pelanggan.. Oleh itu tidak hairanlah jika kita ke Jm kebajikan pekerjanya amat memuaskan. Pekerjanya tidak sesibuk pekerja di pasaraya lain yang terpaksa melayan pelangan yang ramai. Di Jm staf kelihatan relex kerana pelanggan tidak ramai. Lebih ramai staf dari pelanggan. Apabila seseorang pelanggan masuk ke Jm seorang atau dua orang pengawal akan mengekori pelangan dalam jarak lima atau enam kaki dari pelangan. Pelanggan tentu merasa serba salah. Mungkin pada pandangan Jm setiap manusia yang melangkah masuk ke kedainya adalah pencuri yang mesti diawasi. Agaknya inilah sebabnya pelanggan malas masuk ke Jm. Mereka merasa diri mereka amat dicurigai sabagai pencuri besar.

Saya amat bersimpati dengan perniagaan melayu yang tidak bijaksana begini. Statistik peniaga peniaga melayu tidak bijak berniaga bertambah lagi jika keadaan ini berterusan.

Jika mahu bersaing dengan prniagaan lain ubahlah corak perniagaan. Yang penting adalah pelanggan bukan pekerja. Jadilah perniagaan yang mesra pelanggan. Elak pelanggan merasa diri mereka diawasi sebagai pencuri. Perhatikan jauh-jauh. Jika seseorang pelanggan itu pernah ada rekod mencuri barulah diawasi betu-betul. Awasilah pada pelanggan yang pernah ada rekod saja. Jangan awasi semua pelanggan supaya mereka tidak berkecil hati.

Kalau setiap pelanggan merasa tidak dipercayai tentu dia akan pergi ketempat yang dirinya dihargai.

Ini adalah pandangan jujur dari saya.

No comments: