Selamat membaca..........
Mahu format cakera keras
SAYA mempunyai masalah dengan pemacu cakera keras komputer. Ini kali ketiga komputer saya diformat. Saya ingin belajar cara memformat yang betul menggunakan kaedah langkah demi langkah.
Saya berbelanja kira-kira RM200 untuk memformat komputer. Setiap kali bermasalah, saya diminta memformat semula cakera kerasnya dan tidak sanggup lagi berbelanja hanya sekadar diformat.
Saya mendapat tahu cara format cakera keras amat mudah. Bagaimanakah caranya?
Khairul Anuar Md Idris
khai_ilahqd@yahoo.com
FORMAT cakera keras selalunya dilakukan sekali sahaja. Jika dikehendaki memformat berulang kali, mungkin ada kerosakan pada perkakasan atau persekitaran Sistem Operasi (OS) anda.
Cara format bergantung kepada versi OS dan juga sambungan ke cakera keras. Saya andaikan anda menggunakan Sistem Operasi Windows XP/2000.
Jika mempunyai lebih satu cakera keras atau satu cakera keras yang ada lebih daripada satu pembahagian, dan anda mahu format cakera keras atau pembahagian yang bukan utama, ikuti langkah berikut bagi variasi
OS Windows:
- klik My Computer
- klik File > Format
- Satu tetingkap akan dipaparkan. Pilih pilihan yang berkenaan dan klik Start.
Pastikan anda sudah membuat salinan ke atas data penting sama ada ke CD atau lain setoran.
Anda perlukan CD OS, jika mahu format cakera keras atau pembahagian utama yang mana OS sudah dipasang di situ.
Bagi platform Windows XP/2000, ikuti langkah berikut:
- pastikan komputer boleh diboot dengan CD. Jika tidak, sebelum masuk ke pelarasan BIOS bagi menentukan turutan boot. Bergantung kepada BIOS yang digunakan. Sebaik menghidupkan PC, anda perlu tekan kekunci F2 atau Del untuk masuk ke tetingkap menu pelarasan BIOS.
Cari pilihan untuk mengubah turutan boot dan tetapkan CD sebagai pilihan boot pertama.
- Setelah komputer boot daripada CD, anda akan dibawa ke paparan Welcome to Setup. Tekan kekunci Enter.
- Untuk menerima lesen Microsoft, tekan kekunci F8.
- Jika Setup dapat mengesan OS yang sudah dipasang, anda diberi pilihan untuk membetulkan OS berkenaan. Tekan kekunci Esc untuk melepasinya.
- Kemudian paparan baru dengan senarai cakera keras dan pembahagian di dalam PC. Pilih cakera keras atau pembahagian yang hendak diformat.
Anda boleh membuang dan membuat pembahagian baru di paparan ini.
- Pilih partition untuk pemasangan OS Windows XP/2000
- Pilih ‘Format the partition by using the NTFS file system (Quick)’ terbaik untuk OS XP/2000.
- Langkah seterusnya akan format cakera keras atau partition anda.
Ikuti arahan di paparan untuk pemasangan OS Windows XP/2000.
Selepas Setup selesai, anda perlu keluarkan CD Setup dan boot semula komputer anda.
Tujuan
Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.
20 May 2007
13 May 2007
Fahaman Islam kita sempit, alam tercemar
Selamat membaca..........
Fahaman Islam kita sempit, alam tercemar
Oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Amatlah malang bagi seorang insan yang dibekalkan dengan pelbagai bekalan yang maha lengkap dalam perjalanannya, namun dia meninggalkan segala bekalan tersebut.
Lantas meraba-raba bekalan ganti yang tidak seberapa. Dia meninggalkan makanan lazat berkhasiat yang dibekalkan, lalu mencari serpihan makanan di tepi-tepi jalan. Dia meninggalkan bekalan cahaya yang disediakan, lalu berpandu rabaan tongkat dalam kegelapan.
Demikianlah hal umat Islam pada hari ini. Bekalan ajaran Islam yang disediakan oleh Allah dan Rasul-Nya begitu indah dan hebat. Namun kita mencampaknya ke tepi.
Kita mencari penyelesaian hidup dengan panduan baru. Maka, kita bukan saja tidak cemerlang, bahkan kita sentiasa kelihatan ketinggalan dalam dunia persaingan.
Sebabnya, orang lain sekalipun tanpa panduan wahyu – telah lama berfikir dan menghasilkan pelbagai perkara dalam mengharungi tamadun hidup berdasarkan kefahaman mereka. Sedangkan kita, baru hendak bermula.
Jika dilihat kepada nas-nas al-Quran dan al-sunah, dunia Islam sepatutnya mengepalai isu-isu kemanusiaan dan alam. Malangnya, kita bukan sahaja tidak mengepalai, bahkan kita dituduh tidak prihatin dalam beberapa isu dunia. Sebahagian tuduhan itu pula benar.
Ambil sahaja soal penjagaan alam sekitar. Dunia Islam tidak mengepalainya. Lebih memalukan apabila negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil berat soal penjagaan alam sekitar. Bahkan ada negara umat Islam yang begitu kotor.
Lebih memalukan jika kawasan masjid dan tandasnya menjijikkan. Sedangkan dalam masa yang sama kita berceramah soal taharah, kebersihan pakaian ketika solat, jenis-jenis air yang boleh diambil wuduk dan pelbagai lagi.
Bahkan sebahagian perbincangan dalam masalah fikah bersuci kita begitu sempit dan jumud. Sehingga kecenderungan sesetengah tok guru ke arah membatalkan ibadah lebih besar dari menghukumnya sebagai sah.
Namun tinggal sekadar berlegar dalam bab wuduk dan sembahyang semata. Tidak mampu membawa kepada kebersihan dan kebajikan alam sekitar.
Dunia Islam sepatutnya menjadi perlambangan kepatuhan kepada amaran Allah dalam Surah al-Rum ayat 41: (maksudnya) Telah timbul berbagai-bagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kerosakan alam sama ada di lautan atau daratan adalah disebabkan perbuatan manusia. Laut dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah akibat perbuatan insan durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan pencemaran alam adalah balasan Allah ke atas jenayah pencemaran tersebut.
Umat Islam berpandu ayat ini dan ayat-ayat lain yang banyak sepatutnya mengepalai masyarakat dunia dalam menjuarai perjuangan menjaga alam sekitar.
Sebaliknya, di kalangan kita tidak menganggap perbincangan berhubung menjaga kebersihan alam dari pencemaran dan kekotoran sebahagian dari tuntutan Islam.
Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi s.a.w menyebut: Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka (riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Amaran dan doa Nabi agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan.
Pengkhianatan
Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka hukumannya adalah neraka. Al-Imam Abu Daud dalam kitab susunannya apabila ditanya mengenai maksud hadis ini menyatakan: Hadis ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya dalam neraka. (Abu Daud, Susunan Abi Daud 4/361, Beirut: Dar al- Fikr).
Demikian Nabi memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam tanpa sebab yang sah. Bukan sekadarnya kesalahan moral pada penilaian kesusilaan manusia, bahkan baginda memberi amaran dengan hukuman Allah pada hari akhirat nanti.
Jika hanya memotong pokok bidara yang membawa kemusnahan tempat berteduh manusia dan haiwan dihukum dosa dengan balasan demikian rupa, apatah lagi bagi yang memusnah ekosistem alam yang boleh membawa kemusnahan yang lebih besar. Bahkan mungkin memusnahkan manusia sejagat.
Maka mencemarkan alam pada penilaian Islam adalah satu kesalahan dari segi agama. Justeru, perjuangan memelihara alam adalah sebahagian dari perjuangan agama. Menyuruh manusia memelihara alam dan melarang mereka memusnahkannya adalah sebahagian dari kerja dakwah iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Malah penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik: Katanya: Sabda Rasulullah: Tidak ada seorang Muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para sahabat Nabi memahami dan mempraktikkan hal ini. Diriwayatkan, ada seorang yang bertemu sahabat Nabi yang masyhur iaitu Abu Darda’ ketika itu dia sedang menanam pohon. Kemudian lelaki itu bertanya kepada Abu Darda’: “Hai Abu Darda’! Mengapa engkau tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya?’’ Maka Abu Darda’ menjawab: “Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?”
Di mana perginya hadis-hadis yang seperti ini? Ramai umat Islam, sehingga golongan agama sekalipun gagal melihat kemuliaan usaha dan perjuangan memelihara alam sekitar. Padahal pada alam itulah tercatatnya tanda-tanda keagungan Allah dan rahmah-Nya kepada manusia.
Banyak ayat al-Quran menjelaskan hal ini. Namun kita tidak mengambil iktibar. Antara firman Allah dalam surah al-Fatir ayat 27-28: (maksudnya) Tidakkah Engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Ayat di atas menyatakan bahawa pemerhatian terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan membawa kepada rasa takutkan disebabkan ilmu pengetahuan tentang kebesaran Tuhan. Banyak ayat al-Quran sepatutnya menjadi motivasi untuk masyarakat Muslim menjadi masyarakat yang terbaik dalam pemeliharaan alam ciptaan Allah ini.
Saya begitu kagum apabila melawat New Zealand dan melihat keindahan alamnya. Apa yang lebih mengagumkan bagaimana disiplin masyarakatnya memelihara keindahan alam mereka. Mengapa tidak hal ini berlaku di dunia Islam secara menyeluruh?
Ustaz-ustaz selalu menyebut tentang dosa menyakiti hati jiran. Lalu mereka kaitkan dengan mengumpat atau mengutuk jiran tetangga. Sepatutnya perbahasan itu mesti diluaskan lagi di zaman kini. Membuang sampah dan kekotoran merata-rata juga termasuk dalam dosa.
Ia disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya; perbuatan tersebut telah melanggar arahan pemerintah dalam perkara kebaikan yang disuruh Islam untuk kita taat. Sabda Nabi: Ketaatan kepada pemerintah itu wajib, selagi tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila disuruh dalam perkara maksiat, maka tidak perlu dengar dan taat (Riwayat al-Bukhari).
Sikap pengotor itu juga menyakitkan hati orang lain tanpa sebab yang sah. Baginda Nabi menyebut: Takutlah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sahabat bertanya: Apakah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sabda baginda: Orang yang membuang najis di tengah jalan orang ramai atau tempat teduh mereka (Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani).
Perbuatan membuang air di tengah jalan boleh menyebabkan pembuatnya dilaknat orang ramai, maka baginda melarangnya. Dalam masyarakat yang hidup dalam keadaan teratur, perbuatan membuang sampah dan kekotoran merata-rata juga membawa kesan yang sama. Maka termasuk dalam larangan agama.
Malanglah, jika ini amaran Nabi dibaca tetapi ada orang Islam yang tidak tahu menggunakan tandas awam dengan baik sehingga menimbulkan kemarahan pengguna yang lain. Bahkan ada tandas masjid yang masih gagal untuk mematuhi ajaran Nabi. Bagaimana mungkin tamadun Islam hendak ditonjolkan?
Juga sangat memalukan, jika tempat-tempat awam dijadikan kawasan larangan merokok, namun ada masjid yang membenarkan ruangannya dijadikan tempat merokok ‘kelab jawatan kuasa’ dan penyokong-
penyokongnya. Bahkan disediakan pula kopi dan bekas abu rokok untuk perokok. Apakah masjid lebih rendah nilainya dari tempat awam?
Diharamkan
Merokok itu diharamkan oleh majoriti ulama moden kerana merosakkan diri, membazir dan menyakiti orang lain. Ia juga mencemarkan alam. Bau busuk mulut penghisap dan asap rokok yang membawa kemudaratan kepada orang lain.
Bagaimana mungkin masjid boleh membenarkan aktiviti yang sedemikian beraksi di dalamnya. Masjid wajib menjadi zon bebas rokok.
Baginda memberi arahan kepada mereka yang memakan bawang putih: Sesiapa yang memakan bawang putih, jangan dia menghampiri masjid kami (Riwayat al-Bukhari). Ini disebabkan baunya yang busuk dan mengganggu jemaah.
Demikian juga rokok dan penghisap rokok. Baunya yang busuk dan kesan pada penghisapnya mengganggu jemaah. Mereka sepatutnya selagi berbau – tidak menghadirkan diri ke masjid yang memerlukan persekitaran yang harmoni dan bersih.
Khazanah Islam begitu banyak mengajar kita menjadi umat yang berdisiplin dan bersih. Malangnya kita tidak mengkaji dan mematuhinya. Sedangkan semua arahan itu memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.
Namun apabila kita beragama secara sempit atau mungkin kita jahil tentang hakikat Islam ini, maka kita pun kagum dengan kesungguhan orang lain seperti pencinta-pencinta alam di Barat dan Timur memelihara kebajikan masyarakat manusia.
Kita lupa bahawa khazanah Islam kita telah lama mendahului hal ini. Sepatutnya dengan bekalan khazanah itu, kita mendahului manusia lain dalam memelihara keamanan dan kebajikan kehidupan alam. Namun, hal yang berlaku sebaliknya. Kita bukan sahaja tidak mengepalainya, bahkan kita tidak turut berjuang.
Lebih sedih kita memandang sepi usaha-usaha yang seperti itu dan tidak menganggap sebahagian daripada tuntutan agama.
* Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

11 May 2007
Thin client selenggara IT cara mudah
Selamat membaca..........
Thin client selenggara IT cara mudah
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
Pengkomputeran thin clients sememangnya diakui umum sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan beban penyelenggaraan komputer, menjimatkan kos serta meningkatkan mudah guna selain dari mesra pengguna.
Secara asasnya pendekatan di sebalik pengkomputeran thin clients sebenarnya amat mudah kerana kebiasaannya aplikasi dijalankan pada komputer peribadi berfungsi lengkap sebagai sebuah komputer (dikenali fat client).
Penyimpanan
Melalui pengkomputeran thin clients, kesemua pemprosesan dan penyimpanan maklumat di pusatkan ke komputer pelayan dengan itu pengguna-pengguna cuma perlu mempunyai terminal ringkas (dikenali sebagai thin client) untuk tujuan input-output yang dihubungkan ke komputer pelayan.
Konsep ini sebenarnya telah lama digunakan semasa teknologi mainframe dahulu dengan menggunakan video terminal atau dumb terminal.
Kenapa pengkomputeran thin client? Jawapannya cukup mudah kerana penggunaan cara itu berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di samping menjimatkan kos operasi jangka panjang.
Antara kelebihan-kelebihan penggunaan thin client ialah:
1) Ketahanan kepada perubahan - dengan permintaan yang mencabar dari aplikasi menyebabkan komputer peribadi mengalami pertukaran teknologi yang begitu cepat.
Ia boleh diatasi oleh thin client oleh kerana semua aktiviti aplikasi melibatkan pemprosesan dan data cuma berlaku di komputer pelayan.
Jelas di sini bahawa terminal thin client boleh bertahan jauh lebih lama tanpa penambahbaikan berbanding komputer peribadi.
2) Ketinggian reliabiliti - thin client amat ringkas tanpa sebarang komponen mekanikal (seperti cakera keras) di samping keperluan tenaga yang lebih rendah. Ini menjadikannya begitu lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa jauh lebih lama tanpa sebarang kerosakan.
Ia secara langsung boleh meningkatkan kadar penggunaan komputer.
3) Mudah diselenggara - thin client hampir tidak memerlukan sebarang penyelenggaran kerana ia lebih merupakan peranti input-output yang ringkas. Ia sama sekali tidak memerlukan sebarang tertentu untuk dijalankan atau diselenggara.
4) Mesra pengguna - thin client - amat mesra pengguna kerana ia boleh diaktifkan dan dimatikan dengan begitu cepat tanpa menganggu perjalanan keseluruhan sistem.
Aplikasi juga boleh dijalankan secara serentak oleh semua terminal thin client.
Pengguna tidak perlu memuatkan perisian pada terminal pengguna kerana kesemuanya tersedia melalui pelayan.
5) Menjimatkan kos - penjimatan kos merupakan tarikan utama terhadap penggunaan thin client. Daya tahan thin client amat tinggi terhadap perubahan teknologi dan memberikan perlindungan pelaburan tinggi kepada pengguna.
Kos penyelenggaraan pula jauh lebih rendah disebabkan komponennya yang lasak serta jarang sekali mengalami kerosakan.
Di samping itu thin client cuma memerlukan tenaga kurang dari 20 peratus berbanding komputer peribadi dan jelas ia menjimatkan bil tenaga elektrik.
Kesimpulannya, pengkomputeran thin client merupakan satu pilihan yang penting untuk dipertimbangkan di dalam perancangan strategik mana-mana organisasi.
Jika dilakukan secara betul, ia boleh memberikan penjimatan kos operasi amat ketara, meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping mengurangkan risiko-risiko berkaitan ICT.

05 May 2007
Jm Frozen
Selamat membaca..........
Jm Frozen
Hari ini aku ke JM Frozen, sebuah pasar mini di Bandar Baru Darul Aman, Tanah Merah Jitra, Kedah.. Ini bukanlah kali pertama aku mengunjunginya. Dalam sebulan biasanya aku mengunjunginya dua atau tiga kali. Aku berbangga kerana JM Frozen adalah perniagaan bangsaku Melayu. Aku berasa ingin menolong perniagaan bangsaku sekadar yang termampu. Sebab itulah apabila membeli keperluan dapur aku selalu ke Jm.
Kedudukannya memang tempat yang strategik , tetapi Jm Frozen bukanlah sebuah kedai yang mesra pelanggan. Keadaan dalam kedainya malap bagaikan tidak cukup cahaya. Tiada laluan untuk menolak troli ke kenderaan.Tidak menerima kad kredit untuk kemudahan pelanggan. Kadang-kadang pula pelanggan tercari-cari barang ditempat / rak biasa diletak tetapi tiada kerana telah diubah ke rak lain. Keadaan ini selalu berlaku. Masa pelanggan terbuang kerana terpaksa mencari diseluruh kedai jika tidak tidak bertanya kepada pengawal.
Tempat letak kenderaan didepan kedai bukan untuk pelaggan kerana “For Staff Only”. Strategi perniagaan begini nampaknya tidak bijak. Jika pelanggan meletak kenderaan dihadapan kedai lain tentulah mereka juga melihat iklan atau tarikan di kedai lain dalam perjalanan ke Jm. Nampak sangat Jm lebih mengutamakan “staf only” lebih dari menarik pelanggan.. Oleh itu tidak hairanlah jika kita ke Jm kebajikan pekerjanya amat memuaskan. Pekerjanya tidak sesibuk pekerja di pasaraya lain yang terpaksa melayan pelangan yang ramai. Di Jm staf kelihatan relex kerana pelanggan tidak ramai. Lebih ramai staf dari pelanggan. Apabila seseorang pelanggan masuk ke Jm seorang atau dua orang pengawal akan mengekori pelangan dalam jarak lima atau enam kaki dari pelangan. Pelanggan tentu merasa serba salah. Mungkin pada pandangan Jm setiap manusia yang melangkah masuk ke kedainya adalah pencuri yang mesti diawasi. Agaknya inilah sebabnya pelanggan malas masuk ke Jm. Mereka merasa diri mereka amat dicurigai sabagai pencuri besar.
Saya amat bersimpati dengan perniagaan melayu yang tidak bijaksana begini. Statistik peniaga peniaga melayu tidak bijak berniaga bertambah lagi jika keadaan ini berterusan.
Jika mahu bersaing dengan prniagaan lain ubahlah corak perniagaan. Yang penting adalah pelanggan bukan pekerja. Jadilah perniagaan yang mesra pelanggan. Elak pelanggan merasa diri mereka diawasi sebagai pencuri. Perhatikan jauh-jauh. Jika seseorang pelanggan itu pernah ada rekod mencuri barulah diawasi betu-betul. Awasilah pada pelanggan yang pernah ada rekod saja. Jangan awasi semua pelanggan supaya mereka tidak berkecil hati.
Kalau setiap pelanggan merasa tidak dipercayai tentu dia akan pergi ketempat yang dirinya dihargai.
Ini adalah pandangan jujur dari saya.

21 April 2007
Tugas
Tugas yang dalam perancangan
1. Lihat dan baiki troli tahun 1 (3 troli)
2. Komputer Sabrina
3. Pindahkan screen ( Banci peralata & bahan yang hendak digunakan)
Dari ????? ke tahun 2s
Dari bilik Jqaf ke tahun 5s
Dari Dewan Terbuka ke Tahun 5s
5. Beli almari untuk Makmal Komputer
6. Kumpul bahan untuk Profil sekolah
7. Kemaskini Laman web sekolah.
8. Buat program untuk mengisi markah peperiksaan
9. Menyediakan pendaftaran guru mengambil peperiksaan ptk (Isi data, print, hantar pda guru-guru untuk t.tangan, hantar kepada guru besar untuk t.tangan,hantar kepada PPD).
10.Penyediaan Data HEM
11.Hantar email ke sekola-sekolah daerah K Pasu untuk membanci kursus yang diperlukan oleh penyelaras makmal komputer.

Subscribe to:
Posts (Atom)