Selamat membaca..........
Persoalan Agama: Menangani gangguan syaitan ikut syarak
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
SEJAK akhir-akhir ini semakin ramai mengakui bomoh dan mampu mengelak serta menghalau gangguan di rumah. Terus terang, saya sendiri tidak berapa yakin kerana bimbang ilmu diamalkan bertentangan dengan syarak. Persoalan saya, apakah ada sebarang petua yang boleh diamalkan bagi 'mendinding' rumah daripada gangguan seperti ini. Bapa prihatin, Seremban
Jawapan:
MEMANDANGKAN soalan ini berkaitan dengan alam yang lain, yang tidak dapat diterangkan secara eksperimen dan berkaitan dengan jin syaitan adalah baik bagi kita mengkaji asal usul gangguan itu sendiri.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran menceritakan mengenai hakikat gangguan syaitan, contohnya surah al-Hijr ayat 33-42 , maksudnya: Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya." Allah SWT berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau daripada sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus sehingga ke hari kiamat.". Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)." Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari – masa yang termaklum." Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau sudah menjadikanku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat Adam itu hamba-Mu yang dibersihkan daripada sebarang syirik." Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu daripada orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Bagi kalangan pentafsir al-Quran, contohnya Ibn Kathir dalam Sahih tafsir Ibn Kathir, menjelaskan apa yang kita dapat pelajari daripada ayat ini bahawa iblis sudah berazam untuk mengganggu dan menyesatkan manusia hingga menyebabkan mereka mencintai melakukan maksiat serta menyebabkan mereka merasai gelisah. (Lihat Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir, cetakan Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, jilid 5, hlm 107-108 )
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, kerja iblis ialah untuk menghancurkan manusia, bahkan syaitan yang berupaya menyebabkan perceraian antara suami isteri adalah syaitan yang paling disayangi oleh ketuanya, iblis. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis membina singgahsana di atas air lalu mengutuskan bala tenteranya, maka yang paling tinggi kedudukannya di sisinya ialah yang paling teruk fitnahnya. Maka akan datanglah seseorang mereka lalu melaporkan kepada iblis aktivitinya, bahawa aku telah melakukan sekian sekian, lantas jawapan iblis, tidak kau tidak buat apa-apa! Kemudian datang yang berikutnya mengatakan aku tidak tinggalkan urusanku sampai aku menyebabkan mereka bercerai-berai suami dan isterinya! Jawab Iblis: Ya, mari sini duduk dekat denganku! Engkaulah yang aku hendak! Ada banyak ayat lain dan hadis daripada pelbagai sumber yang menunjukkan gangguan syaitan kepada manusia, termasuklah usahanya mencucuk perut bayi yang masih kecil untuk menyakitinya supaya ayah dan ibu bayi itu terganggu sehingga mereka tidak dapat tidur dan terlepas solat Subuh. Dalam perkembangan yang lain pula, mereka akan pergi mendapatkan anjuran dan rawatan golongan ahli sihir. Lantaran itu Nabi SAW membacakan doa pelindung "U'izukuma bikalimatilLahit tammati min kulli syaitanin wa hammah, wamin kulli ainin lammah" yang bermaksud: "Aku mohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna buat kamu berdua (Hasan dan Husin) daripada gangguan syaitan dan binatang bahaya dan daripada pandangan mata yang jahat. Munajat ini dipanjatkan oleh Nabi buat kedua cucu Baginda Hasan dan Husin daripada gangguan syaitan. Ini sebagai satu saranan buat ibu bapa agar sentiasa mendapatkan perlindungan Allah SWT dalam menghadapi kerenah gangguan makhluk halus. Cuma menghadapi gangguan makhluk halus yang terdiri daripada jin dan syaitan ini, manusia terbahagi kepada dua iaitu yang bersabar lalu berusaha mendapatkan rawatan yang dibenarkan dalam perspektif syarak dan yang kedua, yang mencari penyelesaian menerusi bomoh, pawang , dukun dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang bermaksudnya: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh lalu membenarkan kata-katanya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi SAW (Riwayat Ahmad no 9784 , Abu Daud no 3904 ) Sebenarnya bagi menghadapi gangguan syaitan dan jin ini, Nabi saw sudah meninggalkan bekal yang amat mujarab yang akan memberikan kesan paling maksimum kepada gangguan itu sendiri iaitu (sila rujuk Perisai Muslim, terjemahan Dr Ab Basit hlm 120, cetakan Telagabiru Sdn Bhd): 1. Mengucapkan ta'awwuz iaitu A'uzubilLahi minassyaitanirrajim. 2. Melaungkan azan jika gangguan itu berlaku di hadapan kita contohnya histeria. 3. Membacakan ayatul Kursi dan zikir yang nabi ajarkan. Cuma masalah timbul adalah keberkesanan bacaan ini apabila dilakukan mereka yang kurang amalan. Cantiknya bandingan yang dikemukakan Ibnul Jawzi dalam Talbis Iblis ialah orang yang tidak beramal ini bandingan-nya seperti seorang yang tidak biasa bermain senjata. Kelak apabila dia terpaksa menggunakan senjata maka dia akan menghadapi masalah kerana tidak berlatih menggunakannya. Demikian apabila Muslim tidak biasa beramal dengan amalan ma`thur ini dibimbangi baca-annya ketika ditimpa musibah itu tidak akan berkesan. Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu hendaklah menemui orang salih yang berkeahlian untuk menangani gangguan itu. Jangan sesekali mendampingi orang yang disangka ahli padahal dia memakan harta manusia teraniaya secara zalim. Carilah penyelesaian menurut jalan yang dibenarkan oleh syarak, sekalipun ia memerlukan jalan yang agak panjang, kerana matlamat kita adalah mencari keredaan Allah SWT, bukan semata-mata untuk bebas dari ujian yang ditakdirkan berlaku untuk keampunan dosa, tapi menyebabkan kita derhaka. Bagi yang ditimpa gangguan, anggaplah ia adalah ujian untuk penghapusan dosa dan usahakan mencari rawatan yang dibenarkan syarak dengan merujuk kepada ustaz, imam dan ahli agama sebelum kita berjumpa dengan pawang atau bomoh. Persoalan Agama: Menangani gangguan syaitan ikut syarak
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
SEJAK akhir-akhir ini semakin ramai mengakui bomoh dan mampu mengelak serta menghalau gangguan di rumah. Terus terang, saya sendiri tidak berapa yakin kerana bimbang ilmu diamalkan bertentangan dengan syarak. Persoalan saya, apakah ada sebarang petua yang boleh diamalkan bagi 'mendinding' rumah daripada gangguan seperti ini. Bapa prihatin, Seremban MEMANDANGKAN soalan ini berkaitan dengan alam yang lain, yang tidak dapat diterangkan secara eksperimen dan berkaitan dengan jin syaitan adalah baik bagi kita mengkaji asal usul gangguan itu sendiri.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran menceritakan mengenai hakikat gangguan syaitan, contohnya surah al-Hijr ayat 33-42 , maksudnya: Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya." Allah SWT berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau daripada sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus sehingga ke hari kiamat.". Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)." Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari – masa yang termaklum." Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau sudah menjadikanku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat Adam itu hamba-Mu yang dibersihkan daripada sebarang syirik." Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu daripada orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Bagi kalangan pentafsir al-Quran, contohnya Ibn Kathir dalam Sahih tafsir Ibn Kathir, menjelaskan apa yang kita dapat pelajari daripada ayat ini bahawa iblis sudah berazam untuk mengganggu dan menyesatkan manusia hingga menyebabkan mereka mencintai melakukan maksiat serta menyebabkan mereka merasai gelisah. (Lihat Terjemahan Sahih Tafsir Ibn Kathir, cetakan Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, jilid 5, hlm 107-108 )
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, kerja iblis ialah untuk menghancurkan manusia, bahkan syaitan yang berupaya menyebabkan perceraian antara suami isteri adalah syaitan yang paling disayangi oleh ketuanya, iblis. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis membina singgahsana di atas air lalu mengutuskan bala tenteranya, maka yang paling tinggi kedudukannya di sisinya ialah yang paling teruk fitnahnya. Maka akan datanglah seseorang mereka lalu melaporkan kepada iblis aktivitinya, bahawa aku telah melakukan sekian sekian, lantas jawapan iblis, tidak kau tidak buat apa-apa! Kemudian datang yang berikutnya mengatakan aku tidak tinggalkan urusanku sampai aku menyebabkan mereka bercerai-berai suami dan isterinya! Jawab Iblis: Ya, mari sini duduk dekat denganku! Engkaulah yang aku hendak! Ada banyak ayat lain dan hadis daripada pelbagai sumber yang menunjukkan gangguan syaitan kepada manusia, termasuklah usahanya mencucuk perut bayi yang masih kecil untuk menyakitinya supaya ayah dan ibu bayi itu terganggu sehingga mereka tidak dapat tidur dan terlepas solat Subuh. Dalam perkembangan yang lain pula, mereka akan pergi mendapatkan anjuran dan rawatan golongan ahli sihir. Lantaran itu Nabi SAW membacakan doa pelindung "U'izukuma bikalimatilLahit tammati min kulli syaitanin wa hammah, wamin kulli ainin lammah" yang bermaksud: "Aku mohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna buat kamu berdua (Hasan dan Husin) daripada gangguan syaitan dan binatang bahaya dan daripada pandangan mata yang jahat. Munajat ini dipanjatkan oleh Nabi buat kedua cucu Baginda Hasan dan Husin daripada gangguan syaitan. Ini sebagai satu saranan buat ibu bapa agar sentiasa mendapatkan perlindungan Allah SWT dalam menghadapi kerenah gangguan makhluk halus. Cuma menghadapi gangguan makhluk halus yang terdiri daripada jin dan syaitan ini, manusia terbahagi kepada dua iaitu yang bersabar lalu berusaha mendapatkan rawatan yang dibenarkan dalam perspektif syarak dan yang kedua, yang mencari penyelesaian menerusi bomoh, pawang , dukun dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang bermaksudnya: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh lalu membenarkan kata-katanya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi SAW (Riwayat Ahmad no 9784 , Abu Daud no 3904 ) Sebenarnya bagi menghadapi gangguan syaitan dan jin ini, Nabi saw sudah meninggalkan bekal yang amat mujarab yang akan memberikan kesan paling maksimum kepada gangguan itu sendiri iaitu (sila rujuk Perisai Muslim, terjemahan Dr Ab Basit hlm 120, cetakan Telagabiru Sdn Bhd): 1. Mengucapkan ta'awwuz iaitu A'uzubilLahi minassyaitanirrajim. 2. Melaungkan azan jika gangguan itu berlaku di hadapan kita contohnya histeria. 3. Membacakan ayatul Kursi dan zikir yang nabi ajarkan. Cuma masalah timbul adalah keberkesanan bacaan ini apabila dilakukan mereka yang kurang amalan. Cantiknya bandingan yang dikemukakan Ibnul Jawzi dalam Talbis Iblis ialah orang yang tidak beramal ini bandingan-nya seperti seorang yang tidak biasa bermain senjata. Kelak apabila dia terpaksa menggunakan senjata maka dia akan menghadapi masalah kerana tidak berlatih menggunakannya. Demikian apabila Muslim tidak biasa beramal dengan amalan ma`thur ini dibimbangi baca-annya ketika ditimpa musibah itu tidak akan berkesan. Apabila keadaan ini berlaku, seseorang itu hendaklah menemui orang salih yang berkeahlian untuk menangani gangguan itu. Jangan sesekali mendampingi orang yang disangka ahli padahal dia memakan harta manusia teraniaya secara zalim. Carilah penyelesaian menurut jalan yang dibenarkan oleh syarak, sekalipun ia memerlukan jalan yang agak panjang, kerana matlamat kita adalah mencari keredaan Allah SWT, bukan semata-mata untuk bebas dari ujian yang ditakdirkan berlaku untuk keampunan dosa, tapi menyebabkan kita derhaka. Bagi yang ditimpa gangguan, anggaplah ia adalah ujian untuk penghapusan dosa dan usahakan mencari rawatan yang dibenarkan syarak dengan merujuk kepada ustaz, imam dan ahli agama sebelum kita berjumpa dengan pawang atau bomoh.
No comments:
Post a Comment