Selamat membaca..........
Kedutaan kita di Seoul main tarik tali
Oleh Siti Nurbaiyah nadzmi
Permintaan hantar Mariam pulang ke Malaysia ditolak walaupun dibiayai dermawan KoreaSambungan minggu laluPADA Selasa, jam 3.30 petang, Park menelefon saya, katanya upacara pembakaran mayat yang sepatutnya dijalankan jam 11 pagi tadi tergendala apabila pegawai pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan jenazah Mariam akan dibawa pulang ke Malaysia. “Tetapi mereka tidak tetapkan masa dan kami tak tahu sama ada ia berjaya atau tidak dan mayat Mariam masih di gereja,” kata Park mengenai kekaburan situasi keluarga yang tidak tahu kedudukan sebenar jenazah Mariam. Park mendraf surat yang menyatakan bahawa Ji membenarkan jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia untuk dituntut Jelani. Surat itu ditandatangani Ji dan diserahkan dengan tangan ke pejabat kedutaan pada jam 1.30 tengah hari waktu tempatan. Park meminta saya bersimpati dengan kedua-dua keluarga Mariam di Seoul dan Kota Tinggi untuk mengesahkan apa yang telah berlaku. Saya mendapat tahu Kohilan (Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay) memaklumkan bahawa Wisma Putra tiada kuasa untuk membawa pulang Mariam kerana arwah sudah melucutkan kewarganegaraannya pada akhir 2007 dan permohonannya diluluskan pada awal tahun lalu. Bingung saya dibuatnya. Bagaimana mungkin Mariam melepaskan pasportnya pada tahun sama beliau mendapatnya dan selepas menunggu selama 64 tahun? Siapakah yang meracuni fikiran nenek itu untuk melepaskan hak kerakyatannya? Jika benar, mengapakah beliau masih ingin pulang ke tanah ini tiga bulan lalu? Park menelefon saya lagi pada pagi Rabu, kali ini suaranya lebih ceria. Sister Seraphina, seorang biarawati yang bertanggungjawab memperkenalkan Park pada Mariam dan menjaga Mariam sebelum dia dipindahkan ke rumah warga tua, menghubungi seorang profesor di Suwon University yang pakar dalam menguruskan jenazah ke luar negara. Park meminta saya menghubungi Jelani sekiranya mereka bersedia menuntut jenazah Mariam. “Kami sedia membatalkan perkhidmatan pengebumian (bakar mayat) pada Jumaat, jam 3 petang,” katanya berharap supaya upacara pembakaran mayat kali kedua itu tidak menjadi kenyataan. Petang itu harapan untuk Mariam kembali ke tanah air menjadi semakin cerah, tetapi sekali lagi Wisma Putra bermain tarik tali dengan keluarga Mariam. Pagi Khamis, 36 jam sebelum upacara pembakaran, saya menelefon Park untuk bertanyakan perkembangan dan terkejut apabila diberitahu pejabat kedutaan menolak mentah-mentah permintaan untuk menghantar Mariam pulang, walaupun kali ini Mariam akan pulang sebagai rakyat Korea, dibiayai oleh dermawan Korea dan diuruskan oleh Kerajaan Korea. Apa lagi yang tak kena? Fikir saya. Jelani yang semakin buntu tidak berdaya untuk berniaga hari itu kerana amat runsing. “Saya tak taulah Baiyah. Tak tau nak fikir apa lagi. Balik ke tidak mak saya ni?” katanya dengan suara perlahan dan tersekat-sekat. Saya tidak sampai hati untuk memberitahunya betapa genting keadaan ketika itu. Pada hari sama seorang teman sekerja menelefon saya dan menasihati supaya tidak berputus harap. Beliau berbisik “Telefon Maij.” Belum sempat saya berbuat demikian, saya dihubungi seorang ustaz daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij), yang bertanya dengan panjang lebar mengenai upacara pembakaran mayat Mariam. Akhir sekali beliau bertanya kepada saya status agama Mariam. “Bagi saya beliau seorang Islam,” kata saya, lalu menerangkan saya pernah mendengar Mariam membaca Al-Fatihah dan mengucap, walaupun pelat, tetapi penuh yakin ketika menemuinya di Seoul dua tahun lalu. Memang benar Mariam bernikah dengan Cho See Won, lelaki yang membawanya ke Hampyoeung selepas Perang Dunia Kedua dan dibaptiskan dalam gereja Roman Katolik, tetapi itulah hakikat masyarakat Korea pada zaman 40-an. Mariam tidak punya pilihan, dalam pada itu beliau menegaskan kepada saya tidak pernah makan daging anjing atau babi seperti diamalkan keluarga Cho dan masyarakat di situ. Sepanjang pertemuan saya dengan Mariam dua tahun lalu, beliau tidak pernah memakai salib atau mengaku menganut agama itu. Panjang lebar penjelasan saya dan ustaz berkenaan mendengar dengan teliti. “Kalau kita nak ikutkan amalan, berapa sangat yang layak dikebumikan cara Islam.” Tidak lama kemudian saya dihubungi seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut mahu mendengar penjelasan saya mengenai Mariam (beliau meminta saya tidak menyebut namanya). Selepas itu Kadi Kota Tinggi, Taufik Shamsuddin pula menelefon untuk mendapat penjelasan sama. Ketiga-tiga sumber saya ini tidak saya kenali sebelum ini dan daripada perbualan telefon dengan mereka petang Khamis itu, jelaslah Jakim dan Maij tidak meragui status agama Mariam dan secara senyap-senyap berusaha membawa pulang Mariam. Selepas berbuka puasa, saya menerima e-mel menyayat hati daripada Park. Katanya, dia sudah berada di hujung segala usaha kerana pejabat Kedutaan Malaysia enggan bekerjasama dan profesor itu tidak akan mengawet jenazah Mariam kerana bimbangkan implikasi negatif hubungan antara dua negara. Park berharap sepenuhnya pada saya untuk memujuk Kerajaan Malaysia untuk membawa Mariam pulang: “Tolonglah, tunjukkan saya keajaiban (boleh membawa mayat Mariam pulang. ”Apakah Park sudah hilang akal? Saya bukan nabi yang dikurniakan mukjizat untuk mencipta keajaiban. Yang mampu saya lakukan ketika itu hanyalah menyebut nama Allah untuk memberi saya jalan dan ilham tindakan selanjutnya. Saya mendapatkan wartawan Berita Harian, Nazura Ngah untuk bertanya perkembangan pada hari itu. Katanya, Kohilan berkata, tiada masalah untuk Mariam pulang. Mengapa bercanggah sekali kenyataan ini? Tidak dapat tidak, saya nekad menelefon Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada jam sudah 10.30 malam, hanya tinggal 17 jam lagi sebelum mayat dibakar. Selama setengah jam Anifah menjelaskan kepada saya prosedur penghantaran yang rumit dengan urusan surat-menyurat dan dokumen. Saya mendengar dan sesekali bertanya balas, misi saya cuma satu untuk meminta Anifah berlembut hati supaya memudahkan urusan Mariam. “Bukan saya tidak berhati perut, saya juga orang Islam, tetapi surat-surat ini penting. Kita tidak boleh emosi. Tanpa surat pelepasan daripada keluarga di Seoul kita boleh dituduh menculik jenazah Mariam. Dah tentu ini akan memberi impak kepada hubungan Malaysia dan Korea Selatan.” Tiba-tiba dia bertanya: “Apa kaitan awak dengan keluarga Mariam?” “Saya wartawan, ini tugasan saya.” Anifah memberi jaminan untuk membantu membawa pulang Mariam dengan syarat saya perlu mendapatkan surat tuntutan daripada waris di Kota Tinggi dan surat pelepasan daripada waris Mariam di Seoul dan die-melkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman pada malam itu juga. Nazura dengan segera mengarang surat itu, hanya menunggu alamat dan panggilan telefon daripada pegawai kementerian. Kami tidak menghubungi Jelani untuk meminta kebenarannya untuk menghantar surat itu kerana jelas beliau ingin ibunya dibawa pulang. Pada jam 11.15 malam, Park menelefon saya dan saya mendapat tahu surat pelepasan itu sudah diserahkan pada pejabat kedutaan pada Selasa. - Bersambung
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
Resolusi anda sekarang adalah 800x600. Sila tukar resolusi anda untuk dapatkan paparan laman web terbaik!
Tujuan
Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.
27 September 2009
20 September 2009
'Kepulangan' Mariam ke tanah air penuh rintangan
Selamat membaca..........
'Kepulangan' Mariam ke tanah air penuh rintangan
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmibminggu@bharian.com.my
PADA petang 6 September 2009 yang gerimis, jam 5 petang, saya menerima panggilan telefon daripada Jamil Onn, Pasir Gudang Johor Baru yang tenang menyampaikan berita, neneknya Mariam Johari sudah menghembuskan nafas terakhirnya di Seoul. Saya lantas menghubungi Ibrahim Isa, wartawan Harian Metro yang turut sama menjejak Mariam dan keluarganya dua tahun lalu di Kota Tinggi dan Plentong. Beliau sudah maklum perkara itu dan kami berbincang tindakan selanjutnya. Saya juga menelefon wartawan kanan Berita Harian, Khirul Bahri Basaruddin, yang terbabit secara langsung ketika Ibrahim, saya dan Azida Shaharuddin (wartawan Berita Harian) membuat liputan Mariam hingga ke Seoul dua tahun lalu, dan seterusnya saya memaklumkan meja berita New Straits Times di Kuala Lumpur untuk tujuan liputan.
Panggilan terakhir petang itu ialah kepada Sheridan Mahavera, bekas ketua biro Johor Bahru ketika saya membuat liputan Mariam dua tahun lalu sebelum kami bertukar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Beliau mengetahui perbualan saya dengan Jelani Sonni, anak lelaki Mariam tiga bulan lalu mengenai niat ibunya yang ingin pulang ke Malaysia untuk selama-lamanya. Tiada sesiapapun yang dapat meneka apakah yang berlingkar di benak Mariam ketika kakinya melangkah keluar dari bendul tangga selepas mengucup anak bongsunya Jamnah Sonni sambil berulang kali menjanjikannya biskut enak dari Korea untuk anaknya itu. Janjinya pada anak montel itu pemergiannya hanya tiga bulan dan dia akan pulang semula ke Malaysia.
Dia hanya pulang 64 tahun selepas itu bagi memenuhi janjinya pada Jamnah membawa biskut enak dari Korea ke Kampung Seluyut. Kepulangan Mariam, 86, menjenguk anaknya ke Kota Tinggi pada September 2007, hanya untuk 10 hari dan beliau kembali ke Seoul sehari sebelum Ramadan. Pemandu bas, Ji Yong Un walaupun anak tiri, tetapi itulah anak yang dibelanya sejak kecil, dan kini anak itu jugalah menanggung segala makan minumnya. Hujung Mei lalu, Mariam jatuh sakit lalu menelefon Jelani di Kota Tinggi dan mereka berbual melalui seorang jurubahasa. Mariam menyatakan permintaannya untuk pulang ke tanah kelahirannya untuk selama-lamanya. Beliau ingin dikuburkan di kampung anaknya. Jelani terpempan, soalnya bagaimana? Beliau hanya penjaja kuih, tetapi ibunya mesti dibawa pulang. Biar apapun tohmahan bakal dilontar padanya beliau akan mencari jalan, maka beliau berjanji pada ibu untuk membawanya pulang.
Pada jam 10.30 malam, 6 September, saya menerima panggilan daripada Seo Kyu Won, pegawai kedutaan Korea di Kuala Lumpur, orang pertama berhubungan dengan saya mengenai Mariam dua tahun lalu. Katanya, Mariam mati dalam keadaan tenang di hospital ditemani orang yang dikasihinya anak tirinya Ji Yong Un dan penerbit dokumentari Korean Broadcasting System, Park Keon Young selain Mariam meninggalkan wasiat mahu ditanam sebagai seorang Kristian. Saya hanya mendengar, menerima tidak, menolak pun tidak. Beliau meminta saya menelefon Park jika ingin mengetahui lebih mendalam perkara itu. Saya menggagahkan diri untuk menelefon Park dan beliau menjawab panggilan saya walaupun pada ketika itu sudah jam 11 malam dan tengah malam waktu Seoul. Dalam pelat Korea dan bahasa pasar Inggerisnya, Park memberitahu mayat Mariam akan dibakar pada pagi Selasa (8 September), walaupun sebenarnya Mariam meminta untuk dikebumikan sama ada di Seoul atau di Malaysia. Perbualan kami ringkas dan melalui Park saya mendapati percanggahan maklumat iaitu pertama, Mariam mati bersendirian di sebuah rumah orang tua, kedua, Mariam yang buta huruf itu tidak meninggalkan apa-apa wasiat bertulis yang sah di sisi undang-undang. Menyirap darah saya membaca kepala tajuk muka depan Berita Harian keesokan harinya yang menyebut wasiat Mariam yang mahu ditanam sebagai Kristian dan disokong melalui kenyataan Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay kewujudan wasiat itu. Bukan saya seorang saja yang berasa demikian, malah Ibrahim dan Azida yang menulis berita itu sendiri tidak puas hati. Walaupun kami bertiga berada di lokasi yang berbeza masing-masing berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isu wasiat ini. Azida yang bertugas di biro Johor Bahru berasa ada masalah lain yang lebih utama untuk diselesaikan menemui Jelani di bazar Ramadan Taman Kota Jaya untuk bertanya apakah yang beliau inginkan pada saat itu. Jelani dengan suara yang tersekat-sekat memberitahu Azida meminta jenazah ibunya tidak dibakar dan dihantar pulang dengan segera dan di bazar Ramadan itu jugalah Azida menelefon Wisma Putra bertanya prosedur membawa pulang jenazah Mariam. Dua perkara diminta Wisma Putra ialah kos penghantaran yang harus dibiayai keluarga sebanyak RM11,000 dan surat rasmi berdaftar tuntutan waris. Umpama meminta bulan dan bintang, mustahil surat dan wang dapat dicari dalam masa sejam dua, sedangkan jenazah Mariam akan dibakar esok paginya. Azida merayu Wisma Putra untuk menerima surat yang difakskan. Dalam kesibukan di bazar, anak perempuan Jelani bergegas membeli kertas A4 dan Azida membantu Jelani menderaf surat rasmi, lalu ditandatangani Jelani dalam tulisan jawi. Azida bergegas menumpang sebuah pejabat berdekatan untuk menghantar surat itu melalui mesin faks. Pada masa sama, beliau menghubungi seorang selebriti yang berjanji untuk membantu keluarga Mariam dalam urusan membawa pulang jenazah, (atas permintaan selebriti yang tidak mahu dikenali, saya menggunakan nama samaran Kat). Ketika itu sudah jam 4 petang, Kat bergegas mengeluarkan wang dari ATM dan bergegas dari Shah Alam ke pejabat Wisma Putra di Putra Jaya. Sesampainya di sana pegawai itu kurang pasti apa yang harus dilakukan dengan wang tunai RM11,000 itu. Penolong Setiausaha Bahagian Konsular, Nor Azwa Azreen Abdul Aziz kemudian menyuruh Kat supaya pulang saja dan datang lagi bila diminta. Kata Kat kepada saya, beliau terpinga-pinga dengan sikap selamba pegawai Wisma Putra. Pada Selasa, jam 3.30 petang Park menelefon saya, katanya upacara pembakaran mayat yang sepatutnya dijalankan jam 11 pagi tadi tergendala apabila pegawai pejabat Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan jenazah Mariam akan dibawa pulang ke Malaysia. "Tetapi mereka tidak tetapkan masa dan kami tak tahu sama ada ia berjaya atau tidak dan mayat Mariam masih di gereja," kata Park mengenai kekaburan situasi keluarga yang tidak tahu kedudukan sebenar jenazah Mariam. Park menderaf sepucuk surat yang menyatakan bahawa Ji membenarkan jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia untuk dituntut oleh Jelani. Surat itu ditandatangani Ji dan diserahkan dengan tangan ke pejabat kedutaan pada jam 1.30 tengah hari waktu tempatan. Park meminta saya bersimpati dengan kedua-dua keluarga Mariam di Seoul dan Kota Tinggi untuk mengesahkan apa yang berlaku. Saya mendapat tahu bahawa Kohilan memaklumkan bahawa Wisma Putra tiada kuasa untuk membawa pulang Mariam kerana arwah sudah melucutkan kewarganegaraannya pada akhir 2007 dan permohonannya diluluskan pada awal tahun lalu. Bingung saya dibuatnya. Bagaimana mungkin Mariam melepaskan pasportnya pada tahun sama beliau mendapatnya dan selepas menunggu selama 64 tahun? Siapakah yang meracuni fikiran nenek itu untuk melepaskan hak kerakyatannya? Dan jika benar, mengapakah beliau masih ingin pulang ke tanah ini tiga bulan lalu? Park menelefon saya lagi pada pagi Rabu, kali ini suaranya lebih ceria. Sister Seraphina, seorang biarawati yang bertanggungjawab memperkenalkan Park pada Mariam dan menjaga Mariam sebelum dia dipindahkan ke rumah warga tua, menghubungi seorang profesor di Suwon University yang pakar dalam menguruskan jenazah ke luar negara. Park meminta saya menghubungi Jelani sekiranya mereka bersedia menuntut jenazah Mariam. "Kami sedia membatalkan perkhidmatan pengebumian (bakar mayat) pada Jumaat, jam 3 petang," katanya berharap supaya upacara pembakaran mayat kali kedua itu tidak menjadi kenyataan. Petang itu harapan untuk Mariam kembali ke tanah air menjadi semakin cerah, tetapi sekali lagi Wisma Putra bermain tarik tali dengan keluarga Mariam. Pagi Khamis, 36 jam sebelum upacara pembakaran, saya menelefon Park untuk bertanyakan perkembangan dan terkejut apabila diberitahu pejabat kedutaan menolak mentah-mentah permintaan untuk menghantar Mariam pulang, walaupun kali ini Mariam akan pulang sebagai rakyat Korea, dibiayai oleh dermawan Korea dan diuruskan oleh kerajaan Korea. Apa lagi yang tak kena? Fikir saya. Pada hari sama seorang teman sekerja menelefon saya dan menasihati supaya tidak berputus harap.
Beliau berbisik "Telefon MAIJ." �
Bersambung (Minggu depan: Kedutaan Malaysia di Seoul tidak memberi kerjasama, termasuk enggan mengesahkan mayat Mariam akan dibawa balik ke Malaysia)
Solat sunat Aidilfitri berjemaah amat dituntut
Selamat membaca..........
Persoalan Agama: Solat sunat Aidilfitri berjemaah amat dituntut
BOLEHKAH ustaz memberi penjelasan mengenai sambutan Aidilfitri seperti ditetapkan agama kita? Selain saling bermaafan, apakah lagi bentuk amalan lain yang boleh dilakukan? Bagaimana dengan amalan menitikberatkan soal pemberian duit raya yang keterlaluan, sehingga meneng-gelamkan maksud Syawal yang sebenarnya. Apakah hukum memberi duit raya mengikut Islam?
INGIN TAHU,Alor Setar, Kedah.
MENGKAJI sejarah Aidilfitri dan Aidiladha, ulama hadis menerangkan sebuah riwayat dari Anas bin Malik, apabila Nabi SAW sampai ke Madinah, orang-orang Ansar merayakan dua hari perayaan iaitu Nairus dan Mahrajan. Menurut penjelasan dari kitab Aunul Ma’bud kedua-dua hari mereka bergembira ini ditetapkan oleh pihak berkuasa pada masa itu. Lalu Nabi SAW dengan wahyu dari Allah SWT sudah menukarkan kedua-duanya kepada Aidilfitri dan Aidiladha. Nabi bersabda yang bermaksud: “Aku datang kepadamu sedangkan kamu menyambut dua hari raya yang menjadi hari kamu bergembira pada zaman jahiliah, maka Allah SWT sudah menggantikannya kedua-duanya dengan Aidilfitri dan Aidiladha.”Menurut Syeikh Ahmad Ab Rahman al-Banna, maksud gantian ini disyariatkan oleh Allah SWT kerana kedua-duanya berkaitan secara langsung selepas pelaksanaan dua rukun Islam yang penting iaitu ibadat puasa selama sebulan sepanjang Ramadan dan haji yang dilakukan pada waktunya. Penetapan ini turut mengambil kira kecenderungan hamba-Nya yang gemar bergembira, maka dianugerahkan kegembiraan itu. Anugerah itu diberikan selepas berusaha sedaya upaya mentaati-Nya. Dalam hadis yang lain yang turut mengukuhkan aspirasi raya sebagai suatu kegembiraan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi setiap Muslim yang berpuasa baginya dua kegembiraan iaitu kegembiraan bila dia berbuka dan kegembiraan bertemu dengan Allah SWT (Riwayat Muslim). Maksud berbuka dalam maksud yang lebih luas seperti yang difahami sebahagian ulama adalah berhari Raya.Antara amalan yang menjadi amalan Nabi SAW dalam menyambut hari raya adalah seperti berikut:l Menghadiri Solat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan mendengar khutbah. Al-Imam al-Syaukani menjelaskan dalam Nailul Awtar, Nabi SAW sentiasa mengerjakan solat sunat berkenaan dan tidak pernah meninggalkannya. Malah baginda telah memerintahkan umatnya untuk mengerjakannya, termasuk hamba dan wanita yang haid pun digalakkan untuk menyaksikan solat itu dikerjakan oleh umat Islam.l Mandi sebelum solat Sunat Aidilfitri. Menurut Said bin al-Musayyib mengatakan, sunnah sebelum solat itu ia merangkumi tiga perkara iaitu mandi sebelum solat sunat Aidilfitri, makan sebelum pergi solat dan pergi dengan berjalan kaki. (Riwayat al-Firyabi dengan sanad yang sahih seperti yang dijelaskan dalam Irwaul Ghalil)l Berhias diri dengan cara yang dibenarkan tanpa mendedahkan aurat dan memakai pakaian dari buatan yang diharamkan. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathil Bari bahawa sahabat seperti Ibn Umar akan memakai pakaian yang paling baik pada hari Aidilfitri dan Aidiladha. Maka menjadi suatu yang dituntut agar umat Islam memakai pakaian yang elok pada kedua hari ini. Bagaimanapun hendaklah dijauhi pakaian-pakaian yang dibuat dari bahan yang haram seperti sutera kerana dalam sebuah hadis yang lain apabila Umar memberikan untuk nabi pakaian dari sutera untuk dipakai pada hari Raya, maka Nabi SAW dengan tegasnya bersabda: “Pakaian ini adalah pakaian untuk orang yang tidak berakhlak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).l Makan sedikit sebelum pergi ke tempat solat. Perkara ini berdasarkan sebuah hadis sahih dari Anas, bahawa Nabi SAW tidak akan berangkat ke tempat solat pada hari Aidilfitri sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma terlebih dulu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )l Memperbanyakkan takbir. Menurut sebuah riwayat dari Ibn Abi Syaibah dari Musannafnya Nabi SAW akan berangkat menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha, dan baginda akan bertakbir hingga sampai ke tempat solat, malah akan sibuk bertakbir dengan nyaring hingga solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha itu. Baginda Cuma akan berhenti sejurus sebelum memulakan solat sunat berkenaan.l Mengucapkan tahniah kepada setiap Muslim yang ditemui dengan ucapan: “TaqabbalalLahu minna wa minkum yang bermaksud, semoga Allah SWT menerima amal salih yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Kata Ibn Hajar dalam kitabnya al-Mahamiliyyat dan Fathul Bari, ini adalah ucapan selamat yang paling sahih yang ditemui dalam riwayat-riwayat dari Nabi SAW.Berkaitan dengan perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu dengan memberikan wang pada hari Raya ia hanyalah suatu amalan tradisi yang harus dilakukan.Ini bergantung kepada niat seseorang, sama ada dia menghulurkan wang itu sebagai hadiah ataupun sedekah. Apa juga niat yang disematkan moga-moga ia termasuk dalam kebajikan yang dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).Menurut Ibn Kathir dalam Sahih Tafsir Ibn Kathir sebuah riwayat dari Muqatil bin Hayyan, ayat ini menjelaskan keutamaan infaq ataupun belanja, saluran manakah yang harus diutamakan. Ayat ini ditutup dengan ingatan bahawa segala kebaikan yang dikerjakan, pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan kebaikan kerana Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya, meskipun kebaikan itu hanyalah sebesar zarah saja.Cuma penting bagi ibu bapa agar menjelaskan kepada generasi anak-anak kepentingan menjadi insan yang mulia yang menjauhi budaya meminta-minta. Mereka perlu diperjelaskan tentang ingatan Nabi SAW yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd.

17 September 2009
Lailatulqadar
Selamat membaca..........
Lailatulqadar dirahsiakan galak umat ikhlas lakukan ibadat
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
LAILATULQADAR, satu daripada malam Ramadan yang amat istimewa melebihi 1,000 bulan. Ini dijelaskan dalam firman Allah Taala surah al-Qadr ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada lailatulqadar. Tahukah kamu apakah lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu mempunyai nilaian lebih 29,500 ganda kerana difahami daripada ayat itu pahala lebih banyak dan lebih baik daripada 1,000 bulan.Kebesaran Lailatulqadar berdasarkan dua perkara. Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan kedua, turun malaikat dalam angkatan besar, gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.Disebut sebagai lailatulqadar kerana pada pada malam itu turun malaikat mengucapkan salam sejahtera kepada penduduk bumi. Ia juga dikenali sebagai Lailatulsyaraf (malam kemuliaan) dan Lailatultajalli iaitu malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kepada orang berpuasa dan beribadat.Penentuan tarikh dan malam lailatulqadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan pada malam ganjil sesudah hari ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27.”Sebuah hadis Rasulullah diriwayatkan Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam qadar pada malam ganjil daripada 10 malam akhir Ramadan.”Jelas daripada kedua-dua hadis itu, Lailatulqadar hanya berlaku pada satu malam dan perangsang kepada umat mukmin supaya berebut mencari pahala dan ganjaran malam qadar dengan melipat gandakan ibadat pada malam akhir Ramadan al mubarak.Persembunyian tarikh Lailatulqadar menguatkan semangat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran. Allah menyembunyikan urusan lain agama kerana hikmah seperti menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari berkenaan.
Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
16 September 2009
Unggas 'emas'
Selamat membaca..........
Unggas 'emas'
Ayam mutiara mampu jana pendapatan kerana lebih khasiat, produktifKITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging. Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor. “Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.

15 September 2009
Menunai solat Tarawih 20 rakaat bukan bidaah
Selamat membaca..........
Menunai solat Tarawih 20 rakaat bukan bidaah
Oleh Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
Amalan lapan rakaat menjelaskan qiamullail dilaksanakan Nabi Muhammad SAWUMAT Islam perlu diperjelaskan bahawa pendapat yang masyhur dan diterima ialah solat Tarawih dilaksanakan 20 rakaat bukan lapan rakaat, bersandarkan kepada hujah bagi memastikan mereka benar-benar mendapat ganjaran dijanjikan untuk ibadat sunat itu. Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang juga Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Mais, Mahfuz Mohammed berkata, konsep solat sunat Tarawih yang diamalkan sejak dulu hingga sekarang tidak pernah berbeza melainkan 20 rakaat.Katanya, pendapat mengatakan solat Tarawih lapan rakaat disandarkan kepada hadis daripada Aisyah itu tidak tepat kerana ia menjelaskan mengenai solat malam (qiamullail) yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW, bukan solat Tarawih.Mufti Mesir, Syaikh Dr Ali Jumah dalam komentarnya mengenai hadis ini mengatakan, mereka itu tidak faham hadis dan meletakkannya bukan di tempatnya. Ini berpunca kerana mereka cetek ilmu mengenai hadis dan cuba membuat kesimpulan sendiri, maka timbullah keadaan ini, katanya.Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana wujud pihak mengatakan solat Tarawih adalah bidaah memandangkan Nabi Muhammad SAW tidak solat 20 rakaat tetapi lapan rakaat diikuti tiga rakaat solat witir.Mahfuz berkata, Syaikh Dr Ali dalam bukunya berjudul Al-Bayan menyatakan berhubung rakaat Tarawih itu sudah muktamad mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie, bahawa Tarawih adalah 23 rakaat berserta witir.Malah katanya, Mufti Mesir itu turut membahaskan isu rakaat solat Tarawih secara terperinci daripada sudut istilah perkataan Tarawih itu sendiri yang cukup jelas menunjukkan jumlah bilangan yang tepat.Tarawih berasal daripada perkataan mufrad (tunggal) at-tarwiha yang bermaksud rehat yang menunjukkan satu sementara at-tarawih perkataan jamak iaitu lebih dari dua. Bahasa Arab pula ada perkataan untuk tunggal, dua dan banyak.Oleh itu, at-tarawih yang menunjukkan jamak itu dengan makna tiga kali rehat ke atas. Bagi solat Tarawih, satu rehat bermakna empat rakaat dengan dua salam, maka tiga kali rehat bermakna minimum 12 rakaat dengan tiga kali salam.Jadinya, sudah sepakat empat mazhab mengikut pendapat yang muktamad (kelas pertama) bahawa solat tarawih 20 rakaat dengan 10 kali salam dan lima kali rehat. Mahfuz berkata, satu lagi petunjuk yang jelas ialah riwayat mengenai Umar al-Khattab yang menyuruh melakukan solat Tarawih secara berjemaah sebanyak 20 rakaat dan apa dilakukan Umar adalah dengan kesepakatan sahabat dengan tiada bangkangan daripada Khulafa al-Rasyidin.Jadi mana datangnya lapan rakaat kerana dari segi pengertian dan penggunaan istilah sudah tidak betul. Jika pihak yang mendukung lapan rakaat tetap dengan pendirian, kenapa mereka melakukan solat sunat itu secara berjemaah.Jika ingin mengambil apa yang dianjurkan Umar, ikutlah keseluruhannya dengan melakukan sebanyak 20 rakaat seperti dibuat Umar. Jangan ambil separuh-separuh dan mengatakan bahawa 20 rakaat itu tidak betul, katanya. Beliau tidak menafikan akan timbul tentangan berhubung rakaat Tarawih itu terutama daripada mereka yang melakukannya sebanyak lapan rakaat namun, perkara berkenaan berhak diperjelaskan sebagai jawapan kepada suara yang lantang mengatakan tarawih 20 rakaat bidaah.Pada masa sama katanya, ia juga bagi memastikan umat Islam kembali kepada apa yang disepakati ummah kerana Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya berkata, tidak sekali-kali bersepakat ulamaku dalam perkara yang sesat.Mahfuz berkata, walaupun kesimpulannya Syaikh Dr Ali berkata melakukan solat Tarawih kurang dari 20 tidak salah dan yang buat lebih pun tidak salah, tetapi yang mengurangkan daripada amalan itu ialah ia tidak dinamakan Tarawih tetapi qiamullail.Menurut fatwa Syaikh Dr Ali, mereka yang melakukan qiamullail terlepas daripada ganjaran sangat besar yang Allah kurniakan kepada orang melakukan Tarawih pada Ramadan kerana solat malam boleh dibuat pada bulan lain tetapi Tarawih hanya setahun sekali pada Ramadan.Nasihat kepada yang buat lapan, kembali kepada apa yang disepakati ummah dan ketepikan pendapat bertentangan dengan apa yang disepakati ummah. Dalam enakmen Selangor, fatwa mesti rujuk pendapat yang muktamad daripada mazhab Imam Sayfie, katanya.Buku Penjelasan Bilangan Rakaat Solat Tarawih yang diterbitkan pada 2008 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut menyokong pendapat solat Tarawih berjemaah di masjid dengan 23 rakaat termasuk witir lebih afdal daripada lapan rakaat.Itu adalah pendapat jumhur fuqaha pada qaul yang rajih seiring kaedah usul fiqh iaitu apa-apa ibadah yang lebih banyak perbuatan nescaya lebih banyak pula kelebihan. Lebih-lebih lagi cara berjemaah dilakukan Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.Buku tulisan Mohd Nawi Shafii Al-Bahri itu turut menjelaskan pertelingkahan mengenai rakaat Tarawih diperbesarkan oleh Syeikh Nasir al-Albani yang mengembangkan fatwanya mengatakan solat Tarawih mengikut sunnah Nabi ialah lapan rakaat dan witir tiga rakaat.Sesiapa yang mengerjakannya tidak seperti itu sama ada kurang atau lebih) maka sesungguhnya dia tidak mengikut sunnah Nabi SAW. Solat Tarawih lapan rakaat diamalkan di sesetengah tempat di nusantara termasuk Malaysia, Thailand (Patani) dan Indonesia.Perbahasan ulama mengenai bilangan solat turut diketengahkan dalam buku ini membabitkan pendapat jumhur ulama yang mengatakan solat tarawih 20 rakaat dengan dalil sokongan, pandangan ulama lain yang mengatakan 36 rakaat seperti di zaman Umar bin Abdul Aziz. Perbahasan ketiga oleh al-Bani dan mereka yang bersefahaman dengannya mengatakan solat Tarawih lapan rakaat juga dengan dalilnya.Kesimpulan Mohd Nawi ialah walaupun wujud permasalahan bilangan rakaat solat Tarawih berlaku perkhilafan di kalangan ulama, namun pendapat jumhur ulama itu yang boleh difatwakan untuk muslimin dan muslimat seluruh alam.
09 September 2009
Laman sosial undang jenayah
Selamat membaca..........
Laman sosial undang jenayah
Oleh Afiq Hanifafiq@hmetro.com.my
MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.Tulisan di 'Wall' umpamanya sarat dengan mesej 'Salam Lebaran', 'Selamat Menyambut Syawal' yang membuatkan Facebook aktif dan diperbaharui hampir setiap minit.Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah 'scam' atau phishing.Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan 'offline' atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti."Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi 'Wall' daripada rakan yang lain.Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu 'lubang' penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu."Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi."Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain."Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya."Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial."Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam 'inbox' Facebook' dihantar daripada 'rakan' yang menuntut pertolongan dari segi kewangan."Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun."Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad
07 September 2009
Makkah sentiasa hidup sepanjang malam Ramadan
Selamat membaca..........
Makkah sentiasa hidup sepanjang malam RamadanRamadan Di Perantauan
Oleh Mohd Shahrir Ali
Pengalaman warga Malaysia bertugas di hotel dekat Masjidilharam pada bulan puasaRAMADAN cukup dinantikan penduduk Islam seluruh dunia. Selain menunaikan ibadat puasa, ada yang turut melakukan umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Malah, penduduk Islam dari Malaysia juga selalunya memilih untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah dan ziarah sambil berpuasa. Ramai di antara mereka menghabiskan masa dua minggu untuk berpuasa sama ada pada awal puasa atau pertengahan puasa untuk mendapatkan malam lailatulqadar di Masjidilharam atau Masjid Nabawi di Madinah.
Berkhidmat dalam bidang perhotelan di Makkah cukup bererti buat saya, tambah lagi hotel tempat saya bekerja di dalam lingkungan Masjidilharam, membuatkan hati saya cukup gembira selepas lebih 20 tahun berkhidmat di hotel di seluruh dunia termasuk Tokyo, Osaka, Nagoya, Singapura, Bangkok, Phuket, Paris, Geneva, Bern, Basel, Zurich, Milan, Firenza. Perhentian sementara di Makkah untuk mencari rezeki, cukup memberi kesedaran kepada saya.
Kalau sebelum ini hidup terasa sunyi dan kosong tanpa bekalan namun kini saya merasai perbezaannya. Tenang memandang Kaabah dan tenang melaksanakan ibadat yang diabaikan selama ini demi mengejar matlamat dunia. Kedatangan Ramadan menjadikan Tanah Suci ini sangat meriah semacam pesta. Kedai di sekitar Haram semua dibuka sampai ke Subuh. Selepas Asar, berduyun-duyun jemaah umrah melakukan tawaf di Kaabah dan sai, sehingga sebelum berbuka puasa.
Suasana ketika berbuka puasa juga cukup menarik, roti, laban (dadih), kurma turut disediakan dan disedekahkan dermawan. Saya tidak berpeluang meninjau banyak kawasan pada Ramadan kerana sibuk bekerja dan berbuka puasa di hotel bersama-sama kakitangan. Juadahnya mudah tapi mengenyangkan.Ada makanan Bangladesh, Maghribi, Saudi dan pelbagai negara lagi.
Selalunya saya akan makan `Shingara`, makanan kemestian masyarakat Bangladesh. Shingara ialah campuran ubi, daging kambing racik, bawang dan cili yang digaul dan dikepal sebelum dimasukkan ke mulut. Begitu juga dengan `piazu`, makanan yang dibuat daripada tepung digaul dengan kacang dal dan dicampurkan dengan sedikit rempah dan bawang. Rasanya seperti `masalodeh` yang dimakan dengan cili hijau.
Sudah menjadi kebiasaan di Makkah, kebanyakannya akan berbuka di Masjidilharam. Jadi beberapa jam sebelum masuk waktu Maghrib, tetamu hotel akan berduyun-duyun turun dan pergi ke Haram. Hotel Al Safwah Royale Orchid ini adalah yang terdekat dengan Masjidharam dan bertentangan pintu masuk King Abdul Aziz .Saya menyediakan sedikit juadah seperti laban, kopi Arab, jus Kamarrdin dan kurma untuk tetamu melapik perut di lobi khas sebelum berangkat ke masjid.
Selepas solat Maghrib, barulah tetamu datang berduyun-duyun. Setakat minggu pertama, tetamu dalam lingkungan 700 orang. Masih belum ramai kalau nak dibandingkan dengan tahun lalu.Selepas makan, mereka akan bergegas semula ke masjid untuk melakukan solat Isyak dan Tarawih sebelum pulang sekejap untuk berehat dan kembali lagi ke masjid untuk melakukan solat sunat lain sehingga dinihari. Masyarakat dan jemaah menggunakan seluruh malam Ramadan untuk melakukan ibadat.
Pada waktu malam keadaan di sekitar Ajiyad Street, berhampiran Istana dan juga kawasan membeli-belah Abraj Al Bait sangatlah menarik dengan hiasan lampu tradisi Arab, Maghribi dan Mesir memenuhi setiap ruang dan pintu masuk kedai.Makkah tidak pernah sunyi, ada saja aktiviti dijalankan. Peniaga kaki lima kebanyakannya adalah dari negara miskin seperti Chad dan Nigeria menjual pisang dan barangan buatan China selain mengemis.
Ketika di perantauan, saya turut terkenang kampung halaman di Malaysia, terutama keluarga dan juadah pada Ramadan. Tahun lalu, saya sempat melepas kerinduan dengan memakan kuih lompat tikam, jala emas, nasi berlauk dan nasi dagang lauk ayam yang disediakan kakitangan saya yang berketurunan Patani, iaitu Mohamed Fatani dan Abdullah Fatani.
Masyarakat Patani di Makkah sangat rapat di antara satu sama lain maklumlah mereka berada di perantauan. Mereka ada jawatan kuasa kampung dan masjid sendiri dan perkahwinan juga sesama komuniti sendiri. Kebanyakannya sudah tinggal di sini berpuluh tahun lamanya. Gaya hidup dan makanan banyak dipengaruhi masakan dan makanan Arab. Percakapan dan tutur kata, lebih Arab daripada Patani atau Kelantan.
Penulis ialah Pengarah Makanan dan Minuman, Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah, Arab Saudi
06 September 2009
Mukjizat al-Quran
Selamat membaca..........
Mukjizat al-QuranOleh Idris Musaidris@hmetro.com.my
AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran. Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran. Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya. “Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.“Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya. Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking. Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu. Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah. Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar. Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair. “Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah. “Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

Doa kurang jelas tidak perlu diaminkan
Selamat membaca..........
Persoalan agama: Doa kurang jelas tidak perlu diaminkan
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
Apakah hukum jika kita tidak mendengar imam membaca doa kerana suaranya perlahan. Perlukah kita mengaminkannya.
Ahmad Faiz
Amin berasal daripada kata kerja ammana, bermaksud Ya Allah! perkenankanlah. Menurut Syeikh Bakar Abdillah Abu Zaid dalam kitab Tashih al-Du’a, lafaz amin disyariat untuk diucapkan selepas doa kerana ia permintaan yang diringkaskan dalam doa sebelum itu. Antara kehebatan umat Islam seperti sabda Nabi SAW bermaksud: “Tidaklah masyarakat Yahudi rasa hasad terhadap kamu dalam sesuatu urusan melebihi hasad mereka kepada amin dan ucapan salam antara kamu.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad) Antara kelebihan mengucapkan amin seperti dilihat dalam hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinyatakan bahawa amin pendengar terhadap doa diucapkan antara faktor yang menjadikan doa diterima Allah SWT.
Hadis ini jelas menggambarkan ketinggian ucapan amin. Dalam hadis berkaitan Ramadan, Nabi SAW dikisah mengucapkan amin secara jelas tiga kali ketika menaiki tiga anak tangga mimbar menyebabkan sahabat menanyakan mengapa mengucap amin sedangkan di sekitar mereka tidak ada yang berdoa? Lalu Rasulullah SAW menceritakan amin yang diucapkannya kerana doa Malaikat Jibril yang tidak kedengaran oleh mereka.” (Riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)
Dalam hadis diriwayatkan Ibn Jarir mentafsirkan ayat terakhir surah al-Baqarah yang terdiri daripada doa hebat, setiap perenggan ayat itu apabila Jibril menyampaikannya kepada Nabi, maka Nabi mengucapkan amin sebagai reaksi naluri yang memohon rahmat dan kasih Allah atas kesilapan diri. Ayat itu adalah: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menganggap kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikul kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kafir.” Kedua-dua hadis tadi menunjukkan Nabi SAW mengucapkan amin dengan kuat sehingga didengar orang lain. Dalam pelaksanaan solat juga, contohnya ketika membaca al-Fatihah yang dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT lalu memuji dan menyebut sifat-Nya serta kekuasaan-Nya, akhirnya berdoa dengan permintaan diberi petunjuk ke jalan lurus. Selepas itu disyariatkan menyebut lafaz amin, demikian pula dalam solat berjemaah, apabila imam membaca al-Fatihah dengan nyaring, jemaah harus membaca amin bahkan kalau dapat serentak dengan imam. Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Apabila imam membaca amin, hendaklah kalian membaca amin. Sesungguhnya siapa yang bacaan aminnya bertepatan dengan amin malaikat, dosanya akan diampuni.” (Riwayat al-Bukhari-Muslim)
Selain itu, ulama empat mazhab bersependapat jemaah disunatkan mengucapkan amin secara nyaring apabila doa diucapkan khatib dalam khutbah Jumaat. Bagi mazhab Hanafi memadailah ucapan amin dilakukan dalam hati. Berpandukan dalil ucapan amin, kita membuat kesimpulan dituntut mengungkapkan amin secara terang dan jelas menerusi dua keadaan. Pertama, dalam solat sama ada secara bersendirian atau mengikut imam selepas membaca al-Fatihah dan dalam doa qunut. Kedua, di luar solat juga dituntut mengucapkan amin yang bermakna ya Allah perkenankanlah hajat kami apabila mendengar doa dilafazkan termasuk ketika doa diucapkan imam membabitkan khutbah Jumaat atau solat Istisqa (minta hujan) gerhana dan lain-lain.
Dalam konteks soalan saudara, saya berpendapat tidak dituntut mengaminkan doa kurang jelas dan tidak dapat difahami maksudnya atau tidak mengetahui latar belakang imam. Jika imam salih lagi berilmu yang dikenali, tiada masalah mengaminkan doanya dengan mengambil contoh amalan dan petunjuk Rasulullah SAW ketika mengaminkan doa.

Subscribe to:
Posts (Atom)