Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

21 April 2007

Tugas

Tugas yang dalam perancangan

1. Lihat dan baiki troli tahun 1 (3 troli)

2. Komputer Sabrina

3. Pindahkan screen ( Banci peralata & bahan yang hendak digunakan)
Dari ????? ke tahun 2s
Dari bilik Jqaf ke tahun 5s
Dari Dewan Terbuka ke Tahun 5s

5. Beli almari untuk Makmal Komputer

6. Kumpul bahan untuk Profil sekolah

7. Kemaskini Laman web sekolah.

8. Buat program untuk mengisi markah peperiksaan

9. Menyediakan pendaftaran guru mengambil peperiksaan ptk (Isi data, print, hantar pda guru-guru untuk t.tangan, hantar kepada guru besar untuk t.tangan,hantar kepada PPD).

10.Penyediaan Data HEM

11.Hantar email ke sekola-sekolah daerah K Pasu untuk membanci kursus yang diperlukan oleh penyelaras makmal komputer.

19 April 2007

Cara buang password

Selamat membaca..........

Lupa kata laluan ‘Administrator’
Bersama Bakhtiar Abdul Hamid
http://myzope.kedai.com.my

SOALAN:

Saudara, saya ada masalah untuk log masuk ke komputer laptop kerana terlupa kata laluan akaun ‘administrator’.

Saya buat dua akaun untuk laptop itu yang mana satu daripadanya ialah ‘guest’ dan kedua ‘administrator’.

Disebabkan terlupa kata laluan, saya tidak dapat mencapai data serta dokumen penting yang disimpan menggunakan log masuk ‘administrator’ itu.

Bagaiamanakah caranya untuk membuka dan mencapai data itu? Adakah perlu saya format semula cakera keras yang sudah pasti saya akan kehilangan data penting itu?

Diharapkan pihak tuan dapat membantu saya mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Asma
aas_mystica07@yahoo.com

JAWAPAN:

Kaedah yang akan saya jelaskan di bawah hanya akan berkesan ke atas pengguna ‘administrator’ pada komputer setempat (local) saja. Tidak berkesan untuk komputer berangkaian.

Anda boleh dapatkan perisian utiliti dari internet yang membolehkan kita mengubah atau mengosongkan kata laluan ‘administrator’ itu.

Bagaimanapun, anda harus berhati-hati kerana cara ini tidak dijamin boleh berjaya 100 peratus. Namun begitu, berdasarkan pengalaman lalu, lebih 90 peratus adalah berjaya.

Bagi kebarangkalian 10 peratus tidak berjaya itu, adalah lebih baik jika anda membuat salinan terlebih dulu bagi data penting yang ada di dalamnya.

Cara untuk mendapatkan semula kata laluan itu hanya boleh dilakukan secara offline yang mana komputer perlu dibootkan dari cakera padat (CD) atau cakera floppy yang akan membaca utiliti itu yang sebenarnya adalah system operasi (OS) linux.

Untuk memudahkan, kita akan gunakan CD untuk salin dan boot ‘Image’ yang boleh diperoleh dalam laman web http://home.eunet.no/~pnordahl/ntpasswd/cd060213.zip

Gunakan utiliti Winzip untuk menyahpadatkan fail yang baru dipindah turun itu. Windows XP akan menyahpadat secara automatik jika anda klik dua kali fail terbabit.

Selepas dinyahpadatkan, anda akan ada fail dengan nama cd060213.iso

Sekarang, anda perlu salinkan Image ISO ke dalam CD. Cara menyalin CD berbeza dan bergantung kepada aplikasi yang digunakan.

Anda perlu ubah cara susunan ‘booting’ komputer. Pastikan komputer menggunakan CDROM sebagai peranti boot utama.

Ia boleh dilakukan di dalam pelarasan CMOS. Bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan, anda perlu tekan butang ‘Delete’ atau ‘F2’ untuk masuk ke dalam tetingkap BIOS.

Setelah susunan peranti boot ditukar, masukkan CD tadi dan reboot komputer.

Anda akan lihat teks berlalu dengan pantas di skrin anda. Itulah teks yang dihasilkan ketika Linux boot.

Kemudian anda akan lihat paparan seperti Rajah 1di bawah.


(rajah 1)


Pilih cakera keras yang disenaraikan. Untuk komputer notebook, biasanya cakera keras yang disenaraikan ialah /dev/hdax, yang mana x ialah nombor bagi setiap pembahagian.

Selepas itu tekan kekunci ‘Enter’, paparan seperti di Rajah 2 akan kelihatan:


(rajah 2)


Utiliti akan cuba kenal pasti peranti yang dipilih dan meminta input mengenai lokasi Windows.

Secara default, semua OS Windows Windows NT 4 dan Windows 2000 yang dipasang berada di ‘winnt/system32/config’; sementara Windows XP/2003 dipasang di dalam ‘windows/system32/config’ Windows XP/2003.

Jika ‘path’ atau format kedudukan itu dimasukkan dengan betul, anda akan lihat beberapa fail seperti di Rajah 2.

Untuk membuat semula kata laluan, gunakan pilihan [1] dan tekan ‘Enter’.


(rajah 3)


Dalam paparan seterusnya, Rajah 3, guna pilihan [1] untuk edit data pengguna dan kata laluan anda akan melihat lihat senarai pengguna komputer dipaparkan.

Pilih nama pengguna yang mahu diubah, contohnya ‘administrator’ dan tekan ‘Enter’.

Di paparan seterusnya, anda boleh menukar kata laluan pengguna atau kosongkan kata laluan itu. Mengosongkan bahagian kata laluan itu adalah lebih baik kerana ia lebih menyenangkan dan mengurangkan kesilapan.

Untuk mengosongkan kata laluan, guna ‘*’ dan tekan ‘Enter’. Lihat Rajah 4.


(rajah 4)


Anda akan ditanya sama ada anda pasti dengan keputusan itu. Tekan ‘y’ dan ‘Enter’.

Di paparan seterusnya, guna pilihan ‘q’ untuk keluar dan setiap perubahan yang dibuat akan disimpan. Tekan ‘!’ untuk keluar ke menu utama.


(rajah 5)


Tekan ‘y’ untuk simpan perubahan. Akhir sekali, tekan ‘n’ untuk keluar dari utiliti. Perubahan akan ditulis ke dalam disk. Lihat Rajah 5.

Keluarkan CD dan reboot komputer. Log masuk sebagai ‘administrator’ dan tekan ‘Enter’ untuk kata laluan.

Sebagai maklumat tambahan, Windows XP mempunyai ‘Password Reset Disk’

yang boleh digunakan untuk situasi seperti ini.

Anda hanya perlu menyediakan disk dan laksanakan wizard ‘Prevent forgotten password’ dan simpan disk itu di tempat selamat.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

17 April 2007

Anti Virus percuma

Selamat membaca..........

BAGAIMANA cara untuk mendapatkan perisian anti virus secara percuma? Bolehkan saya mendapatkannya melalui perkhidmatan internet. Terima kasih.

NORASHIKIN ADNAN | syekin@hotmail.com

TERDAPAT beberapa perisisan anti virus percuma untuk penggunaan di rumah atau pelajar. Antara perisian yang paling popular dan berkesan ialah AVG Anti-virus (http://free.grisoft.com), avast! (http://www.avast.com) dan Clamwin (http://www.clamwin.com)

Untuk mendapatkannya, layari laman yang dinyatakan dan pindah turun turun

aplikasi anti virus berkenaan.

Bergantung kepada jenis anti virus, anda mungkin perlu mendapatkan lesen untuk mendapatkan kemas kini kerana sifat lazim sesebuah perisian anti virus itu memerlukan rutin kemas kini yang agak kerap.

Pengemaskinian itu penting kerana setiap hari banyak virus baru wujud dalam persekitaran perkomputeran kita, terutamanya apabila kita sering bertukar-tukar komputer dan melayari laman-laman web.

Sambutan Maulid Nabi

Selamat membaca..........

Hari ini acara penutup bulan sambutan Maulid Nabi saw. Guru dan murid memakai pakaian kebangsaan. Perarakan melalui pekan Kepala Batas disertai pelajar tahun satu hingga enam. Perarakan bermula jam 8.00 pagi. Acara sambutan disambung didewan terbuka hingga pukul 10.00 pagi. Jamuan untuk guru, waris dan murid diadakan hingga jam 10.45 pagi. Pelajaran biasa diteruskan selepas jamuan.