Tujuan

Rencana dalam blog ini ada hasil karya penulis penulis dari pelbagai sumber. Dikumpul dengan tujuan untuk memudahkan rujukan. Jika empunya rencana tidak bersetuju rencananya disiarkan dalam blog ini sila beri maklum dan rencananya akan tidak dipamerkan.

23 February 2007

Pop up

Selamat membaca..........

SATU perkataan yang sesuai untuk internet ialah ‘liar/wild’ atau penipu/liar kerana tiada undang-undang dan pelbagai unsur dari yang baik hingga yang sejahat-jahat unsur ada di internet.

Apa yang berlaku kepada anda adalah fenomena biasa walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Maklumat dari aplikasi antivirus anda memaklumkan bahawa aplikasi itu menghalang capaian dari sumber yang tidak diketahui.

Sebaik sahaja komputer disambungkan ke internet, komputer akan mengimbas sama ada pengguna itu yang dicurigai atau komputer yang sudah dicerobohi atau dijangkiti worm/virus.

Tempoh hayat komputer dengan sistem operasi (OS) Windows tanpa tampalan (patch) untuk kekal bersih selepas disambung ke internet amat pendek. Daripada kajian, komputer hanya mampu bertahan lebih kurang 20 minit sebelum dijangkiti virus/worm.

Pengguna yang bijak akan memasang aplikasi yang boleh melindungi komputer dari gejala tidak baik termasuk firewall, antivirus dan anti spyware.

OS komputer juga mestilah selalu disunting agar kelemahan yang ada tidak digunakan penceroboh untuk menceroboh.

Anda boleh menyahaktifkan fungsi pengemaskinian secara automatik jika anda menggunakan OS Windows.

Ikuti langkah berikut:

Windows 2000

- Klik Start > Settings > Control Panel

- Klik Automatic Update

- Apabila kekotak dialog dipapar, tandakan "x" untuk pilihan "Keep computer updated ...". Anda punya tiga pilihan dan pilih salah satu.

- Klik "OK"

Windows XP

- Klik Start > Control Panel

- Klik System

- Klik tab "Automatic Updates"

- Apabila kekotak dialog dipapar, tandakan "x" untuk pilihan "Keep computer updated ...". Anda punya tiga pilihan dan pilih salah satu.

Kelebihan Firefox berbanding IE

Selamat membaca..........

Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.

Antara kelebihan Firefox ialah:

- pelunsuran tab

Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati. Ia memudahkan penyelengaraan tetingkap dan mengurangkan penyepahan tetingkap di atas desktop.

- penghalang pop up

Anda mempunyai kawalan penuh ke atas laman yang boleh mengeluarkan pop

up/down dan laman yang tidak boleh.

- disertakan bar enjin pencari

Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.

- penyambungan atau plug in dan – tema/ubah rupa bentuk

Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari

dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.

Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com

- mematuhi standard W3C

Firefox dibina dengan standard W3C.

- pengemaskinian secara automatik

Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

Cara memindah turun

Selamat membaca..........

Saya ingin bertanya mengenai cara memindah turun secara percuma perisian pemacu bagi alat pengimbas Canoscan D646U EX dari laman web.

Apakah alamat laman web yang perlu saya kunjungi ? Saya sudah mencubanya beberapa kali, tapi tidak berjaya dan kebanyakannya berbayar. Bantuan tuan amat dihargai dan ribuan terima kasih.

JAWAPAN

Setiap perkakasan atau peranti yang dibeli biasanya didatangkan dengan perisian pemacu dalam bentuk CD secara percuma.

Bagaimanapun, jangan cepat panik atau bimbang sekiranya CD itu hilang dan berlaku kegagalan berfungsi kepada perkakasan berkenaan, kerana biasanya ia boleh dipindah turun terus dari laman web pengeluarnya.

Dari nama model perkakasan yang anda beri, saya mengandaikan ia adalah keluaran Canon yang mana anda boleh terus mendapatkannya dari laman web gergasi terkenal Jepun itu.

Layari laman web www.canon.com.my dan klik pautan atau ikon "support & downloads".

Paparan berikutnya ialah senarai jenis perkakasan. Pilih "scanners"

dan cari model yang sepadan dengan pengimbas yang anda miliki, lalu pindah turunlah perisian pemacu yang sesuai dengan sistemoperasi (OS) anda.

Alamat terus untuk memindahkan perisian pemacu itu ialah: http://www.canon-asia.com/index.jsp?fuseaction=support&prod_type=scanner&country=MY

Secara amnya, mencari perisian pemacu amat mudah kerana menjadi kebiasaan bagi pengeluar menyediakannya di laman web mereka.

Jika tidak tahu alamat, gunakan enjin pencari seperti Yahoo! atau Google untuk memudahkan anda mendapat alamat pengeluar itu.

21 February 2007

Latihan Merentas Desa

Petang : Merentas desa untuk Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Hujan turun lebat.